Hasya tersenyum manis tatkala mendengar perkhabaran yang positif dari sepupunya .
"Macam mana , plan kita ?" tanya Hasya di hujung talian .
"Ok" balasnya pendek lalu Hasya mengukirkan senyuman lebar .
"Good job , my cousin !" jeritnya .
Dia terus mematikan panggilan tanpa sempat Aulia bercakap lebih lanjut .
Masih segar di ingatannya bagaimana dia terserempak dengan sepupunya itu . Mereka agak rapat tetapi hanya di bangku sekolah rendah sahaja . Apabila kedua-duanya sudah masuk ke alam remaja dimana mereka sekolah berlainan tempat . Secara tidak langsung , hubungan mereka yang akrab dulu semakin renggang .
"Hasya , kamu nak pergi mana tu?" tanya Datin Kalsom lembut tetapi dia hanya dapat jelingan tajam dari anaknya .
Hasya terus bergegas keluar menuju ke arah kereta Mercedezz yang telahpun menjadi miliknya walaupun usianya masih muda . Dia hanya mengambil driver untuk membawanya .
"Pak Mat , City Mall" arahnya lalu kereta mewah itu mula meninggalkan kawasan perumahan elite itu .
Setibanya di sana , dia terus memasuki shopping complex itu tanpa mengetahui arah tujuannya . Pada kebiasaannya , jika dia serabut , dia akan ke pantai . Tetapi jika setiap hari dia ke sana , pasti bosan .
Jadi , dia bercadang untuk menuju ke arah Baskinn Robbinss terlebih dahulu . Setelah selesai memesan dan mengambil aiskrim nya , dia mengambil tempat duduk lalu menikmati keenakan aiskrim itu .
Kesejukan pada aiskrim itu serba sedikit dapat menyejukkan hatinya . Tatkala kepalanya mendongak , satu susuk tubuh yang amat dikenalinya walaupun dari arah belakang .
Dia perlahan-lahan mendekati gerangan itu sebelum...
"BHAAAA!!!" jeritnya . Gerangan itu menoleh lalu menunjukkan riak terkejut sebelum kedua-duanya memeluk erat .
"Woi!!! Kau dari dulu sama je kan ? Kau nak aku m**i cepat ke hah?" marah Aulia geram dengan sikap Hasya yang tidak pernah berubah .
"Jangan m**i dulu , banyak story aku nak share ni . Lagipun , amalan belum cukup tau" bidas Hasya selamba . Ayat terakhirnya sengaja diperlahankan . Aulia mengetap bibir . Sentap .
Mereka berjalan menuju ke arah meja yang agak sedikit tersorok . Masing-masing hanya membisu kerana masih menikmati aiskrim yang kian mencair .
"Weyh , kau dengan bf kau cana?" tanya Hasya ingin tahu . Tanya sepupu jela mampu . Sedar , diri sendiri single .
"Kitaorang dah lama break after aku dengan Fazli kantoi" balasnya selamba tanpa mengangkat wajahnya .
"Kau okay ke after dia tinggalkan kau?" tanya Hasya pula .
"Nope . Everything is change , Sya . You know what , I really love him . Aku dengan Fazli tu sebab lelaki tu kaya . Bf aku on that time , takkaya tapi sekarang , harta pusaka semua jatuh dekat dia" ulas Aulia panjang lebar . Hasya hanya mengangguk .
Ingin juga dia tahu nama ex-boyfriend sepupunya itu .
"Dia sekolah mana sekarang ? Dia nama apa ? Aku kenal tak?" tanya Hasya bertubi-tubi .
"Dia sekarang sekolah dekat Diamond International School" balas Aulia selamba . Hasya yang mendengar nama sekolahnya disebut , terpempan seketika .
"Kau kenapa?" tanya Aulia hairan .
"Kau ni , kau tahu tak , aku sekolah mana?" tanya Hasya pula ingin merajuk .

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...