______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
Habis sahaja rehat, mereka berlima masuk ke dalam kelas. Lepas rehat waktu sejarah dan kerja itu patut dihantar pada waktu ini, semua orang mengeluarkan hasil kerja berkumpulan masing-masing.
"Eh kejap...mana kerja aku?" Tera mula gelabah bila kerjanya tiada di dalam beg sekolahnya. Dia mencari di bawah meja pula dan file itu langsung tak kelihatan. Dia mengumpul hasil kerjanya dalam satu file.
Tera dah jadi bertambah takut bile guru sejarahnya masuk ke dalam kelas ini dan dia masih berusaha mencari di setiap pelusuk kelas ini.
"Okay semua pelajar boleh hantar kertas kerja yang saem dah bagi minggu lepas tu" selepas saem mereka kata begitu, setiap kumpulan hantar wakil untuk menghantar file itu dan ia hanya 3 file sahaja.
"Tera? Mana kerja kamu?" soal guru sejarahnya dan semua orang pandang ke arahnya. Makin gelabah dan takut dia jadinya.
"Errrrr, saya.....saya....."
"Saya apa?" celah guru tersebut.
"Tadi kerja tu ada je dekat dalam beg saya.....tapi sekarang......sa-saya tak tahu ada dekat mana"
"Kamu jangan nak bagi alasan eh. Saya tahu kamu tak siap lagi kerja kan? Lepastu, kamu curi kerja Iseul dengan Yujun kan?" terbeliak matanya setelah dia kene tuduhan yang tak sepatutnya. Sejak bila pulak ni?
"Mana ada saem. Saya tak curi diaorang punya pun" Tera mula pertahankan dirinya sendiri dan dia bukannya jenis ambil kerja orang tanpa kebenaran.
"Yujun yang bagitahu dekat saya yang mula-mula tu kerja dia hilang lepastu diaorang bukak beg kamu sebab diaorang syak kamu yang curi dan memang betul pun kerja diaorang ada dekat kamu" lagi sekali mata Tera terbeliak besar kerana guru sejarah mereka menunjuk file itu dan tu memang betul file nya berwarna biru. Apa ni? Apa dah jadi ni?
"Tak saem. Tu memang kerja saya saem dan tu memang file saya saem"
"Kamu jangan nak tipu saya ye Tera...kamu jangan nak melampau eh. Mentang-mentang kamu ni budak biasiswa je dapat sekolah sini. Kalau tau, lama dah saya bagitahu pengetua suruh buang kamu dari sekolah ni"
Mendalam betul eh ayat cikgu ni. Tera hampir nak menangis kerana cikgunya selamba je tuduh dia bukan-bukan. Nampaknya, mereka semua dah melampau.
"Sebagai denda kamu kene pusing pada 100 kali SEKARANG!" bukan Tera je yang terkejut, empat ketul lelaki itu juga terkejut dengan denda itu.
"Saem, saya bangkang dengan denda tu" celah Jeno selepas dia mengangkat tangannya tinggi.
"Haah saem. Denda tu amat melampau bagi seorang perempuan macam dia ni" Haechan turut serta dan Tera hanya menunduk kepalanya.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Non-Fiction❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥