______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Argh"
Dia memejam matanya dengan kuat agar denyutan di kepalanya berkurangan.
Kedua belah matanya dibuka secara perlahan-lahan, disekelilingnya tiada apa. Kosong dan sepi.
Bilik itu sedang sedang sahaja cahayanya. Tak cerah sangat, tak gelap sangat.
"Aku dekat mana ni?" monolog Tera dalam hatinya.
Dia cuba untuk bergerak sedikit namun kesakitan sahaja yang dia rasai. Tangan dan juga kakinya sudah diikat.
Gadis itu cuba untuk mengingati semula apa yang sudah timpa atas dirinya semenjak ni dan dia baru teringat kejadian di mana dia dan Renjun eksiden.
Tapi mengapa dia disini dan bukannya di hospital? Tak kan hospital jaga dia macam ni kot?
"Ada sesape ke dekat luar?" dia lontarkan suaranya dengan perlahan kerana dia masih lemah.
Kepalanya ditunduk ke bawah lalu dia menangis. Dia tak tahu nak buat apa, bila dia menangis lagi kuat denyutan di kepalanya.
"Argh" tangannya tidak sengaja digesel pada tali tebal ini. Dia nampak banyak luka pada kaki dan juga pada tangannya.
Itu semuanya hanyalah parut. Kenapa jadi parut? Dia sudah berapa hari tak sedarkan diri?
Matanya meliar melihat sekeliling untuk mencari alat yang boleh buka ikatannya tetapi tiada langsung alat tajam.
"Renjun" kata Tera dalam tangisannya. Dia merindui lelaki itu dan dia berharap agar dia datang menyelamatkan dirinya.
"Dah sedar dah kau. Aku fikir kau dah mampus" Tera dongak kepalanya melihat gerangan yang menegurnya.
"Ae-aeri? kenapa kau buat aku macam ni?"
"Sebab kau dah rampas kekasih aku"
"Sejak bila dia kekasih kau? Kekasih kau bukannya Mark ke?"
"Jangan kau berani nak sebut nama jantan tu! Aku benci dia! aku lebih suka bila dia dah mampus!"
"Sah kau ni memang dah gila"
"Aku memang dah gila.......gilakan Renjun!"
"Kau nak apa sebenarnya ni Aeri?"
"Aku nak kau mampus dari hidup dia!"
Aku diam, tak tahu nak balas apa. Dia hanya ketawa dengan gembiranya lalu dia mendekati aku.
"Kau nak tahu something?" dia memegang dagu aku dan aku hanya memerhati gelagatnya.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Non-Fiction❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥