Selepas mereka beredar , Hana Qalisya ingin membaringkan tubuhnya semula kerana kepalanya terasa sakit . Perbuatannya terbantut apabila pintu dibuka dari luar .
Terpacul wajah Hakeem . Hana Qalisya tergamam seketika sebelum memperbetulkan kedudukannya .
"Baby , are you in good condition now ?" tanya Hakeem setelah memasuki bilik tersebut .
"Hmm" balasnya . Dahlah dia tiada mood . Kang muka Hakeem pecah karang .
"Baby masih takboleh maafkan Akim ke?" tanya Hakeem dengan nada yang lembut .
"Hmm" balasnya pendek .
"Baby nak makan? Nak Akim suapkan?" tanya Hakeem lembut .
"Tak selera" balasnya dingin .
"Ala , Akim rindu nak suap baby" pintanya dengan suara manja .
"Kau boleh keluar tak? Aku nak rehat" pintanya . Hakeem mengalah saat ini tetapi selepas ini , tidak . Dia hanya akur .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Arman Rizky berpatah balik ke bilik Hana Qalisya apabila dia ingin mengambil semula telefon pintarnya yang ditinggalkan tadi .
Perjalanannya terbantut apabila terlihat Hakeem juga turut menuju ke arah yang sama . Dia tidak percaya 100% akan kata-kata Hakeem tadi . Dia sendiri akan menyiasat akan kebenaran itu .
Dia memasang telinga disebalik pintu yang bertutup rapat . Dia terdengar perbualan di antara Hakeem dan Hana Qalisya .
Tangannya mengepal penumbuk . 'Kenapa aku rasa macam ni? Aku jealous ke? Tak mungkin' tanyanya sendiri . Dia segera berlalu pergi sekaligus membatalkan niatnya untuk mengambil telefon pintarnya . Dia membuang jauh-jauh perasaan tadi itu .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Mereka balik sekolah pada waktu yang berlainan agar tiada yang mengesyaki mereka . Itu pun atas permintaan Hana Qalisya sendiri .
Arman Rizky menapak masuk . Hana Qalisya masih tidak nampak di matanya .
Korang mesti tertanya-tanya kan diorang duduk kat mana . Okay , diorang duduk dekat rumah banglo yang telah diberi sepenuhnya kepada Hana Qalisya dan Arman Rizky .
Harta pusaka lah katakan . Diorang hanya tinggal berdua .
Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa sambil tangannya diletakkan di atas dahi . Panas terik harini menambahkan lagi kepenatannya .
Hana Qalisya yang baru turun tertancap pada satu tubuh yang elok berbaring di atas sofa .
"Kau nak air tak?" tanya Hana Qalisya yang semakin dekat dengan Arman Rizky .
"Tak" balasnya dingin .
"Kau penat sangat ke?" tanya Hana Qalisya cuba memecahkan janggal antara mereka .
Senyap .
Arman Rizky perlahan-lahan bangun apabila dia merasakan Hana Qalisya semakin dekat dengannya . Dia ingin naik ke tingkat atas tetapi sempat ditahan oleh kata-kata Hana Qalisya .
"Kau marah aku ke?" tanya Hana Qalisya .
Senyap . Angguk tidak , geleng tidak . Arman Rizky meneruskan langkahnya .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Malam..
Hana Qalisya pelik kerana sejak mereka balik sekolah , Arman Rizky langsung tidak keluar bilik .
'Dia ada buat salah ke ? Dia kenapa eh?' monolognya .
Hana Qalisya menapak ke tingkat atas lalu mengetuk pintu bilik Arman Rizky . Mereka tidur asing tau . Haritu tidur sekali pun sebab tu rumah Hana Qalisya .

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...