______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Harini saem nak kamu semua buat tiga kumpulan"
"Saem, kami nak pilih sendiri ahli kumpulan boleh tak?" tanya Doyun seraya mengangkat tangannya tinggi.
"Boleh je" seronok ah mereka apabila guru sejarah mereka beri green light.
"Weh Haechan, kau dengan aku tau" ajak Renjun dan Haechan terus sahaja bersetuju.
"Lagi sorang..Jeno jom dengan kitaorang"
"Eh aku dengan Jaemin" Jeno menolak pelawaan Haechan lalu dia duduk di tempat Renjun. Mereka berdua ubah tempat buat sementara waktu.
"Renjun...I group dengan U tau" lelaki itu memutarkan anak matanya menyampah setelah perempuan itu duduk di sebelahnya.
"Weh Renjun halau ah dia tuh. Aku tak nak satu group dengan dia" bisik Haechan di telinga rakannya itu.
"Kau fikir aku ni nak sangat ke ha?" Haechan melihat Aeri sekilas sebelum dia menghentak buku sejarahnya dengan kuat.
"Tera kamu group dengan sape?" soal guru sejarahnya apabila dia perasan Tera tidak bergerak sedikitpun dari tempatnya dan mulutnya senyap tak bersuara langsung jikalau tidak menyoal.
"Ha Yujun dengan Iseul.....kamu tak cukup lagi sorang kan? Kamu ambik la Tera"
"Tapi saem..." Iseul toleh ke belakang untuk melihat Tera sepintas dan gadis itu seperti biasa, tak ambik kesah langsung.
"Kenapa? Kamu tak nak satu group dengan dia ke?" pantas sahaja Iseul dan Yujun menggeleng kepala mereka.
Guru mereka tidak boleh membantah akan permintaan mereka kerana mereka ini semuanya ada berkaitan dengan pihak atasan sekolah ini. Habis la kalau dia membantah segala permintaan mereka.
"Tak pe la....kamu boleh je ke ber group dua orang?"
"Boleh je saem. Lagipun bukannya susah sangat pun nak kene buat" kata Iseul dengan berlagaknya.
"Tera kamu okay je kan?"
"Saya okay je saem" jawab Tera dengan penuh kesopanan walaupun dirinya nampak macam kurang ajar tapi sebenarnya dia selalu hormat orang yang lebih tua darinya.
"Okay la kalau macam tu. Ni tugasannya yang kamu semua kene selesaikan" masing-masing ambil satu kertas kerja untuk mereka baca agar lebih memahami akan arahan kerja berkumpulan ini.
"Esok kamu semua kene pergi ke tempat yang telah ditetapkan pada kertas itu dan aktiviti ini akan bercampur dengan kelas lain"
Dalam senyap, Tera tersenyum setelah guru sejarahnya kata sebegitu. Mungkin kelas lain itu adalah kelas lamanya dulu dan dia akan berpeluang dapat berjumpa dengan Nari, Chenle dan Jisung.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
No Ficción❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥