______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
Mata aku bulat membesar selepas dapat tahu yang jawapan Jaemin adalah salah. Tak sangka aku, siapa je yang sangkakan?
Aku lihat reaksi Jaemin, dia tetap dengan wajah dinginnya dan duduk bersandar sambil memejamkan kedua belah matanya.
"Kau nak apa?" tanya Jaemin setelah dia menyedari yang aku daripada tadi tenung muka dia.
"Ani...maaf kacau kau" aku gelabah sebenarnya. Aku tenung balik soalan aku dan aku jawab apa yang aku mampu.
"Cun, jawapan dia 44. Eh jap, kenapa aku rasa jawapan ni salah" aku menyerabaikan rambut aku dan lihat sekeliling.
Tiba-tiba...mata aku berhenti pada kertas Jaemin itu tadi dan aku melihat lelaki itu semula. Dia juga sedang melihat kelakuan aku. Kantoi stalker.
"Jaemin" panggil aku dan dia memandang aku dengan mengangkat sebelah keningnya.
"Aku nak tengok kertas kau boleh?"
"Ambik ah" selepas aku dapat green light. Aku terus ambil kertas itu dan baca semua point penting yang sudah ditulis oleh lelaki itu.
"Ah, yang ni aku tak sempat nak tulis. Patutlah aku syak ada yang tak cukup tau." kata aku seorang diri selepas dapat satu point yang memang aku tak tulis pada kertas aku. Selamat tak jawab tadi, kalau tak habis ah.
Dengan rilek nya, aku gabung semua nombor nombor yang ada pada kertas aku dengan Jaemin punya.
"Kau dah tahu ke apa jawapan dia?" soal Jaemin selepas aku melepaskan pensel di atas meja.
"Dah...tapi aku still tak yakin dengan jawapan ni"
"Kau kene yakin. Kalau tak, kau akan rugi. Kau bayangkan jawapan kau tu memang dah betul, tapi kau tak sempat nak jawab. Confirm kau menyesal seumur hidup kau. Better kau jawab daripada tak jawab" aku tersenyum tawar selepas dapat teguran daripada Jaemin.
Tak sangka dia ni boleh cakap banyak, aku fikir berat sangat mulut dia tu. Itulah orang kata, jangan nilai buku dari kulitnya.
"Tapi—"
"Tekan je button merah tu" Jaemin dari tadi yakinkan aku tau. Aku masih teragak-agak nak tekan button merah tu tapi tulah lelaki ni daripada tadi suruh aku tekan.
"Okay, kita dah jumpa peserta kedua untuk menjawab soalan ini. Ha kamu, apa jawapan dia?"
"79"
"Jawapan kamu salah. Maafkan saya"
"Weh jawapan aku salah sial! Omaigod, I can't believe weh"
"Senyap Haechan. Orang lain pandang tu. Itulah sape suruh yakin sangat dengan jawapan sendiri" kata Jeno dan dia sambung semual menyelesaikan soalan sukar itu.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Non-Fiction❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥