______________꧁☘︎꧂___________________________꧁☘︎꧂______________
"Tera..kau balik dengan sape hari ni?" tanya Haechan setelah dia nampak gadis itu sudah berada di pintu belakang ingin keluar.
"Kau nak tahu dah kenapa? Suka hati aku la nak balik dengan sape pun" balas Tera sadis.
"Hey, dia tanya kau elok-elok kan...jawab ah elok-elok" sampuk Aeri dan Tera balas dengan memutarkan anak matanya menyampah.
"Aku jawab macam tu ada kacau hidup kau ke?" jawab Tera lagi.
"Kesian Haechan tau. Haechan are u okay?" Haechan membuat muka jijik bila Aeri memihak pada dirinya. Dia lebih rela kene dengar ayat pedih daripada Tera daripada dengar ayat gedik Aeri ni.
Tera melangkah keluar daripada kelas itu dan ada seseorang mengejarnya daripada belakang.
"Tera"
"Lepaskan aku la gila!" Tera menarik tangannya semula setelah ada seseorang menarik lengannya.
"Jom aku hantar kau balik" pelawa gerangan itu dan gadis itu makin menyampah dengan kelakuan baiknya.
"Tak payah la Renjun, aku boleh balik sendiri. Kau tak ingat ke apa aku kata? Aku tak hamak pun dengan benda baik korang tu. Lebih-lebih lagi kau HUANG RENJUN" Tera sengaja menguatkan nama lelaki itu. Nak menunjukkan dia dah terlampau benci dengannya.
"Tera...dengar la cakap aku" Renjun menarik tangan gadis itu lagi sekali dan wajahnya kekal dingin tanpa ada perubahan sedikit pun.
"Kau nak apa ni Renjun? Lepas la...aku tak suka orang aku tak kenal pegang tangan aku" Renjun terus melepaskan tangan itu selepas Tera meronta ingin lepaskan diri.
"Jom balik dengan aku. Tak ada bantahan....mulai hari ni kau kene dengar cakap aku" Renjun mula memaksa gadis ini. Tera menahan tangisannya kerana dia terlampau takut dan benci akan lelaki ini. Sape dah rasuk dia ni?
"Aku tak nak tu..tak nak la. Aku tak suka la orang paksa paksa ni" bentak Tera geram akan perangai lelaki ini seperti mementingkan dirinya sendiri.
"Lepas kan aku la bodoh!" Tera mula meronta setelah Renjun menarik tangannya dengan kuat atau lebih tepat lelaki ini mengheret dirinya.
"Woi! Lepaskan dia la gila!" jerit seseorang dari jauh lalu dia mendekati mereka berdua dan dia menarik tangan Tera sehingga tangan mereka berdua terlepas.
"Kau okay?" tanya gerangan itu dan Tera terus menangis seraya memeluk badannya. Dia terlampau takut dengan Renjun sekarang ni.
"Kau dah kenapa ha?! Gila ke bodoh?!" Renjun tersenyum sinis setelah gerangan itu menjerit amarah ke arahnya.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Phi Hư Cấu❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥