______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Kau balik dengan sape Nari?"
"Dengan driver aku. Kau?"
"Aku kan naik basikal"
"Oh lupa. Bye! Aku balik dulu tau! Jumpa esok!" aku balas lambaian Nari sehinggalah bayangannya hilang daripada pandangan aku.
Aku kemas beg, sebelum keluar kelas aku tutup semua suis dan juga pintu memandangkan aku pelajar yang terakhir keluar.
Kawasan sini sedikit lenggang kerana ramai pelajar yang sudah berangkat pergi dari sekolah ini. Aku juga ingin pulang lalu menuju ke tempat basikal aku terletak.
Sampai sahaja di sana, aku terus terkejut selepas melihat benda yang aku tak nak pun tengok. Kau rasa apa jadi?
"Basikal aku bodoh! Weh memang bodoh! Weh sape yang buat ni?! Weh sumpah nak carut lebih tapi AHHHH SIAL BETUL LA SAPE YANG BUAT NI!!!"
Aku terus mendekati basikal aku yang sudah hancur seperti ada orang yang sengaja memecah beraikan basikal aku. Woi fikir lego ke hanat!?
"Sape yang buat ni? Jahanam betul la. Nak nangis aku weh. Dah la basikal ni appa yang bagi! Bodoh, haaaaaa" aku menyembamkan muka aku pada kedua belah lutut aku dan menangis sepuas hati aku. Geram? Gila ke kalau aku tak geram?!
Selepas aku puas menangis, aku bangun dari duduk lalu menatap basikal itu semula. Rasa nak nangis tu datang balik, sebak nak mampus. Memang aku sumpah 7 keturunan sape yang buat ni.
Aku beredar pergi dari situ dan niat untuk pulang ke rumah sebelum malam menjelma.
Sepanjang perjalanan itu, banyak keluhan yang aku hembuskan. Memang buruk nasib aku semenjak ni.
"Eh Tera? Lambatnya kamu balik" aku toleh ke belakang setelah terdengar gerangan yang menegurku.
"Eoh Chenle, errrr saje nak balik lewat hari ni" aku tersenyum sumbing sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Kau balik jalan kaki ke?" aku lantas mengangguk kepala dan Chenle masih merenung wajah aku.
"Jom balik dengan aku. Aku hantar kau balik"
"Eh tak pe. Aku boleh balik sendiri...lagipun kalau aku jalan kaki boleh aku tengok sekitar kawasan ni"
"Kalau macam tu, aku teman kau la. Boleh?"
"Kau datang sekolah naik apa?"
"Kereta aku la"
"Dah tu, kenapa kau tak nak balik naik kereta?"
"Sebab aku nak teman kau"
"Pastu kereta tu kau—"
"Aku tinggal je la dekat situ. Esok aku ambik balik. Bukannya ada orang boleh curi pun"
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Non-Fiction❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥