______________꧁☘︎꧂______________
______________꧁☘︎꧂______________
TERA POV
"Renjun....." panggilku, setelah dia membalas dengan jongketan keningnya baru aku sambung ayat yang tergantung tadi.
"Turunkan aku dekat stesen bas yang dekat dengan sekolah tu tau"
"Kenapa?" soalnya sambil matanya fokus pada jalan raya.
"Nanti orang lain nampak la yang aku naik dengan kau"
"Apa salahnya orang nampak? Kita dah official kan" haish aku la dia ni an. Tolong la sesape sedarkan dia ni yang sebenarnya aku memain je tadi.
"Tapi--"
"No tapi tapi. Mulai hari ni kau kene dengar cakap aku je"
Apa la aku nak buat dekat dia ni. Aku mula la rasa nak maki dia depan-depan tapi aku risau lelaki ni bertindak luar kawalan lagi. Bukannya boleh harap sangat pun dia ni ha.
"Kau tengah kutuk aku ke tu?" tegur Renjun. La, dia perati aku dari tadi ke? Kantoi sudah tapi memang betul pun aku ngumpat dia.
"Haah, memang pun" jawabku jujur lalu aku menjeling dirinya yang sedang memandang tepat kearahku.
Habis la...aku nak jawab apa nanti kalau Nari dengan yang lain-lain nampak. Bangla la Renjun ni. Haish, kalau tak peningkan aku memang tak sah.
END TERA POV
±±±±±±±±᯽±±±±±±±±
"Woi, turun. Kau nak duduk sampai habis sekolah ke?" sergah Renjun setelah dia membuka pintu keretanya semula.
"Haah, memang pun" jawab Tera sambil kepalanya disorok ke bawah board kerana dia tahu ramai mata yang sedang melihat mereka.
Kalau kau nak tahu, Renjun pergi parking depan sekolah. Memang bodoh punya perangai. Selalunya dia akan parking di tempat khas mereka tetapi kali ni mungkin dia sengaja.
"Lantak kau la. Mati lemas aku tak tahu eh" katanya lalu dia menutup pintu kereta dan beredar pergi.
Setelah bayangannya hilang, Tera lantas mengangkat kepalanya sedikit lalu dia melihat sekeliling. Nampaknya semua pelajar sudah masuk ke dalam kelas masing-masing.
"Fiuh, ni la peluang aku" bisiknya perlahan lalu dia cuba membuka pintu kereta itu......
"WOI RENJUN!!! ASAL KAU KUNCI AKU SHIBAL!!!" jeritnya kerana geram dengan perangai lelaki itu.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Non-Fiction❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥