18

581 70 14
                                    

Arman Rizky bangun dari tidur sebelum berlalu ke bilik air . Harini , moodnya benar-benar tiada .

Seusai mandi , dia menghadap ke hadapan cermin lalu menilik dirinya dari atas hingga bawah . Setelah berpuas hati , dia menapak turun ke bawah .

Tiba di dapur , terlihat susuk kecil yang sedang menyediakan sarapan yang mudah bagi pasangan bawah umur ini .

"Duduklah , makan" ujar Hana Qalisya agak sedikit lembut . Nak pujuk la tu .

"Kau dah makan ke?" tanya Arman Rizky dengan nada serius tanpa secalit senyuman . Kalau diikutkan egonya , dia tidak mahu menjamah air tangan Hana Qalisya tetapi disebabkan perutnya berkeroncong , dia terpaksa !

"Kalau aku duduk sekali karang kau tak selesa . Takpe , aku dah bawa bekal . Aku makan kat sekolah je lah" balasnya panjang lebar lalu segera ingin berlalu tetapi tangannya ditarik dari belakang .

Badannya terdorong ke belakang sebelum dia terduduk di atas paha Arman Rizky . Mata mereka bertaut seketika sebelum masing-masing berdehem .

"Teman aku makan" pintanya . Selalunya , mama , papa dan kakaknya yang teman dia sarapan . Kini , bini sudah ada tapi tak mahu teman pula...

"Kau tak rimas ke aku duduk atas riba kau ni?" tanya Hana Qalisya pula .

"Badan kau tu kecil je . Lagipun , kalau kau nak duduk atas riba aku hari-hari pun boleh" sakatnya sebelum pipi Hana Qalisya mula merona merah .

"Aman" rengek Hana Qalisya dengan suara yang meleret . Arman Rizky terkedu apabila nama panggilannya dipanggil . Jantungnya mula mengepam darah laju .

"Hmm" balasnya .

"Aku... Aku nak minta maaf pasal semalam . Kita berbaik balik boleh?" pinta Hana Qalisya penuh pengharapan . Matanya dikerdipkan beberapa kali . Comel !

"Promise jangan jumpa dengan dia lagi , boleh?" tanya Arman Rizky inginkan kepastian .

Hana Qalisya mengangguk kepalanya tanda setuju . Arman Rizky melakarkan senyuman di bibirnya sebelum....

CUP !

Hana Qalisya terpempan akan tindakan Arman Rizky sebelum mukanya merah kerana malu .

Dia terus bangun lalu menapak masuk ke bilik . Dia mengambil beg lalu turun terus menuju ke pintu utama .

Arman Rizky yang melihat keadaan itu hanya menggeleng kepala lalu tersenyum manis . Eh , first time !

"Woi ! Hati-hati ! Jaga hati diri kau untuk aku" jeritnya lantang . Hana Qalisya yang mendengar itu terus mengayuh basikal menuju ke sekolah .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Hana Qalisya mula pelik apabila semua mata memandang ke arahnya .

Mulalah dia rasa ada yang tidak kena . Rasanya beg dah tutup . Kasut dah ikat . Awning cun dah . Muka always cun . Tapi ! Kenapa rasa macam ada orang dekat belakang ni !

'Nak tengok ke tak ? Nak . Tak nak . Nak . Tak nak . Nak' katanya di dalam hati kerana ragu-ragu .

Saat menoleh ke belakang , terlihatlah wajah acah macho Arman Rizky . Dia mula mengingatkan kembali kejadian di rumah tadi . Dia melangkah seribu tetapi disebabkan dia pakai kain , langkahannya terbatas .

Arman Rizky membuntuti Hana Qalisya tanpa bersuara . Mukanya ditayang beku tetapi dia ada niat jahat . Eh , tak tak . Nakal je la...

Mereka mungkin sampai terlebih awal lah kot sebab takde orang . Arman Rizky mengambil kesempatan ini untuk membuat aksi yang tidak sepatutnya ...

Dia merentap tangan Hana Qalisya lalu tubuh kecil itu terdorong kebelakang sebelum ingin rebah tetapi kali ini , Arman Rizky sempat menahan kepala Hana Qalisya dari terkena lantai . Mereka berkeadaan begitu seketika sebelum masing-masing tersedar .

Senyuman nakal muncul di bibir Arman Rizky sebelum tubuh kecil itu di lekapkan pada dinding . Kedua-dua belah tangannya diletakkan di dinding bagi menghalang Hana Qalisya lari darinya .

"Kau jangan jumpa dengan dia lagi , promise ? If not...." ujar Arman Rizky bernada ugutan . Sengaja dia tidak menghabiskan ayatnya kerana tangannya mengelus lembut pipi Hana Qalisya yang gebu saling tidak tumpah seperti donut .

Dia sengaja ingin mengugut ketua pengawas itu .

Muka Hana Qalisya cuak apabila Arman Rizky berkata begitu beserta senyuman senget yang masih tidak lekang dari bibir Arman Rizky . Dia menelan air liur kelat . Dia cepat-cepat mengangguk tanda 'faham' .

"Good girl . Always ada dengan aku ye sebab lepasni..." kata Arman Rizky dengan ayat yang tergantung . Sudah banyak idea nakalnya muncul di benak fikiran buat si isteri .

"Lepasni kenapa?" tanya Hana Qalisya yang masih tidak faham dengan niat jahat Arman Rizky .

"We wait and see , honey" ujarnya dengan senyuman nakal lalu mengenyitkan mata sebelum berlalu pergi . Hati Hana Qalisya mula tidak sedap apabila kata-kata pelik yang dilontarkan oleh Arman Rizky .

Dia segera menafikan semua tanggapan negatifnya . Dia terus membuka langkah menuju ke kelasnya .














































































































lain macam eh engko , Arman . Dulu beku nak m**pus ! Sekarang gatal eh😾

belanja author 1 vote boleh ?

comment kalau ada kekurangan

thankyou !

have a nice day , guys !

C | SURI HATI MR.ARMANWhere stories live. Discover now