°07•

164 28 5
                                    


______________꧁☘︎꧂______________

______________꧁☘︎꧂______________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

______________꧁☘︎꧂______________

"Eomma.....Tera nak cakap dengan eomma sekejap boleh?"

"Boleh...sini la duduk" aku duduk di sebelah eomma selepas dia menarikkan kerusi untuk aku duduk.

"Kamu nak cakap pasal apa?" soal eomma seraya memandang wajah aku. Memang tabiat kami sekeluarga, bila nak bercakap mesti pandang wajah gerangan itu.

"Erm, pasal sekolah"

"Kenapa dengan sekolah? Diaorang minta hutang ke?"

"Eh aniya...ermm, macam mana eh nak cakap....Tera harap eomma tak marah" aku tarik nafas lalu lepas dan aku tenung anak mata eomma aku. Berdebar dia lain macam.

"Tera dapat tawaran dari sekolah Yushin"

"Apa tawaran dia? Bercuti ke?"

"Aniya....Tera dapat tawaran sekolah dekat sana"

"Bwo?! Se-series la?" aku menganggukkan kepala dengan secara perlahan-lahan.

"Yuran dia mesti mahal—"

"Eomma" aku memegang kedua belah tangannya. Mesti dia akan mention pasal duit punya, sama la macam aku tadi. Duit tu adalah segalanya dan keperluan penting kalau nak hidup lama dekat dunia ni.

"Pengetua bagitahu Tera yang Tera dapat biasiswa. Eomma dah tak payah susah-susah bawak keluar duit. Diaorang yang tanggung Tera"

Buat kali yang kedua, eomma aku shock gila. Bukan senang nak dapat sekolah tu apatah lagi biasiswa under sekolah elit tu. Sape je yang tak terkejut.

"Bila kamu masuk sekolah tu?"

"Entah la, tapi pengetua bagi Tera masa nak fikir. Dia bagi 2 hari"

"So? Apa keputusan Tera?"

"Keputusan Tera atas tangan eomma"

"Kenapa eomma pulak? Tera la buat keputusan sendiri...sebab nanti bukannya eomma yang belajar, Tera yang belajar"

"Tapi Tera tetap nak eomma buat keputusan. Kalau eomma tak bagi, Tera tak nak masuk sekolah tu. Kalau eomma bagi, Tera cuba fikirkan lagi"

"Kamu suka dengan sekolah tu?" otak aku mula berfikir dengan pertanyaan eomma tu. Aku suka ke?

"Molla, sebab Tera tak rasa lagi suasana sekolah tu macam mana. So Tera tak boleh nak nilai sekolah tu lagi"

"Kalau macam tu, apa kata Tera cuba ambik suasana sekolah tu macam mana"

"Maksudnya eomma bagi la Tera masuk sekolah tu?" Ibuku lantas mengangguk kepalanya. Aku tersenyum kecil setelah dia tersenyum manis.

"Masuk la eh, bukannya senang nak dapat sekolah tu. Tera dah tolak tawaran tiket tu, eomma harap kali ni Tera tak tolak la benda ni. Okay?"

ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿWhere stories live. Discover now