30

709 55 7
                                    

"So , aku nak bagitahu korang , officially aku dengan Isya...."

Hana Qalisya merenung Arman Rizky tajam dan mengangkat keningnya tanda 'apa' . Senyuman nakal diukirkam .

".... couple" sambungnya membuatkan mereka terkejut . Mata mereka sekarang terarah kepada Hana Qalisya yang masih terkulat-kulat .

Hana Qalisya menarik nafas lega . Nasib couple kalau kahwin , masak aku !

"Hana ! Serious la . Sanggup kau tipu kitaorang" ujar Adira Farisya separuh merajuk .

"Entah kau ni" sambung Hanim Harisa pula .

"Ala , sorry la korang . Aku takready lagi" balas Hana Qalisya lalu mengangkat kedua dagu rakannya untuk menghadapnya .

Mereka berdua ketawa serentak . Bibir Hana Qalisya mula muncung sedepa kerana dia terkena .

"Bro , kau bila lagi ?" sakat Arman Rizky kepada dua orang sahabatnya .

"Amboi kau . Dulu kau dengan si Hana ni pantang jumpa kan ? Ada je benda kau takpuas hati dengan dia . Tahu-tahu je dah couple" sindir Hafidzi Qais .

"Eh kau ni . Aku tanya lain , jawab lain" marah Arman Rizky kerana terkena dengan sindiran rakannya .

"Korang , kitaorang dah nak kena gerak la" ujar Adira Farisya mencelah perbualan mereka .

"Okaylah bro . Kitaorang gerak dulu . Apa-apa roger kitaorang" ujar Alieff Amin sebelum bersalaman dengan Arman Rizky .

"Weh , kau ke yang ikut aku balik sekolah tadi?" tanya Hana Qalisya ingin tahu .

"Yela . Aku panggil pun kau tak tengok aku . Kesian aku kena kejar kau . Boleh tahan laju eh kau" puji Arman Rizky sebelum tersenyum manis .

"Iye ke ? Waktu aku tengok belakang , kau takde pun" kata Hana Qalisya meleret .

"Iyela , dah alang-alang aku tengok muka kau takut macamtu , aku teruskan jela nak usik kau" balasnya seraya tersenyum nakal .

"Takbaik buat aku macamtu . Lagi satu , time cerah tu , kau ada nampak kelibat lelaki berhoodie tak?" tanya Hana Qalisya yang teringat peristiwa tadi .

"Nope . Halusinasi kau la tu" ujar Arman Rizky .

"Hmm . Aku naik atas dulu nak solat" ujar Hana Qalisya sebelum ingin berlalu pergi .

"Eh , kejaplah . Teman aku mandi , jom" usik Arman Rizky . Rindu sebenarnya nak tengok pipi Hana Qalisya merona merah menahan malu .

"Kau ni . Dah , takpayah nak mengada-ngada" balas Hana Qalisya . Matanya tidak mampu melihat mata hazel suaminya . Dia menekur ke lantai .

Arman Rizky memegang dagu Hana Qalisya untuk melihatnya .

Tatkala mata masing-masing bertaut , mereka menyalurkan rasa cinta yang kini perlahan-lahan wujud dalam diri mereka .

Tanpa sedar , Puan Aina dari atas melihat adegan itu , tersenyum .

"Alhamdulillah" ucapnya memanjatkan rasa syukur . Akhirnya , anak dan menantunya telahpun jatuh cinta .

Walaupun perkataan cinta tidak diungkapkan tetapi cukup dengan pandangan mata untuk menunjukkan rasa bahagia dan cinta .

"Ehem" dehem Puan Aina mengejutkan pasangan itu .

"Hana , malam japgi , keluar makan dengan Aman ye" ujar Puan Aina lembut .

"Eh , kenapa ? Mama takikut sekali ke ?" tanya Hana Qalisya yang mula gelabah .

"Tak . Mama ada urusan jap" ujar Puan Aina lalu tersenyum melihat Arman Rizky yang menunjukkan thumbs up .

"Okaylah , mama gerak dulu" ujar Puan Aina lagi sebelum berlalu pergi .

C | SURI HATI MR.ARMANWhere stories live. Discover now