2

1.4K 105 16
                                        

"BANGUN!!" jerit kakak Arman Rizky , Uyayna lantang .

"5 minit lagi" pintanya tanpa membuka mata .

Jam loceng memang ada tapi anak orang kaya kan , setiap hari jam loceng akan jadi mangsa balingannya .

"Takde takde . BANGUN SEKARANG !! atau p...." ugutnya tetapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya , Arman Rizky cepat-cepat menekup mulut kakaknya .

"Tahu pun . Dah , harini hari last sekolah takkan nak sampai lambat" katanya perlahan sebelum keluar menuju ke dapur .

"Aman dah bangun ke Yana?" tanya Puan Aina yang melihat Uyayna menapak turun dari tingkat 2 .

"Dah , ma" balasnya .

Tidak lama kemudian , Arman Rizky turun dengan pakaian sekolah yang kemas dikenakan di badannya .

"Turun pun . Ingat sambung tidur" perli Uyayna .

"Papa mana?" tanya Arman Rizky yang hairan dengan ketiadaan Encik Haniff di meja makan .

"Papa dah lama pergi kerja" balas Puan Aina . Arman Rizky mula memandang tajam ke arah Uyayna .

Uyayna yang sedar akan hal itu tersenyum nakal sebelum berlari menuju ke biliknya .

"KAKAK!!!" jeritnya lantang . Puan Aina menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Selepas turun dari motorbike , kaum hawa yang baru sampai tidak melepaskan peluang dengan meratah setiap inci wajah kacak milik Arman Rizky .

Dia hot !

Dia handsome !

Dia beku !

Itulah Arman Rizky sebenarnya .

Tanpa pengetahuannya , tahun ini ialah tahun terakhir dia di SMK CYBERHAIL .

Dia sudah biasa dengan pandangan itu tetapi dia hanya mengabaikan ia . Hatinya langsung tidak terpaut pada mana-mana perempuan akibat satu peristiwa yang kalau boleh dia nak lupakan tetapi apakan daya . You will never forget about your past moments .

Setelah dia memasuki kelas , dia mendapatkan sahabat baiknya yang duduk di sebelahnya , Ikmal .

"Hi , bro" sapa Ikmal lalu menghulurkan tangan untuk buat gaya macam geng geng laki buat tu...

"Harini hari last . So , kita fly kelas nak?" tanya Arman Rizky dengan mengangkat keningnya .

"Aku on je" balasnya .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Pada matapelajaran yang pertama lagi , mereka telah hilang dari kelas . Beg ada , tuan takde .

Guru-guru disitu sudah masak dengan perangai diorang . Lagipun hari last kan so biar jela .

Kelas mula bising apabila Cikgu Ramzi memberikan kebebasan buat mereka .

"Buat kerja sendiri . Jangan bising" arahnya tetapi sekadar arahan je lah . Diorang ni kata je tingkatan 4 , tapi perangai mengalahkan budak tadika .

Apabila Arman Rizky dan Imran memasuki kelas , semua mata tertumpu pada mereka .

Mereka dengan selamba badaknya , terus masuk kelas tanpa salam dan duduk di tempat mereka . Cikgu Ramzi menggeleng kepala . 'Harap satu hari nanti , awak berubah' doanya dalam hati .

Tiba-tiba , seorang pengawas lelaki masuk dan menapak ke arah Cikgu Ramzi . Setelah beberapa minit mereka bercakap , Cikgu Ramzi meminta Arman Rizky mengikuti pengawas tersebut ke pejabat .

'Hari last pun kena denda ke? Eh , jap . Asal aku sorang je . Huh lantaklah' omelnya .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Arman Rizky mengetuk pintu bilik pengetua sebelum diberi arahan untuk masuk .

Terkejut dibuatnya apabila melihat Encik Haniff .

"Papa buat apa kat sini?" tanya Arman Rizky yang berlagak tenang .

"Aman , duduk dulu . Behave yourself" balas Encik Haniff .

Selepas Encik Haniff dan Puan Dahlia menyatakan tujuan mereka memanggil Arman Rizky , dia terus keluar dengan muka yang tidak puas hati .

Flashback

"Arman , pihak sekolah telahpun membuat keputusan untuk memindahkan kamu ke sekolah Diamond International School . Papa awak juga setuju . Jadi , cikgu harap kamu pun begitu lah ye" terang Puan Dahlia panjang lebar .

"Aman okay kan?" tanya Encik Haniff pula .

"Tapi , kenapa pa?" protes Arman Rizky .

"Sebab kamu pandai dan pihak sekolah sendiri yang recommend kamu ke sekolah tu" jelas Encik Haniff lagi .

"Aman tak..."

"Please , Aman . For me?" pinta Encik Haniff perlahan . Arman Rizky mendengus kasar sebelum meraup rambutnya ke belakang .

Bukan dia tidak mahu tetapi ada rahsia di sebalik kepandaian dia . Hanya dia dan kakaknya sahaja yang tahu . Lambat-laun pasti keluarganya akan tahu .

"Okay , fine . Aman setuju" putusnya sebelum keluar meninggalkan pejabat .

End flashback















okay tak part hero ni? korang belanja author 4 vote boleh ? kalau tak , author taknak publish chapter ke-3 (• ◡•)

thankyou !

thankyou !

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


kalau free , bolehlah gi support buku Suami Seberang Laut by yourdaughter_

best tahu😭

thankyou !

C | SURI HATI MR.ARMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang