"Kau nak apa ? Sepak ? Terajang ? Tampar ? Semua aku sanggup , asalkan kau tak lapar untuk next subject" ujar Arman Rizky . Sedikit sebanyak , hati Hana Qalisya terusik dengan keprihatinan Arman Rizky terhadapnya .
Tiba-tiba ,
PRANG !!!
Mereka berdua terkejut sebelum masing-masing menoleh . Rupanya , pasu di tepi kelas mereka pecah bermakna seseorang telah melanggarnya .
Hana Qalisya bangun lalu melihat ke luar .
Tiada sesiapa .
"Weyh , kau taknak keluar ke?" rungut Arman Rizky . Dia dahlah ada gastrik . Lapar ni...
"Kau nak keluar makan , makan la . Aku taknak . Please , Aman . Faham aku" ujar Hana Qalisya yang masih tekun mengulangkaji .
"Takpela . Aku nak teman kau" putus Arman Rizky . Demi isteri , apa sahaja dia sanggup . Acehhh...
"Ikut kau la" balas Hana Qalisya .
Kring !
Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat .
"Kau tak turun makan takpe ke ? Tak lapar?" tanya Adira Farisya yang menunjukkan riak risau .
Hana Qalisya hanya tersenyum tawar sebelum mengangguk . Arman Rizky mula merasakan perutnya teramat sakit . Wajahnya berkerut-kerut .
Hana Qalisya masih tidak perasan akan hal itu . Cikgu Adli , guru matapelajaran Fizik menapak masuk .
"Cikgu nak , kamu semua keluarkan latihan kelmarin untuk perbincangan dan kepada yang tidak membuat latihan boleh berdiri di luar" arah Cikgu Adli tegas . Cikgu ini dikenali sebagai guru singa kerana jarang sekali untuk melihat senyumannya . Garang !
Hana Qalisya ingin mengeluarkan buku latihannya tetapi dihalang oleh Arman Rizky .
"Teman aku , jom" ajak Arman Rizky lalu tersenyum nakal .
"Pergi mana ?" tanya Hana Qalisya yang masih tidak faham akan maksud Arman Rizky .
Arman Rizky terus menarik Hana Qalisya lalu tubuh kecil itu terdorong membuntuti langkah Arman Rizky . Mata Cikgu Adli merenung mereka tajam . Arman Rizky hanya menunjukkan riak selamba tetapi tidak bagi Hana Qalisya . Kecut perut !
"Hana , kamu pun tak siap ?!!" marah Cikgu Adli . Hana Qalisya terkulat-kulat sebelum menggeleng .
Hatinya penuh dengan sumpah seranah buat Arman Rizky . Buat malu je , ketua pengawas kena denda . Ni semua salah Arman Rizky !!! Dia dah siap tapi boleh pulak difitnah begitu .
Mereka terus melangkah keluar . Adira Farisya dan Hanim Harisa hanya memandang Hana Qalisya pelik . Yela , Hana Qalisya tidak pernah dalam sejarah hidupnya , tidak pernah menyiapkan kerja sekolah .
"Ni semua salah kau !" marah Hana Qalisya geram tetapi batasannya dijaga agar tidak terkantoi .
"Sanggup ke kau nak biar suami kesayangan kau ni , kena denda sorang-sorang . Ingat tak , apa mama cakap . Tempat isteri disisi suaminya" ujar Arman Rizky panjang lebar lalu senyuman nakal terukir . Hana Qalisya hanya mencebik .
Nak berlawan kata dengan encik suami ? Tahun depan pun belum tentu habis . Baik diam je .
Hampir 1 jam mereka terpaksa berdiri di luar kelas , mereka dibenarkan masuk kerana untuk meneruskan kelas seterusnya .
Selepas tamat sesi persekolahan , Hana Qalisya berjalan beriringan dengan dua orang sahabatnya .
"Betul ke kau tak siap homework?" tanya Adira Farisya yang musykil .

YOU ARE READING
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...