Setibanya mereka di hadapan bilik pengetua , Arman Rizky mengetuk pintu sebanyak tiga kali sebelum diberi arahan dari dalam untuk masuk .
Terpacul wajah pengetua , Encik Haidar . Dia memandang tajam ke arah Hafidzi Qais dan Alieff Amin tetapi matanya tertancap pada wajah baharu iaitu Arman Rizky .
"Kamu bukan budak baru ke?" tanya Encik Haidar inginkan kepastian .
"Ya" balasnya pendek .
"Dah pandai tunjuk belang eh" katanya sinis .
Encik Haidar memberikan denda kepada mereka untuk mencuci tandas lelaki sehingga waktu balik .
Mereka berjalan keluar dengan muka selamba seperti tiada apa yang berlaku . Arman Rizky dahulunya juga seorang yang nakal jadi tidak hairanlah setakat cuci tandas .
"Kau relax je weh" kata Alieff Amin kepada Arman Rizky .
"Ye lah . Habistu kau nak aku report dekat mak bapak aku ke?" sindir Arman Rizky .
"Taklah . Maksud aku , kau dah pernah kena denda ke?" tanya Alieff Amin kembali .
"Haah . Dulu aku ni memang terkenal dengan pembuli dan kena denda" balasnya pendek .
"Muka kau nampak macam orang baik je" sindir Hafidzi Qais .
"Aku jugak dulu ada...." belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya , Hafidzi Qais memotongnya .
".... makwe ke?" tanyanya .
"Tapi dulu jela . Aku dah serik nak kenal perempuan" katanya bernada sedih apabila mengingatkan kejadian hitam itu .
"Dia curang?" tanya Alieff Amin pula . Dia tidak membalas tetapi hanya mengangguk sebelum berjalan menuju ke tandas .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Flashback
Arman Rizky berjalan ingin ke padang dek kerana dia ada latihan bola sepak . Dalam perjalanannya , dia ternampak dua susuk tubuh sedang bermesraan . Siap pegang tangan lagi .
Dia mendekati mereka . Setahunya , hanya pemain bola sepak yang stayback . Persoalannya , kenapa ada perempuan ?
Terbuntang matanya apabila melihat Aulia , teman wanitanya berduaan sambil berpegangan tangan bersama Fazli , musuhnya .
"Arman...I boleh explain" pinta Aulia yang menolak kasar tangan Fazli sebelum memeluk erat tangan Arman Rizky . Arman Rizky menepisnya kasar .
"Woi perempuan murah ! Menyesal aku percaya dekat kau! Kau tikam belakang aku ? Atas sebab apa kau curang dengan aku ?" tanyanya . Tangannya dikepal penumbuk .
"M...m...mana ada I c...curang" jawabnya gagap .
"Habis , kau buat apa ? Aku nak kategorikan kau tengah study ke macamni ?" bidas pedas .
"Wo wo wo . Apa ni bro . Relaxlah . Kalau kau nak tahu , kitaorang dah plan benda ni . Aku nak kau jatuh ! Sekarang , siapa menang?" kata Fazli sambil tersenyum sinis .
"Okay fine ! Aku pun tak inginlah dengan perempuan murah ni! Jangan dia tikam belakang kau sudah lah" ujarnya memberi maksud yang mendalam sebelum berlalu pergi .
Hatinya sangat sakit . Perempuan yang dia percaya dan sayang , akhirnya curang ? Bermula dari situ , dia tidak percaya akan perempuan . Dia menganggap perempuan semua sama !

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...