______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Okay, saem nak semua pelajar berbaris ikut kelas masing-masing!"
Selepas itu, semua pelajar berbaris mengikut kelas masing-masing sebelum mereka semua masuk ke dalam bas.
"Tera, kamu sorang je ke? Mana yang lain?" soal Jung saem selaku guru kelasnya dan gadis itu hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.
"Saem rasa diaorang ada dalam kelas la. Boleh tak kamu tolong panggilkan? Sebab kita dah nak bertolak dah ni" Tera balas dengan mengangguk kepalanya lalu dia berlari pergi ke blok kelasnya terletak.
"Ish, menyusahkan betullah! Tak sekarang ni diaorang tu budak 8 tahun ke? Semua benda orang nak kene uruskan. Haih, nak je aku sepak sekor-sekor" bebel gadis itu sambil berlari. Hatinya membara kerana perangai classmate nya sendiri.
Dia berhenti di hadapan kelasnya kerana dia dapat mendengari suara Haechan menjerit kuat. Nampak sangat tekaan Jung saem tu tadi betul. Apa yang diaorang buat dalam ni?
Tera membuka pintu kelas itu dengan kuat lalu dia memandang wajah mereka satu persatu dengan pandangan tidak puas hati. Seisi kelas itu juga memandang dirinya dengan pandangan pelik.
"Korang tahu tak kene kumpul ramai-ramai dekat bawah?" tanya Tera dengan malasnya.
"Buat apa nak kumpul dekat bawah tu? Dah la dengan crowded nya....dengan panasnya. Tak nak aku" balas Yujun dengan ala divanya dan Tera menghembus nafasnya kerana dia sudah agak perkara ini yang akan dijawab oleh mereka.
"Lagipun kami tak naik la bas buruk tu. Kami semua naik kereta sendiri" sambung Doyun dan Iseul yang berada di sebelahnya pun mengangguk setuju.
"Kaki kami ni mana layak nak pijak lantai bas tu. Tak sesuai....orang macam kau je yang sesuai tau" Aeri ketawa sambil menghalang mulutnya dengan tapak tangannya yang acah seperti ayu orangnya padahalnya tak.
Tera dah malas nak layan dengan empat ketul orang gila ni lalu dia memandang empat lagi manusia yang sedang memandangnya juga tapi semua membisu.
"Kitaorang---" terdiam Haechan kerana percakapannya telah dipotong oleh Tera.
"Ah tak payah cakap. Aku tahu korang semuanya sama....tak ada pun beza. Ni lagu satu aku nak cakap.....kalau dah tak nak naik bas tu sila bagitahu awal-awal dekat Jung saem....jangan nak menyusahkan orang je tahu. Aku tahu korang dah dimanja dari kecik tapi tak payah la nak sampai kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Ingat tu....tanpa adab semua benda akan hancur" pesan Tera sambil menunding jari ke arah mereka semua sebelum dia menutup pintu kelas itu dengan kuat.
±±±±±±±±᯽±±±±±±±±
"Ha..macam mana Tera?" tanya Jung saem setelah gadis itu berdiri di hadapannya.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Phi Hư Cấu❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥