Seusai membaca doa , mereka hanya diam membisu tatkala masing-masing hanya menikmati hidangan Chicken Chop .
Tujuan Arman Rizky ke sini , adalah untuk melamar Hana Qalisya dengan cara yang tidak dipaksa seperti dahulu . Ya , sejak Hana Qalisya hadir dalam hidupnya , hatinya sudah terpaut dengan gadis itu .
Dia meletakkan set garfu dan sudu sebelum bangun lalu mengambil kotak yang dibaluti dengan kain baldu merah .
Arman Rizky membuka kotak itu seraya duduk mencangkung disebelah Hana Qalisya . Suapan Hana Qalisya terbantut tatkala melihat Arman Rizky di sebelahnya .
Kini , di hadapan Hana Qalisya bukan lagi wajah beku tetapi wajah yang ingin sekali dia lihat . Sejuk hatinya melihat wajah sang suami .
"Will you be my real wife , Isya?" tanya Arman Rizky .
Kini , seisi restoran itu dipenuhi dengan mata-mata yang melihat mereka . Hati Hana Qalisya juga sudah terpaut dengan Arman Rizky sejak dia menjadi isteri yang sah buat lelaki itu .
Dia mengangguk sebelum bibirnya mengoyak senyuman manis yang tidak pernah dia lakukan . Terserlah lesung pipitnya serta pipinya merona merah tatkala restoran itu diriuhkan dengan tepukan gemuruh .
Maka , muzik pun terpasang . Arman Rizky mengambil tangan Hana Qalisya sebelum menyarungkan cincin yang bertatahkan permata di jari manis .
"Thank you , husband" ucapnya .
"My pleasure , wife" balasnya .
"Aman , aku nak tanya kau sesuatu ni" ujar Hana Qalisya memulakan bicara yang dirasakan janggal . Arman Rizky hanya mengangkat kening tanda 'apa' .
"Macam mana aku boleh sampai sini ? Siapa pakaikan baju dekat aku ? Kau ke lelaki berhoodie tu ?" tanya Hana Qalisya bertubi-tubi ingin tahu .
"Relax ye , sayang . Macamni , yup , akulah lelaki berhoodie tu . Aku just nak kenakan waktu tu tapi mama yang suruh teruskan plan tu dengan 'culik' kau untuk dinner malam ni . Mama cakap , kau mesti taknak keluar dengan aku berdua-duaan . Pasal yang pakaikan baju tu , aku rasa kau dah dapat agak kot" terang Arman Rizky panjang lebar . Sengaja ayat terakhir diperlahankan kerana ingin mengusik isterinya .
Kini , sekali lagi pipi Hana Qalisya merona merah .
"Dah , makanlah . Kau jangan blushing sangat . Suami kau je pun . Lagi satu , jangan selalu sangat blushing . Iman aku takkuat . Karang aku cium kot ke gigit pipi gebu tu" sakat Arman Rizky dengan maksud yang mendalam .
"Nak minta something dari kau boleh?" tanya Hana Qalisya .
"Hmm"
"Boleh tak kalau kita jadi lebih intim ? I mean , kenal antara satu sama lain lebih dalam" ujar Hana Qalisya .
"Aku okay je but dekat rumahlah eh . Sini public" usik Arman Rizky lagi . Nakal !
"Kau ni , bukan maksud aku yang tu tapi hishh susahlah kau ni . Dahlah" marah Hana Qalisya geram dengan sikap suka mengusik Arman Rizky . Dia bangun dari duduknya tetapi lain pula terjadi apabila tangannya direntap dari belakang .
Kini , wajah Hana Qalisya selamat mendarat di bidang dada Arman Rizky . Tatkala bunyi muzik berkumandang , seisi restoran mula bangun lalu menari dengan pasangan masing-masing .
Mula idea nakal Arman Rizky muncul . Arman Rizky mengangkat kedua belah keningnya . Hana Qalisya yang melihat itu tanda tahu dengan idea nakal itu terus mencebik .
Arman Rizky menjauh sedikit dari Hana Qalisya sebelum menghulurkan tangannya . Hana Qalisya menyambutnya sebelum masing-masing menari mengikut rentak muzik yang dialunkan .
ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...
