______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Aku nak minta maaf"
Dengan serentak, mereka semua pandang Aeri dengan perasaan terkejut.
"Kau series la?" Jeno langsung tak percaya dengan kata-kata perempuan ini.
"Ya, aku tengah series ni"
Jeno masih dengan pendiriannya, dia sambung makan dan malas nak melayan kerenah perempuan itu.
Yang lain masih fikir, betul ke apa yang mereka dah dengar tadi? Ke mereka mimpi?
"Renjun—"
"Jangan dekat" Aeri tak jadi nak pergi dekat Renjun. Dia pun sambung makan.
"Apa yang dah jadi ni?" Jisung garu kepalanya yang langsung tak faham dengan situasi sekarang ni.
Bukan dia je tak faham, Chenle dengan Nari pun blur. Tak tahu apa-apa dengan semua ni.
"Nanti aku cerita" bisik Tera pada mereka bertiga dan mereka angguk dengan serentak.
"Renjun" panggil Aeri lagi sekali dan secara refleks, lelaki itu menghempas chopstick di atas meja.
"Kau dah kenapa panggil panggil nama aku? kalau nak cakap tu....cakap je la. Apa susah. Jangan buat aku bertambah rimas boleh tak?" Renjun mula naik berang dengan gadis itu.
Kecut semua orang selepas mendengar Renjun ingin meletus. Ini dia masih berada di tahap kesabaran yang amat nipis, tak lama lagi meletop la tu.
Tera menggosok belakang Renjun untuk menenangkannya. Dia mengeluh seketika lalu dia menongkat dagu dan langsung tak pandang wajah Aeri.
"Kau nak cakap apa lagi? Kalau dah habis cakap, bla ah. Tunggu apa lagi" tutur Jaemin sadis. Kalau boleh dia nak je tolak perempuan ni, tapi dia sabar sebab dia ni perempuan.
"Renjun, aku sayangkan kau"
Buat kali kedua semua beri reaksi terkejut dengan perakuan selamba dari gadis ni.
"Woi aku sarankan kau kene pergi check mental kau la. Sah kau memang gila" kata Haechan.
"Jangan layan dia...kalau kau layan...aku rasa kau sekali dapat effect dia" Jeno tarik tangan Haechan supaya dia kembali duduk di tempatnya.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Phi Hư Cấu❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥