"Hana..." belum sempat Adira Farisya ingin menghabiskan ayatnya , dia terkejut akan aksi yang dihidangkan free di dapur . Mereka yang di belakang turut terkejut .
Masing-masing menutup mata kerana tidak sanggup melihat aksi 18+ .
Niat mereka hanya ingin membuat kejutan tetapi mereka pula yang mendapat kejutan . Haih , malang bethol ...
"Ehem" dehem Hana Qalisya membetulkan suaranya sebelum mereka semua memandangnya meminta penjelasan .
"Tadi , Isya nak jatuh , so aku tolong sambut la" kata Arman Rizky selamba walaupun dia tahu ianya tidak logik tetapi itu sahaja yang lalu di kotak fikirannya .
"Isya?!!" jerit mereka serentak yang sedikit terkejut .
"Bukan kau cakap nama tu khas untuk orang penting dalam hidup kau je ke ? I mean your family" tanya Hanim Harisa seolah-olah curiga dengan sahabatnya .
"Korang nak apa panggil aku ni" tanya Hana Qalisya mengelak dari menjawab soalan itu .
"Sebenarnya , kitaorang nak buat surprise dekat kau . Yela , ada orang tu buat kenduri tak panggil pun kawan baik dia" ujar Adira Farisya bersama sindiran . Hana Qalisya mula rasa bersalah .
"Korang , aku takde niat pun macam tu ...." balas Hana Qalisya dengan suara meleret sambil merangkul lengan kedua-dua sahabatnya .
"Habis , kau boleh pulak ajak mamat cengeng ni?" marah Hanim Harisa pula .
"Aku tak ajak pun , entah dia ni tetiba je datang" nafi Hana Qalisya . Arman Rizky mula membulatkan mata tatkala ayat itu terpacul dari mulut isterinya .
"Haah . Memang pun , aku tetiba je ada firasat nak datang" balasnya sebelum berlalu pergi .
"Baik kau bagitahu , apa relay kau dengan dia ?" tanya Adira Farisya serius .
"Lah , tak habis lagi ke . Kitaorang takde pape pun lah . Kan dia cakap , aku nak jatuh so dia tolong je la" kata Hana Qalisya yakin . Padahal , aksi suap menyuap tu telahpun dilihat dari awal oleh dua orang sahabatnya .
"Okay , fine . I trust you but don't ever break my trust , Hana" pesan Adira Farisya sebelum melangkah pergi sambil Hanim Harisa juga membuntuti langkah sahabatnya .
Hana Qalisya hanya tersenyum pahit .
Tiba-tiba , seseorang menegurnya membuatkan dia tersentak .
"Hai , kau sihat?" tanya Hakeem lembut dengan senyuman yang tidak lekang di bibir .
"Sihat" balasnya pendek lalu segera ingin berlalu . Risau juga jika ada orang lain yang melihatnya berdua-duaan bersama lelaki yang bukan mahramnya .
"Kejap la . Kau nak pergi mana" halang Hakeem dengan tangan yang masih setia di lengan Hana Qalisya .
"Lepaslah!" jeritnya .
"Kau berubah sebab dia ke?" marah Hakeem . Giliran dia pula menjerit .
"Siapa kau untuk tahu ?" bidas Hana Qalisya pedas .
"Ex-boyfriend" balasnya selamba .
"Oh sedar . Bukan boyfriend aku okay ? Kau tu cuma orang yang pernah aku buang dari hidup aku . Once aku dah buang , aku takkan kutip balik !!" tengking Hana Qalisya yang menggenggam tangannya tanda menahan amarah .
"Susah sangat ke nak terima aku balik?" kini giliran Hakeem pula menengking .
"Kau curang . Perempuan mana je yang tak marah" kata Hana Qalisya yang suaranya mulai kendur tatkala memperingati peristiwa tersebut . Kolam matanya tidak dapat ditahan .

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...