TINGKATAN 5...
Pagi yang indah ini disertai dengan bunyi kicauan burung dan sang mentari telahpun timbul .
Qistina Sofea bergegas ke sekolah memandangkan hari ini dia perlu menjaga blok .
Dia berjalan sehabis laju apabila mendapati jam di pergelangan tangannya menunjukkan jam 7:56 pagi . Sepatutnya dia perlu berada pada jam 7:30 pagi .
Tiba-tiba ,
BUK!!!
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Arman Rizky seperti biasa dengan watak acah macho dan selambanya .
Hari ini , hari pertama persekolahannya di Diamond International School . Kaum hawa yang lalu-lalang tidak berkelip melihatnya . Dia sudah biasa dengan perkara itu . Setelah kejadian hitam yang membuatkan dia jadi begini , dia tidak mahu mengenali mana-mana perempuan lagi .
Sedang dia berjalan sambil melihat kawasan sekolah ini , tiba-tiba ,
BUK!!!
Mereka berdua terjatuh . Mereka memandang wajah masing-masing . Arman Rizky seperti biasa , hanya menunjukkan riak selamba manakala Hana Qalisya pula menunjukkan wajah tidak puas hati .
"WOI !! Kau ni buta ke apa 'GALAH ' ?" ujarnya geram . Nadanya naik seoktaf .
"Wahai manusia yang tak tahu malu , boleh tak kalau kita minta maaf?" ujarnya bernada sindiran .
"Aku tak tahu malu? Eh , kau yang langgar aku dulu" kata Hana Qalisya yang masih tidak puas hati .
"Ohya! Buku aku tu , kau yang jatuhkan so tolong ambilkan" uji Arman Rizky .
"Encik Arman takde tangan ke tapi aku tengok tangan kau elok je" perli Hana Qalisya .
"Kau...." belum sempat dia menghabiskan ayatnya , Hana Qalisya telahpun menjauh darinya . 'Kalau aku jumpa kau lagi , siap kau' jeritnya dalam hati .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
"Weh , kau asal duh monyok je" tegur Adira Farisya .
"Takde ape la" balasnya dingin .
"Kau terserempak dengan Trio Diva's ke?" tanya Hanim Harisa pula .
"Tak"
Guru matapelajaran pertama datang membuatkan kelas 5 Diamond senyap .
"Bangun" ucap ketua kelas , Danish .
"Assalamualaikum , sir" ucap mereka serentak .
"Waalaikumussalam . Today , we have new student" kata Sir Fikri .
"Come in" ujarnya serentak itu muncullah satu figura yang mampu membuatkan mana-mana perempuan cair . Hana Qalisya tidak menghiraukan rakan sekelasnya yang bising macam pesta .
"Weh , tengok tu weh . Mamat tu hensem gila" kata Adira Farisya .
"Haah weh . Confirm kau cair" sahut Hanim Harisa pula .
"Biarlah . Aku tak kesah" katanya . Dia masih menumpukan kepada buku novelnya .
"Tengoklah weh" kata Adira Farisya separuh memaksa . Hana Qalisya mengalah seraya memandang figura yang sedang melihatnya . Mereka bertentang mata lalu muncul senyuman sinis di bibir Arman Rizky .
ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...
