______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Weh Tera, kau nak pergi pantai ke?" soal Jisung dan gadis itu membalas dengan beberapa anggukan kepalanya.
"Hati-hati...kalau nak apa-apa call je kitaorang okay" pesan Chenle dan lagi sekali gadis itu mengangguk kepalanya seraya tersenyum.
"Aku pergi dulu tau" Tera lambaikan tangan kepada mereka bertiga seperti selalu dan dia segera berjalan menuju ke pantai yang berada di hadapan hostel ini.
Setelah sampai dia menghirup udara pagi yang sangat menyegarkan dan angin sepoi bertiup di wajahnya dengam lembut dan dingin.
"Semalam dah siap 2 soalan...hari ni aku nak buat apa?" gadis itu check semula list soalan itu seraya menanda apa yang patut untuk dia selesaikan pada hari ini.
Memandangkan esok dah kene balik, hari ni dia mesti kene kerja keras.
"Cari penduduk sini la" kata Tera pada dirinya sendiri lalu dia bangun untuk mencari kawasan perumahan di kawasan situ.
Setelah lama dia mencari, akhirnya dia dapat menjumpai seorang lelaki tua yang sedang duduk di halaman rumahnya.
Dengan penuh keberanian, gadis itu menegur lelaki tua itu dengan penuh kesopanan agar lelaki tua itu tidak terkejut dengan kehadirannya.
"Ye, kamu cari siapa?" soal lelaki tua itu setelah dia menyedari kehadiran aku.
"Saya nak tanya ahjusshi boleh tak?"
"Kamu nak tanya apa?"
"Erm....ahjusshi penduduk tetap dekat sini ke?"
"Haah...kenapa ye?" Tera terus tersenyum kerana dia telah berjaya menjumpai seorang penduduk tetap di kawasan sini.
"Saya nak tanya soalan lagi boleh kan ahjusshi?"
"Boleh je..kejap ahjusshi nak buatkan air untuk kamu" Tera pantas menahan lengan lelaki tua itu dari bangun dari duduknya.
"Eh ahjusshi tak apa....tak yah susah susah" lelaki tua itu hanya tersenyum lalu dia duduk semula di kerusinya.
Gadis itu pun mula menyoal segala persoalan yang inginkan jawapan daripada lelaki tua itu sehingga la dia puas dengan jawapan yang lelaki ini telah berikan kepadanya.
"Terima kasih ahjusshi sebab dah jawab semua soalan saya" ujar Tera seraya melemparkan senyuman manisnya.
"Kamu dari mana?" lelaki tua itu bertanya kepada gadis itu.
"Saya dari Seoul"
"Ah...kamu budak bandar la ni. Saya pertama kali jumpa orang bandar yang perangai macam kamu"
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Non-Fiction❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥