27

573 50 2
                                    

Apabila Hana Qalisya ingin melangkah pergi , Arman Rizky menghalang laluannya .

"Tepi" marahnya apabila senyuman senget terukir di bibir Arman Rizky .

"After one kiss , please?" pintanya . Dia nak main-main je tapi...

CUP !

Satu ciuman diberikan !

OMG !!!!

Arman Rizky terkedu apabila pipinya disentuh dengan mulut seseorang .

Hana Qalisya mengulum senyuman lalu dengan mudahnya dia menolak Arman Rizky ke tepi .

Setelah selesai , Hana Qalisya ingin turun ke bawah tetapi sempat dihalang oleh Arman Rizky .

"Kau dah solat ke belum?" tanya Arman Rizky lembut . Eh , takpernah ni .

"Belum" balasnya .

"Jom , kita berjemaah . Karang mama nak datang pula" ujar Arman Rizky lalu menghadiahkan senyuman . Lepas kena cium , dah angau ke si Arman ni .

Hana Qalisya hanya mengikut arahan sang suami . Dia memakai telekung lalu menghamparkan tikar sejadah buat dia dan Arman Rizky .

Arman Rizky mendekatinya , Hana Qalisya berundur dek kerana jika tersentuh , batal wudhuk .

"K...Kau kenapa ni ? Jomlah solat" tanya Hana Qalisya sedikit gagap .

"Aku nak perbetulkan telekung kau . Senget but still cute , sayang" ujarnya dengan suara husky membuatkan Hana Qalisya menelan air liur kelat . Ayat terakhir , sengaja diperlahankan tetapi cukup untuk Hana Qalisya mendengarnya .

"Eh , takpela . Karang kalau kena kulit saya , batal pula wudhuk" tegah Hana Qalisya membuatkan Arman Rizky tersenyum simpul .

Mereka memulakan solat . Hanya Allah je yang tahu bagaimana gembiranya tatkala dapat menjadi makmum buat sang suami sendiri . Dia punya perasaan tu , fuhhh...

Seusai solat , Hana Qalisya dengan teragak-agak untuk menyalami tangan Arman Rizky . Arman Rizky memberikan tangannya sebelum dicium oleh Hana Qalisya .

Arman Rizky tersenyum manis lalu mecium ubun-ubun Hana Qalisya lama . Hana Qalisya dapat merasakan hembusan nafas yang hangat milik sang suami . Jantung ni mula la...

"You know what , sayang . When you're beside me , you make my heart abnormal" ujarnya membuatkan Hana Qalisya memandang mata Arman Rizky dalam untuk mencari keikhlasan setiap ayat yang dituturkan .

"Jangan pandang macamtu . Rasa macam nak terkam je" sakat Arman Rizky membuatkan pipi Hana Qalisya berona merah .

Telekungnya dibuka oleh Arman Rizky . Hana Qalisya hanya membiarkan perbuatan itu seketika .

Tiba-tiba ,

Ting !

Bunyi loceng menyentakkan mereka . Hana Qalisya dan Arman Rizky terus bergegas menuruni anak tangga sebelum membuka pintu .

"Assalamualaikum" ucap Puan Aina seraya menghadiahkan seulas senyuman .

"Waalaikumussalam , ma . Jemputlah masuk" ajak Hana Qalisya lalu menyalami tangan ibu mertuanya diikuti Arman Rizky .

"Cantik , rumah ni . Pandai kamu jaga , Hana" puji Puan Aina membuatkan Hana Qalisya tersipu malu .

"Ma , Aman yang selalu kemaskan . Kalau nak diharap si Isya ni , mahu macam zoo rumah ni" usik Arman Rizky lalu kakinya menjadi mangsa pijakkan Hana Qalisya .

Puan Aina yang melihat itu tersenyum nakal .

"Hana , Aman . Jom , duduk kejap . Mama nak borak dekat korang ni" ajak Puan Aina lalu mengambil tempat di salah satu sofa .

C | SURI HATI MR.ARMANWhere stories live. Discover now