32

874 56 4
                                        

Hasya melangkah keluar dari bilik air . Dia mengambil baju tidur sebelum menuju ke arah meja solek . Moisturizer dicapai sebelum meletakkan di mukanya .

Tiba-tiba ,

Ting !

Bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya membuatkan dia tersentak dari menilik wajahnya di cermin .

Dia menghampiri telefon bimbitnya yang terletak di atas katil . Tertera nama Hakeem dan tiga gambar .

Dia membuka setiap satu gambar . Cukup satu gambar membuatkan hatinya membakar apabila melihat wajah kesayangannya bersama musuh ketatnya .

Dia membaling telefonnya hingga retak . Dia mengepal penumbuk sebelum menumbuk katil . ( Dinding keras sangat karang taklogik pula hehe ) .

Dia mendengus geram sebelum tersenyum sinis . 'Nampaknya , rancangan jahatnya perlu bermula !' jeritnya didalam hati .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Aulia kehulur kehilir tatkala mengenangkan rancangan sepupunya .

Flashback

"Kau tukar sekolah boleh ?" tanya Hasya sambil merenung wajah sepupunya .

"But why?" tanya Aulia kembali .

"If you want your ex" balas Hasya pula sebelum bibirnya tersungging senyuman sinis .

"Dari kau je takboleh ke ?" rengek Aulia .

"Kau nak , kau kena korbankan lah sikit . Jangan harap aku je" marah Hasya . Geram dengan sikap Aulia yang terlebih manja ni .

"Okay , fine!" putusnya lantas segera bangun sebelum mencapai tas tangan .

Hasya tersenyum sinis . Sebenarnya , rancangannya bakal bermula dengan permulaan sepupunya melangkah ke sekolah itu .

End flashback

Dia berfikir sejenak sebelum memikirkan bagaimana hendak memujuk kedua ibubapanya .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

PANG !!!

Satu tamparan hebat diberikan pada pipi kanan Hakeem . Ianya milik Arman Rizky .

Sebenarnya , dia mengikuti langkah Hana Qalisya hingga nampak dua susuk tubuh yang amat dikenalinya .

Dia bersembunyi di antara kereta yang terparkir untuk mendengar perbualan mereka berdua . Saat pelbagai makian dan perkataan yang tidak sepatutnya kepada si isteri , dia mula menonjolkan diri .

"Aman , stop !" jerit Hana Qalisya membuatkan Arman Rizky kembali tenang .

"Apa relay kau dengan dia hah ?!!" jerit Hakeem pula . Mukanya kelihatan bengis serta merah padam diterangi dengan cahaya lampu yang menyimbahi kawasan parkir hanya samar-samar .

"Perlu ke kau tahu ?" soalan dibalas soalan oleh Arman Rizky .

"If kau bagitahu , aku takganggu Hana dah lepasni" ujar Hakeem dengan penuh muslihat .

"She's my girl" balas Arman Rizky ringkas sebelum mengalih pandangannya kearah Hana Qalisya yang disebelahnya .

"Oh , I see . Congratulations , Hana . Aku takkan biarkan kau bahagia dengan dia , wait and see , baby" ujar Hakeem sebelum berlalu pergi . Ayat terakhirnya sengaja di perlahankan . Hanya mereka berdua sahaja yang mendengarnya .

Hana Qalisya menelan air liur kelat kemudian ditegur dengan deheman Arman Rizky .

"Kau okay tak ? Ignore jela apa yang dia cakap tadi . For me , you're perfect and insyaallah , I never leave you , okay ?" ujar Arman Rizky sebelum menghadiahkan seulas senyuman disertai dengan lesung pipit .

C | SURI HATI MR.ARMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang