23

603 63 0
                                        

"Sebab tu lumrah manusia . Andai kita tak dipisahkan di dunia , kita tetap akan berpisah alam" balas Arman Rizky .

"Kau percaya cinta?" tanya Hana Qalisya ingin tahu .

"Tak" balas Arman Rizky tanpa berfikir panjang .

"Kenapa?" soal Hana Qalisya pula.

"Sebab cinta itu mampu buat aku buta untuk menilai seseorang" balas Arman Rizky .

"Kau pernah ada ex?" tanya Hana Qalisya .

Senyap .

"Woi!" jerit Hana Qalisya .

Senyap .

Hana Qalisya menjenguk ke bawah dan terlihatlah Arman Rizky yang sudahpun lena . Sengaja Arman Rizky tidak mahu menjawab soalan itu .

Terdengar keluhan berat yang keluar dari mulut seorang Hana Qalisya .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Hari ini , mereka pergi bersama atas arahan suami terchinta . Hana Qalisya tidak membantah tetapi hanya mengikut sahaja .

Sesampainya di sekolah , mulalah ada beberapa mata yang melihat mereka . Ada juga yang berbisik-bisik . Tak puas hati lah tu....

"Hana , sini jap" panggil Cikgu Hamzah .

"Ya , cikgu" jawab Hana Qalisya yang semakin mendekati Cikgu Hamzah . Arman Rizky juga turut membuntuti langkah Hana Qalisya .

"Cikgu dengar , kamu kena buat persembahan dekat atas pentas nanti . Jadi , cikgu nak minta kamu dan kawan kamu yang lain untuk stayback petang ni untuk latihan" ujar Cikgu Hamzah panjang lebar . Hana Qalisya terpempan seketika sebelum mengawal riak terkejut di wajahnya .

"P... persembahan apa ya cikgu?" tanya Hana Qalisya pura-pura tidak tahu .

"Yang dianjurkan oleh Cikgu Yana la" balas Cikgu Hamzah lagi dengan suara yang meleret .

"Tapi cikgu..."

"Boleh , ya . Cikgu bertugas harini . Terima kasih , assalamualaikum" pintas Cikgu Hamzah sebelum berlalu pergi .

Hana Qalisya masih dalam keadaan terkejut . Dia memandang ke belakang lalu terlihat wajah selamba Arman Rizky yang masih mengekalkan gaya macho dengan meletakkan kedua belah tangan di dalam poket seluar .

"Kau yang rancang semua ni kan?" tanya Hana Qalisya geram sambil matanya memandang tajam mata hazel milik Arman Rizky yang mampu memukau kaum hawa tetapi tidak bagi seketul gadis bernama Hana Qalisya .

Arman Rizky hanya beriak selamba . Dia tahu ini pasti rancangan kakaknya .

Melihatkan Arman Rizky hanya mendiamkan diri , Hana Qalisya terus membuat kesimpulan sendiri . "Aku dah agak dah . Eh , hello kalau kau rasa dengan cara ni kau nak aku jatuh cinta dekat kau , simpan je la angan-angan tu . Aku benci kau . Malam ni tidur luar" marah Hana Qalisya dan ayat terakhir sengaja diperlahankan agar orang yang lalu-lalang tidak mendengar ayat itu .

Dia terus berlalu pergi dengan rasa amarahnya . Eh , marah ke ? Atau kau suka hah , Hana?

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Hana Qalisya terus mengambil tempat duduknya lalu seperti biasa dua sahabatnya akan menerpanya .

"Weyh , kau okay tak? Semalam aku call tak angkat pun . Kau sihat tak lagi ni?" tanya Adira Farisya prihatin . Hana Qalisya hanya mengangguk lemah .

Tidak lama lepas itu , Arman Rizky menapak masuk kelas membuatkan Adira Farisya dan Hanim Harisa menjauhkan sedikit jarak dari Hana Qalisya . Gerun mereka lihat wajah tegang itu .

C | SURI HATI MR.ARMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang