21

628 61 2
                                        

Bukan dia tak perasan yang adiknya , Arman Rizky hanya duduk statik tanpa membantu menghentikan perbalahan itu . Soalannya , kenapa ? Hanya Arman Rizky yang tahu .

Tiba-tiba ,

GEDEBUK !!!

Lamunannya terhenti tatkala terdengar bunyi itu .

Dia mengalihkan pandangan dan terlihat satu susuk tubuh yang sudahpun terbaring lemah .

"Eh , Hana ! Bangun Hana !" ujar Cikgu Uyayna sedikit menjerit akibat terkejut . Dia menampar lembut pipi Hana Qalisya .

Hana Qalisya separa sedar . Matanya dibuka perlahan lalu mulutnya dipaksa bercakap .

"C...C...Cik...gu , Hana t...tak...nak p...p...per...gi ho...s...p...ital" ujarnya sebelum matanya tertutup dan pandangannya menjadi gelap .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Hana terpisat-pisat bangun . Ya , dia ingat akan kejadian dimana dia pengsan dan wajah terakhir yang dia lihat ialah kakak iparnya .

Tiba-tiba , dia terfikir , macam mana dia boleh sampai rumah? Jangan-jangan .... Wajahnya jelas memaparkan riak terkejut .

Dia memandang ke bawah . Terlihat Arman Rizky yang tertidur nyenyak di atas toto . Dia tersenyum kecil . Nasib tak ambil kesempatan .

Arman Rizky terjaga saat Hana Qalisya berdehem . Sebenarnya , dia hanya tidur-tidur ayam sahaja .

"Kau pening kepala lagi tak ? Nak Panadol tak ?" tanya Arman Rizky jelas wajahnya kelihatan risau .

"Aku okay . Thanks" balas Hana Qalisya dengan suara yang lembut bersama seulas senyuman .

"Kau asal tetiba pengsan . Kau tahu tak , badan kau berat" rungut Arman Rizky . Matanya masih tidak lepas melihat wajah Hana Qalisya yang kelihatan comel saat terbangun dari tidur .

"Aku penat la buat push up tu" rengek Hana Qalisya manja .

"Tahu pun . Habis , kau pergi cari pasal tu dah kenapa?" tanya Arman Rizky pula .

"Kau nak aku duduk diam ke kalau minah gila tu tarik rambut aku ? Kau cakap senang la . Kau bukan tolong aku pun" bidas Hana Qalisya pula .

"Buat apa aku nak campur urusan girls?" balas Arman Rizky selamba .

"Kau marah aku lagi ke pasal tadi?" tanya Hana Qalisya perlahan .

"Waktu kau kena denda tadi , kitaorang bincang nak jadikan kau Princess" ujar Arman Rizky bagi mengelakkan dari menjawab soalan Hana Qalisya .

"WHAT ?!!!" jerit Hana Qalisya .

"Woi ! Kau asal duh . Relax lah" marah Arman Rizky kerana terkejut akan jeritan nyaring Hana Qalisya .

"Agak-agaklah aku nak menari dengan kau" balas Hana Qalisya .

"Tak sudi ke ? Lagipun , kalau aku menari dengan Hasya karang , kau jealous pula" kata Arman Rizky selamba .

"Aku ? Jealous ? Lambat lagi . Lagipun kita ada title suami isteri dekat rumah je kan?" tanya Hana Qalisya inginkan kepastian .

"Ada ke relationship macam tu ?" tanya Arman Rizky pula tidak mahu mengalah .

"Kau tak jawab lagi soalan aku !" rengek Hana Qalisya .

"Apa?" tanya Arman Rizky pura-pura tidak tahu . 'Masak aku . Nak jawab apa ni?' jerit hatinya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal .

"Kau marah aku lagi ke pasal tadi?" tanya Hana Qalisya gerama dengan suaminya yang buat-buat blur .

"Kau rasa ? Ada ke suami yang tak marah bila ada lelaki lain yang sentuh isteri dia?" soalan berbalas soalan oleh Arman Rizky . Hana Qalisya tersentak .

"Aku nak minta maaf" ujarnya perlahan .

"Hmm"

"Hish , maafkan aku tau" rengek Hana Qalisya lagi . Dia perlahan-lahan turun dari katil ingin menuju ke bawah dengan berhati-hati . Kepalanya masih berdenyut .

"Kau dah janji tak nak jumpa dengan dia kan?" ujar Arman Rizky pula yang melihat figura Hana Qalisya semakin dekat dengannya .

"Aku tak jumpa dengan dia pun . Aku masuk tandas lepastu , buka je pintu dia dah tercongok depan tu" terang Hana Qalisya berharap Arman Rizky menerima penerangannya .

"Kau nak tidur sekali dengan aku ke ni?" tanya Arman Rizky yang duduk bersila menghadap Hana Qalisya di hadapannya .

"Kalau tu yang boleh buatkan kau maafkan aku , aku boleh je tapi untuk malam ni SAHAJA" kata Hana Qalisya lalu menekankan perkataan 'sahaja' . Pipinya mula membahang merah tatkala kepalanya digosok perlahan .

Dia mengangkat wajahnya dan terserlah wajah nakal dan seulas senyuman yang teramat manis oleh Arman Rizky .

"Jom . Kita solat berjemaah" ajak Arman Rizky lalu berura-ura ingin bangun tetapi sempat ditahan oleh Hana Qalisya dengan menarik tangan si suami untuk duduk semula .

"Aku ABC" ujarnya perlahan . Malu sebenarnya tetapi suami kan ?

"Oh . Tak boleh lah nak...." belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya , tangannya ditampar kasar membuatkan dia mengaduh kesakitan .

"Sakitlah gila ! Kau asal main tampar-tampar ni!" marah Arman Rizky . Sebenarnya , tak sakit pun memandangkan tangan Hana Qalisya kecil sahaja berbanding lengannya .

"Eh , sakit ke weh . Sorry . Lain kali nakal lagi , aku bagi penampar" ujar Hana Qalisya bersama senyuman nakal lalu matanya dikenyitkan membuatkan jantung Arman Rizky mula berentak kencang .

'Ya Allah , kuatkanlah iman hamba-Mu ini' ucapnya dalam hati .

"Kau jangan risau , mata ni special untuk kau je" ujar Hana Qalisya yang galak mengusik Arman Rizky . Mata Arman Rizky terbuka dan timbul satu idea nakal untuk mengenakan Hana Qalisya .

Hana Qalisya masih duduk statik tanpa mengetahui idea nakal Arman Rizky . Arman Rizky bangun lalu mendekati Hana Qalisya .

Hana Qalisya mula mengundur ke belakang tatkala jaraknya dengan Arman Rizky hanya tinggal beberapa inci . Di belakangnya terdapat laci jadi pergerakannya terbatas lalu dia bersuara .

"K...K...Kau kenapa ni ?" tanya Hana Qalisya gagap . Wajahnya kini sudah cuak . Arman Rizky mengulum senyuman tatkala wajah cuak itu dimatanya sangat comel !

"Aku masih waras untuk nak ngap kau . Aku nak...."

"ARGHHHH !!! LEPASLAH GALAH ! TINGGI DUH !!! TURUNKAN AKUUUUU !!!!"














































































































haa sudah... Arman ni buat apa pulak😭 chapter ni khas untuk diorang berdua je...

author bagi sweet moment dulu... takut nanti....

comment la Arman buat apa...

korang belanja author 1 vote boleh ?

comment kalau ada kekurangan

thankyou !

korang yang belum baca buku sulung author boleh lah pergi usya dulu . author jamin korang menyesal😂

tu dah completed ... memandangkan yang ni nak jadi slow update kan...

C | SURI HATI MR.ARMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang