14

700 79 6
                                        

Arman Rizky terjaga saat telefon pintarnya berbunyi tanda jam loceng . Dia memisat matanya tidak ubah seperti kanak-kanak .

Dia melihat di sebelahnya . Mestilah kosong kalau Hana Qalisya tidur asing .

Dia terus bangun lalu menapak ke bilik air sambil mencapai tuala .

Seusai mandi , dia ingin memakai baju tetapi pintu diketuk oleh seseorang dari luar . Siapa lagi kalau bukan sang isteri .

Dia perlahan-lahan memulas tombol pintu dengan tidak berpakaian hanya tuala di separuh badan .

Hana Qalisya yang terkejut akan hal itu cepat-cepat menutup mukanya . 'Apa dia ni . Tak senonoh betul' desisnya .

"Kau datang bilik aku nak tunjuk kau tutup muka ke?" tanya Arman Rizky dingin .

"K...k...kau pakai baju tu dulu" katanya gagap . Mahunya tidak gagap bila terlihatkan badan tanpa berpakaian di hadapan mata .

Beberapa minit berlalu sebelum Arman Rizky bersuara .

"Dah" katanya .

"Jom turun breakfast" ajaknya dengan terpaksa . Ingat nak sangat ke ? Cinta ? Ah , soal itu masih belum ingin dia tahu . Dia layan 'galah' tu baik pun sebab ada title SUAMI .

"Aku breakfast kat rumah mama je" balasnya sebelum menapak turun ke bawah .

Hana Qalisya mula sumpah seranah sebelum kembali tersedar apabila Arman Rizky menegurnya .

"Kita pergi sekali" ujarnya selamba sebelum menapak turun . Hana Qalisya seolah-olah terkaku .

'Gila!' jeritnya di dalam hati .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Sesampainya di rumah ibu mertuanya , iaitu Puan Halina , mereka menapak turun dari perut kereta .

Kedatangan mereka disambut oleh tetamu yang hadir .

"Eh , Hana , Aman . Jom masuk" ajak Uyayna . Eh , siapa tuan rumah ni ?

"Mama , papa!" jerit Hana Qalisya bersama linangan air mata dek kerana mama dan papanya bakal meninggalkannya hampir 2 bulan .

"Isya dengan Aman okay tak tinggal serumah?" tanya Farish dengan senyuman nakal seraya keningnya diangkat .

Hana Qalisya tidak menjawab tetapi hanya menampar lengan abangnya kasar membuatkan Farish mengaduh kesakitan .

Arman Rizky mendekati Hana Qalisya sebelum menyapanya .

"Woi , lap air mata kau tu . Huduh duh" kata Arman Rizky selamba tanpa memandang wajah Hana Qalisya .

"Kau kalau datang sini nak kutuk aku , baik kau blah" balas Hana Qalisya .

Hana Qalisya pada kebiasaan dia menangis , dia akan bersendirian .

"Aku suami kau , jadi kena ada di sisi kau" katanya lagi tidak mahu kalah . Aceh , ayat . Puan Aina yang suruh .

"Ke mama suruh?" tanya Hana Qalisya sebelum memandang wajah Arman Rizky menunggu jawapan . Arman Rizky hanya mengangguk sebelum mengajak Hana Qalisya masuk semula ke rumah .

Hana Qalisya tidak membantah tetapi sebaliknya , dia hanya membuntuti dari belakang . Air mata yang tersisa diseka .

Puan Halina yang sedar akan kehadiran anak dan menantunya , terus menerpa ke arah mereka .

"Kamu berdua okay kan?" tanya Puan Halina lembut . Mereka hanya mengangguk .

"Mama , Arman , Hana , cepatlah . Orang nak baca doa dah ni" ujar Farish .

C | SURI HATI MR.ARMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang