______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Ren—"
"Wosh, kau pahal berhenti ni? Jalan la"
"Kenapa?" soal Jaemin kepada Jeno yang turut berhenti daripada meneruskan berjalan.
"Tak tahu Haechan. Dia yang berhenti aku pun berhenti la"
"Haechan kau—"
"Jom keluar. Nanti kita masuk balik" ajak Haechan dengan penuh paksaan. Dia menolak Jaemin dan Jeno keluar semula dari bilik wad itu.
"Kenapa ni?" soal Jaemin pelik dengan kelakuan Haechan.
"Tunggu 15 minit macam tu baru kita masuk" ujarnya dan makin banyak persoalan yang berada di fikiran mereka berdua.
"Kau—"
"Jangan banyak tanya. Dengar je apa aku suruh" celah Haechan setelah Jeno ingin menyoal lagi. Dia mencebikkan bibirnya dan duduk di kerusi yang telah disedia ada disitu.
Situasi di dalam...
"Apa bising bising tu?" bisik Renjun perlahan setelah dia mendengar suara beberapa orang di hadapan pintu bilik itu.
Dia baru sahaja terbangun dari lena nya, dia melihat Tera masih tidur lalu dia tersenyum manis melihat wajah yang dicintainya. Dia turun daripada katil dan terus masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan wajahnya.
Selepas keluar dari bilik air, dia melirik jam tangannya dan ternyata sudah pukul 10 pagi.
"Aik, kata nak datang...tapi asal tak datang datang lagi?" kata Renjun sendirian sambil menunggu kehadiran rakan-rakannya.
Dia duduk di sofa lalu mengeluarkan telefonnya untuk menelefon salah seorang rakannya.
"Jeno"
"Ha Renjun..kau tahu tak Haechan dia—"
"Kau bangun dah ke?"
"Ish, Renjun call aku hanat...bukannya kau. Bla la!"
"Bagi la aku cakap dengan Renjun kejap!"
"Mana boleh...Renjun call aku. Kalau kau nak cakap dengan dia...kau call la dia apa susah!"
"Mana boleh call serentak la gila. Bengap jugak kau"
"Eh aku memang bengap tapi aku rasa kau bengap lagi"
"Haih...gaduh pulak dua ketul ni" keluh Renjun lalu dia mematikan talian telefon itu kerana dia malas nak dengar pertengkaran tak faedah tu.
Dia terdengar ada seseorang menguak pintu bilik wad itu dan ternyata dia adalah Jaemin.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Non-Fiction❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥