꧁ second book ꧂
COMPLETED ✓
"When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
"Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
"Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ
☘...
Adira Farisya yang tahu akan kelewatannya untuk pulang bersama Hana Qalisya berlari menuju ke pintu pagar utama dimana tempat yang dijanjikan .
Setelah melihat kelibat Hana Qalisya yang termenung , muncul idea nakalnya .
"BHAAAA!!" jerit Adira Farisya dibelakang Hana Qalisya . Terhinjut bahunya sedikit .
"Woi! Kau nak aku mati cepat ke huh?" marahnya .
"Sorry aa weh . Kau okay tak ni" tanyanya . Jarang dia lihat sahabat baiknya itu termenung . Selalunya , tak boleh ada masa lapang langsung . Kalau tak , bukulah jawabnya .
"Takpe , aku okay . Dahlah jom balik" ajaknya .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Sebelum Adira Farisya sampai ...
"Hai" ujar Hakeem , bekas teman lelakinya .
Dia ingin membalas tetapi apabila melihat gerangan itu , hatinya terbakar .
"Ape hai hai ? Kau orang Islam , kan? Bagilah salam" bidasnya pedas .
"Garangnye baby saya" ujar dengan suara menggoda .
"Asal diam? Betulkan apa aku cakap . DASAR BUAYA!" jeritnya lantang . Nasib hanya tinggal guard je kalau tak , viral ni...
"Woi perempuan! Kau dengar sini . Kau ex aku . Jadi , tak mustahil satu hari nanti kau akan jatuh cinta dekat aku balik!" balasnya geram .
"Mati hidup balik pun , aku TAKKAN JATUH CINTA DEKAT LELAKI MACAM KAU LAH!" katanya sebelum berlalu menuju ke pintu pagar utama sekolah .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Hana Qalisya terus membenamkan dirinya di atas katil . Apabila terjaga , rupanya dah pukul 6:00 petang .
Dia keluar bilik untuk melihat aktiviti keluarganya .
"Abang buat apa tu?" tanya Hana Qalisya kepada Farish .
"Masak" katanya berloyar buruk .
'Hisy , aku ni dah tahu tapi tanya' batin Hana Qalisya .
"Abang , jom keluar . Isya bosan lah" katanya . Padahal pukul 3:00 petang tadi baru je balik sekolah .
"Abang penat lah" balasnya beralasan .
"Penat lah kalau asyik menghadap fon je" bidasnya .
"Eh , cik kak . Abang awak yang hensem seorang ni bukan 24 jam hadap fon tau" katanya tetapi langsung tidak mengalihkan mukanya . Sempat lagi angkat bakul sendiri . Ni game PUBG kot mana boleh nak angkat muka . Enemy datang karang , mati sia-sia je .
"Isya muda lagi lah !!" katanya dengan wajahnya bertukar cemberut . Dia berlalu ke dapur pula .
"Ma , nak Isya tolong ke?" tanyanya .
"Takde ape dah pun . Cuma tolong angkat mee goreng ni letak atas meja lepastu tukar baju yang elok sikit" ujar Puan Halina .
"Kenapa ma?" tanyanya .
"Kawan mama nak datang" balasnya .
"Oh"
Dia terus mengangkat mee goreng yang telah diletakkan di dalam bekas , lalu menapak menuju ke biliknya di tingkat 2 .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Dari atas dia dengar macam orang berbual-bual . Bukan main rancak lagi . Dia menapak ingin turun tetapi tiba-tiba kepalanya sakit .
Dia terus berjalan menuju berpatah balik ke biliknya . 'Argh! Sakitnya!' jeritnya dalam hati .
Pintunya dikuak . Terpacul wajah ibunya .
"Isya , jom lah turun" ajak Puan Halina .
"Ma , Isya sakit kepala lah" katanya perlahan .
"Oh , takpelah . Isya rehatlah" balas Puan Halina .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Di ruang tamu
"Hah , Lina mana Hana?" tanya Puan Aina yang melihat Puan Halina baru turun .
"Dia sakit kepala" balasnya .
"Takpela kalau macam tu . Kita sambung bincang la" kata Encik Haniff .
"Arman , kau okay tak?" tanya Farish yang melihat Arman Rizky termenung .
"Aku okay je . Ikut dia la" balasnya .
"Kalau macamtu , keputusan Hana nanti , Lina bagitahu korang ye . Sekarang , jemput makan" katanya . Dalam hatinya berdoa agar Hana menerima cadangan mereka .
Cinta lepas kahwin pun boleh . Dah halal , nak buat apa pun takpe ....