꧁ second book ꧂
COMPLETED ✓
"When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
"Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
"Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ
☘...
"Mama , siapa nak datang ni?" tanya Hana Qalisya apabila melihat banyak lauk terhidang tidak seperti kebiasaannya .
"Kawan mama" jawab Puan Halina pendek .
"Isya , tukar pakai baju kurung boleh?" pinta Encik Shahril yang baru menapak turun ke dapur .
"Isya pakai t-shirt ni tak boleh ke?" tanya Hana Qalisya dengan memuncungkan mulutnya .
"Tak sopan lah kalau mak mer...." belum sempat Farish menghabiskan ayatnya , Puan Halina memintasnya laju .
"Tak sopan lah kalau kawan mama tengok anak dara mama pakai macam ni" ujar Puan Halina memperbetulkan ayat Farish . Mereka ingin merahsiakan akan hal ini .
"Okay lah" balas Hana Qalisya mengalah sebelum menapak ke tingkat 2 untuk menukar pakaiannya .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Hana Qalisya menilik dirinya di hadapan cermin sambil tersenyum sorang-sorang . 'Cantik juga kau eh kalau pakai baju kurung' katanya dalam hati sebelum tertawa kecil .
Dia mengikat rambutnya gaya ponytail dan lebihan helaian rambutnya sengaja ditarik ke hadapan sedikit . Dia melipat sedikit pada bahagian tangan baju kurungnya . Dia mencapai gelang bewarna hitam dan rantai berwarna silver serta menyarungkannya . Dia memakai jam berwarna putih pada bahagian tangan kiri .
"Perfect" katanya gembira .
Dia menapak turun ke ruang tamu apabila mendengar bunyi rancak orang bersembang .
"Isya , kenalkan ni kawan mama , mummy Halina yang ni pulak daddy Haniff dan yang ni , mama rasa kamu kenal kot" ujar Puan Halina .
"C...C...Cikgu Uyayna?" tegurnya . Uyayna hanya mengangguk . Tiba-tiba , pintu kereta yang dihempas kuat dari luar mengejutkan mereka semua .
"Isya , yang ni anak bongsu mummy Halina , Arman Rizky" kata Puan Halina sambil menunjukkan ke arah susuk tubuh yang tinggi lampai . Walaupun tak sado , tapi dia hensem berhoodie hitam dan tangannya diseluk ke dalam poket seluar jeans hitam jenis skinny jeans . Perempuan mana tak cair weh...
"K...kau?" kata Hana Qalisya yang agak sedikit terkejut . Tiba-tiba , kata-kata Arman Rizky di sekolah tadi mula terimbas .
"Kalau family kau tanya apa-apa , kau cakap tak setuju sebab aku takut kau menyesal je" .
Riak muka Hana Qalisya terkejut . 'Janganlah dia' pintanya .
"Kau okay tak?" tanya Arman Rizky yang datang dekat dengan Hana Qalisya yang hanya tinggal beberapa inci . Hana Qalisya mengundur ke belakang sehingga tubuhnya terlanggar dinding .
"Aku harap kau ingat apa yang aku cakap tadi" ujar Arman Rizky sebelum berlalu pergi meninggalkan Hana Qalisya .
"Isya , Arman , datang sini . Kita bincang" panggil Encik Shahril .
"Hana setuju tak nak kahwin dengan Arman?" tanya Encik Haniff lembut .
"A...aa..." belum sempat dia ingin menyambung ayatnya , Puan Aina memintas lebih laju .
"Hana tahu kan kenapa Hana dengan Arman perlu dihalalkan?" tanya Puan Aina . Hana Qalisya hanya mengangguk . Dia mencuri pandang wajah tampan milik Arman Rizky sebelum mata mereka bertembung .
"Jadi , kamu setuju tak?" tanya Encik Haniff lagi .
"Hana ikut Arman je mummy , daddy" putus Hana Qalisya sebelum mereka memandang ke arah Arman Rizky yang menjeling tajam Hana Qalisya .
"Aman , kamu okay tak?" tanya Puan Aina lembut .
"A...A...Aman okay" balasnya sebelum mereka semua mengucap syukur .
"Mama , papa , izinkan Arman nak cakap dengan Hana kejap boleh?" pinta Arman Rizky kepada Encik Shahril dan Puan Halina .
"Ya , silakan" izin diberikan sebelum mereka berdua keluar menuju ke arah meja kecil di luar rumah .
"Kau asal suruh aku pulak jawab? Aku dah suruh kau cakap tak setuju kan?" marah Arman Rizky yang menunduk dari memandang Hana Qalisya .
"Kau jawab okay tu dah kenapa? So , sekarang aku nak kena jadi bini kau? Kalau dalam dunia ni , tinggal kau seorang je pun , aku lebih rela jadi andartua" katanya selamba sebelum ingin memasuki rumah .
Tangannya ditarik kebelakang semula menyebabkan dia terdorong dan tidak seperti biasa , Arman Rizky sempat mengelak daripada badannya bertembung dengan badan Hana Qalisya .
"Tunggu . Aku tak habis cakap lagi" ujar Arman Rizky setelah seketika mereka menyepi .
"Kau nak cakap apa lagi?" tanya Hana Qalisya .
"Betul ke kalau kita kahwin , kau takkan jatuh cinta dekat aku?" tanya Arman Rizky perlahan tetapi cukup untuk Hana Qalisya mendengarnya .
"Aku percaya pada takdir . 2 bulan kita kahwin , kalau tiada bunga cinta yang mekar dalam hati kita , kita end , boleh?" pinta Hana Qalisya yang membuatkan Arman Rizky tergamam .
"Deal?" tanya Hana Qalisya apabila melihat tiada balasan dari Arman Rizky .
"Deal" balasnya pendek sebelum berlalu meninggalkan Hana Qalisya keseorangan .
nak kahwin dah korang hurm...dah kahwin nama pun... insyaallah , akan timbul bunga cinta yang mekar dalam hati korang... trust fate of Allah✨
comment kalau ada kekurangan♡︎
thankyou !
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.