______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Gaes, harini korang akan ada pelajar baru lagi sorang" kata Jung saem dan kami berlima memandangnya dengan wajah yang kekal dingin. Semenjak Tera ada di dalam kelas itu, semakin senyap kerana masing-masing masih kekok.
"Korang tak teruja ke? Tera, saem rasa kamu mesti teruja sebab kamu dah ada kawan nak berbual" Tera mengeluh, malas nak ambik tahu lalu dia sambung menyiapkan kerja sekolahnya.
"Aeri masuk la. Jangan malu-malu" panggil Jung saem dengan baiknya lalu gadis itu masuk ke dalam dengan penuh senyuman pada bibirnya.
Dia tahu tak kelas ni khas untuk orang yang dingin? Tak ada senyum-senyum ikhlas macam tu. Kalau nak senyum jugak, senyum dekat saem je. Buang masa je senyum dekat classmate sendiri.
"Perkenalkan diri kamu" ujar Jung saem dan gadis itu mengangguk kepalanya.
"Anneyong..nama saya Song Aeri. Awak semua boleh panggil saya Aeri. Saya dulu belajar dekat England dan baru je balik semalam sebab saya terindu dengan orang yang sekolah dekat sini"
"Tch, ada sesape tanya ke? Nampak sangat syok sendiri" perli Tera perlahan dan Jaemin tergelak kecil selepas terdengar suara itu daripada gadis di belakangnya.
"Kau dah kenapa Jaemin? Kene sampuk dengan sape ni?" tanya Renjun risau setelah dia nampak rakan semejanya itu tiba-tiba sahaja tersenyum kecil. Selama ni dia nak senyum pun susah. Pastu tiba-tiba je senyum ni jadi makin seram sejuk pulak.
"Okay Aeri, kamu boleh duduk sebelah Tera dekat belakang Jaemin tu"
"Tapikan saem...boleh tak saya tak nak duduk situ"
"Kamu nak duduk mana?"
"Sebelah Renjun...boleh tak saem?" Jung saem jadi bisu terus. Dia tak tahu nak jawab ya ataupun tidak disebabkan Renjun ni bukannya macam pelajar lain. Dia pun boleh takut dengan Renjun ni.
"Aaaaaaaa...kamu tanya la tuan badan dia sendiri. Saya ikut je. Kalau dia bagi, saya pun bagi je kamu duduk sebelah dia. Terserah kepada tuan badan. Okay lah saya keluar dulu eh. Kamu semua boleh sambung salin nota yang ada dekat depan ni"
Aeri pun dengan gediknya mengetuk meja Jaemin yang sedang kusyuk menyalin nota yang sudah diberikan oleh Jung saem tadi.
Buat kali kedua, Aeri mengetuk lagi meja Jaemin dengan lembut tapi lelaki itu masih dengan kerjanya. Dia langsung tak memandang Aeri walaupun dengan sekilas pandang.
"Hey Jaemin, can't you see me?" makin menyampah Jaemin dibuatnya bila gadis ini memanggil namanya. Meremang satu badan.
"Did you hear me call you" bila Jaemin masih memulaukan dirinya. Aeri langsung letak beg sekolahnya di atas meja Jaemin. Terbantut terus kerjanya dan kesabarannya makin menipis.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
No Ficción❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥