Hana Qalisya menutup buku apabila otaknya memainkan tentang peristiwa hitam yang ingin sekali dia padamkan . Jujur di hatinya , masih ada Hakeem . Namun begitu , kenapa orang yang dia sayang curang dibelakangnya .
Perkataan yang paling dia ingat ialah "aku ada untuk kau" . Pada akhirnya , Hakeem yang membuatkan dia berubah hati .
Rasa bodohnya diri ini apabila mencintai seseorang yang hatinya bukan pada kita tetapi pada orang lain .
Flashback
Hana Qalisya menapak turun ke dapur apabila mendengar Puan Halina memanggilnya .
"Isya , tolong beli barang dapur dalam list ni" pinta Puan Halina sambil menghulurkan sekeping kertas .
"Isya mana reti bawa kereta" rengeknya .
"Apa gunanya abang kalau adik abang ni ada masalah?" kata Farish dari belakang Hana Qalisya .
"Okaylah kalau macamtu . Bang , jom gerak" kata Hana Qalisya seraya menuju ke arah BMW milik abangnya .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Sesampainya di Groceries Mall ...
"Isya , abang nak pergi tengok bahagian stationery jap . Satgi kita jumpa dekat kaunter" ujar Farish sebelum berlalu pergi apabila mendapat anggukan Hana Qalisya .
Sedang dia melihat pakaian-pakaian di kiosk sebelum memasuki pusat membeli belah , tiba-tiba matanya tertancap pada dua batang tubuh yang salah seorang darinya bukanlah orang asing .
Mereka berpelukan tangan sambil memilih pakaian . 'Hakeem , kau salah cari pasal dengan aku' jeritnya dalam hati .
Dia menghayun langkah menuju ke arah mereka . Hakeem yang perasan akan kehadiran Hana Qalisya terus menepis kasar tangan Julia iaitu musuh ketat Hana Qalisya merangkap teman wanita baharu Hakeem .
"Baby , I boleh explain" pintanya dengan nada gelisah .
"YOU , SHUT UP!" jerit Hana Qalisya . Orang disekeliling memandang mereka pelik . Hana Qalisya tidak menghiraukannya sebaliknya dia mencerlung tajam ke arah dua pasangan kekasih itu .
"Hai , Hana . Kau buat apa dekat sini" kata Julia sinis sambil acah-acah menghulurkan tangan untuk berjabat . Hana Qalisya menyambut tangan itu tetapi dia memulas tangan Julia sebelum Julia mengaduh sakit meminta untuk dilepaskan .
"Padan muka kau . Dasar perempuan taktahu malu . P-E-R-A-M-P-A-S" kata Hana Qalisya dan perkataan terakhir sengaja dia menyebutnya satu-satu .
"Kau ni melebih nampak" kata Julia sambil tangannya ingin menghayunkan penampar tetapi sempat dihalang oleh Hakeem .
"Biy , you backup perempuan ni?" ujar Julia tidak puas hati . Hana Qalisya hanya tersenyum sinis .
"Hakeem , kita putus . Satu benda je aku nak cakap . Bukan mudah untuk aku jatuh cinta tapi once aku dah jatuh cinta kau kena hargai aku sebab sekali aku dah benci , aku bukan macam yang kau kenal lagi .
Hakeem tergamam mendengar itu . Julia membidas pedas .
"Heh perempuan . Dia sayang aku je la . Dia gunakan kau je"
Hana Qalisya tidak menunggu lama , dia merentap kasar rambut keperangan milik Julia . Julia mengaduh kesakitan . Hana Qalisya berlalu pergi dengan hati yang sakit , benci , kecewa , sedih , marah . Semuanya menjadi satu rasa yang hanya Allah sahaja tahu .

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...