______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Renjun, makan la"
"Ke kau nak aku suapkan?"
"Ish Haechan...jangan la main-main. Dia tengah sedih tu gila"
"Main-main apanya. Kalau dia nak aku suapkan....aku boleh je buatkan. Bukannya susah pun"
"Kalau nak gaduh dekat luar eh....ni bukannya tempat gaduh" tegur Jaemin seraya mencekak pinggang melihat gelagat dua rakannya itu.
Siapa lagi kalau bukan Jeno dan Haechan.
"Garang la dia ni. Rilek la" Haechan seakan merajuk setelah dia mendapat teguran dari Jaemin. Dia duduk di sofa yang berada di hujung bilik itu sambil merenung luar.
"Gedik" bisik Jaemin perlahan seraya menggeleng kepala melihat telatah Haechan seperti kanak-kanak.
"Renjun....makan sikit eh. Perut kau kosong dari pagi tadi tau. Kesian perut kau...dia lapar sangat tu" Jaemin pula mencuba untuk memujuk rakannya itu yang dari tadi senyap berkutik sambil merenung wajah seorang gadis.
Sekarang ni, mereka berempat berada di dalam bilik wad Tera. Habis sahaja pembedahan, eomma Jaemin terus memindahkan gadis ini dalam sebuah bilik yang mewah dan besar.
"Renjun—"
"Sorry....aku tak kan makan selagi Tera tak makan. Kalau aku makan....nanti aku berasa bersalah" Renjun mula mencelah kata-kata Jeno dan mereka berdua mengeluh dengan sikap kedegilan rakannya itu.
"Renjun...kau jangan macam ni. Aku tahu kau sebersalah dekat Tera. Tapi kau kene kuat, kau mesti kene ada tenaga. Kalau dua-dua lemah, sape yang kene jaga sape nanti? Ha...cakap dekat aku" sampuk Haechan setelah dia mula mendekati semula katil Tera di mana tempat mereka berkumpul tadi.
"Makan eh" kata Haechan lagi dan Renjun terus mengangguk kepalanya secara perlahan-lahan lalu dia mengambil bungkusan makanan daripada tangan Jeno.
Jaemin dan Jeno lantas melihat Haechan kerana dia berjaya memujuk rakannya yang keras kepala itu. Haechan apa lagi, berlagak dia tahap antarabangsa. Memang tak boleh nak buat apa dah.
±±±±±±±±᯽±±±±±±±±
"Renjun...kau tak nak balik ke?" soal Jeno.
"Tak nak. Aku nak jaga dia. Korang balik la dulu" balas Renjun.
"Emm...kalau macam tu, kami balik dulu la. Kalau kau nak apa-apa....just calling je kitaorang, okay?" Renjun membalas dengan anggukan kepalanya bagi menyetujui permintaan Jaemin.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Phi Hư Cấu❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥