Tanpa mereka sedari , Hasya ternampak akan aksi itu sebelum mendengus geram . Nampaknya , dia perlu bekerjasama dengan seseorang untuk mendapatkan Arman Rizky !
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Cikgu Uyayna menapak masuk kelas sebelum matanya terarah pada Hana Qalisya dan Arman Rizky . Senyuman nakal terbit di bibir merah cikgu itu .
"Kamu semua sudah sedia maklum bahawa , tahun ini kamu bakal menduduki peperiksaan penting . Jadi , cikgu ingin menetapkan kumpulan untuk memudahkan kamu buat ulangkaji" terang Cikgu Uyayna panjang lebar . Semua yang didalam kelas hanya mengangguk faham .
"Kumpulan ini juga tidak boleh mengubah ahli-ahlinya . Cikgu harap kamu boleh bekerjasama" pinta Cikgu Uyayna seraya tersenyum nakal sebelum memandang ke arah Hana Qalisya dan Arman Rizky .
Mereka sudah tahu , ini pasti rancangan kakaknya untuk buat mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain .
"Hakeem , Hana , Hasya , Arman , Hafidzi Qais , Alieff Amin , Hanim Harisa dan Adira Farisya . Kamu satu kumpulan" ujar Cikgu Uyayna .
"Safwan , Danish , Ganesh , Cheng , Suhaila , Faris dan Hawa . Kamu satu kumpulan" arah Cikgu Uyayna .
Setelah selesai mengagihkan kumpulan , jelas terlihat wajah yang tidak puas hati kerana mereka tidak dipasangkan dengan ahli yang mereka sukai .
"Dengan menggunakan kumpulan ini , cikgu hendak kamu buat satu cerita pendek menggunakan idea sendiri tanpa plagiat . Ini juga ada markah untuk komunikasi . Genre pula , kamu perlu buat cabutan" kata Cikgu Uyayna sebelum tangannya menunjuk ke arah kotak lutsinar yang berisi lipatan kertas .
Selepas selesai mereka membuat cabutan , Cikgu Uyayna mengarahkan mereka untuk melihat genre masing-masing .
"Weyh , kita dapat apa?" tanya Adira Farisya yang sudah tidak sabar-sabar .
"Romance" balas Hana Qalisya selamba dengan riak yang tidak berminat .
"Pergh ! Elok sangat tu ! Dalam kumpulan ni , semua dah ada pasangan" kata Hasya separuh menjerit sebelum matanya melirik ke arah Arman Rizky yang seperti biasa , wajahnya ditayang beku .
"Siapa nak dengan kau?" sindir Hafidzi Qais yang mula geli .
Hasya tidak menjawab tetapi mulutnya dujuihkan ke arah Arman Rizky . Mereka semua memandangnya .
"Kau biar betul ? Kau , dengan Arman ? Mahu gila dia kalau pasangan dengan kau" ujar Hanim Harisa pula .
Hati Hana Qalisya mula berapi apabila melihat Hasya yang semakin rapat dengan jarak Arman Rizky . Dia tahu Arman Rizky sedar akan kehadiran Hasya , tetapi kenapa tak berganjak ?
"Weyh , kau nak cium dia ke apa hah ? Kau bukan mahram dia nak duduk dekat-dekat . Kau tu perempuan ingat sikit maruah kau . Buat malu kaum je" bidas Hana Qalisya geram .
"Habis , kau tu asyik melekat je dengan dia takpe pulak ?" tanya Hasya yang tidak mahu mengalah .
"Aku...." belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya , Arman Rizky terlebih dahulu memotong agar aksi bertikam lidah ini berhenti .
"Ishhh ! Semak lah dua orang perempuan ni ! Senyap boleh tak ? Engkau , kalau nak cakap tu fikir dulu" marah Arman Rizky sebelum tangannya menuding ke arah Hana Qalisya . Hana Qalisya tersentak . 'Dia backup perempuan tu?' jeritnya dalam hati .
Hasya hanya mencerlung tajam ke arah Hana Qalisya .
"Cikgu nak kamu bincang ! Bukan bergaduh ! Ni bukan pertandingan berdebat atau bertikam lidah ! Sebagai denda , kamu semua kena stayback !" arah Cikgu Uyayna dengan nada yang meninggi . Lain yang diharapkan , lain yang terjadi .

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...