5

857 87 4
                                        

"Kau asal duh , sejak dari kita jumpa group Bad Boys kau macam bad mood je" tanya Khayla .

"Takde ah . Ahli baru diorang tu sombong gila" balasnya tidak puas hati .

"Lah , Arman tu ke? Kau biar je dia tu" kata Tina pula .

"Aku akan jadikan dia milik aku!" jeritnya . Semua mata di dalam kelas memandangnya pelik .

Guru matapelajaran selepas rehat masuk ke kelas .

"Assalamualaikum , class . Harini , kita ada beberapa pertukaran pelajar ke kelas kelas . Danial dan Faizul , sila masuk dan kamu boleh duduk di tempat Hasya dan Khayla kerana diorang akan berpindah ke kelas 5 Diamond" arah guru tersebut .

"Weh , kita duduk kelas Arman lah!" ujar Hasya gembira .

"Kesian eh kau Tina . Tinggal sorang" kata Khayla pula lalu mereka berdua berlalu pergi .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Hasya dan Khayla ditempatkan di hadapan meja Alieff Amin dan Arman Rizky . Mulalah aksi gedik diorang .

"Arman , kita jadi kawan boleh ?" kata Hasya manja .

"Aku tak kawan dengan perempuan gedik macam kau" balasnya tanpa melihat figura dihadapannya .

"Semua lelaki pandang aku tak berkelip kau tahu tak? Kau pandang aku sebelah mata pun tak nak?" ujarnya bangga sebelum buat muka sedih .

'Semak betullah perempuan ni' monolog hati Arman Rizky .

"Diorang tu semua nak famous je" katanya .

"Asal kau jual mahal sangat eh" kata Khayla separuh menjerit .

"Eh perempuan , sepatutnya korang yang jadi mahal , bukan murah" sampuk Alieff Amin pula .

"Arman , Lieff jom lepak sana . Sini semak lah" ujar Hafidzi Qais yang datang entah dari mana sambil menuding ke arah meja Hana Qalisya dan Adira Farisya .

Mereka berlalu pergi menuju ke arah meja itu . Dalam hati Hasya sudah penuh dengan sumpah seranah .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Sedang mereka rancak berborak , tiba-tiba mereka tertancap pada tiga susuk tubuh yang semakin dekat dengan meja mereka . Mulut Adira Farisya dan Hanim Harisa terkunci tetapi perbuatan itu pelik bagi Hana Qalisya .

"Dira , aku nak lepak sini boleh tak?" pinta Hafidzi Qais terlebih dahulu .

"Asal? Dah takde meja sendiri?" tanya Hana Qalisya dingin .

"Aku tak cakap dengan kau pun" bidas Hafidzi Qais geram .

"Diorang kalau nampak group kau , mulut diorang macam kena gam korang tahu tak? So aku tolong diorang jawablah" katanya selamba .

"Oh , diorang takut . Habis , kau?" tanya Alieff Amin sinis .

"Takde pasal aku takut dengan korang" balasnya selamba . Dahlah acah gangster tapi hati lembut . Bukan dia taktahu Hafidzi Qais dan Alieff Amin suka kepada sahabat baiknya itu .

"Eh , korang sedar tak aku dekat sini?" tegur Arman Rizky .

"Oh , tak sedar . Maklumlah 'galah' " bidas Hana Qalisya selamba . Seronok mengenakan Arman Rizky .

"Eh , jap! Apa kau cakap? Ulang jap" ujar Arman Rizky geram . Nasib perempuan kalau tak , lebam dah ni...

" 'GALAH' " jeritnya .

"Kau...." belum sempat menghabiskan ayat mereka , tiba-tiba 2 orang pengawas memanggil mereka bertiga .

Hana Qalisya tersenyum sinis . 'Padan muka' monolog hatinya .














'galah' eh engkau panggil hero aku . jangan chapter lepasni kau tukar panggilan sudah...

korang belanja author 5 vote boleh ? kalau takcukup , cerita ni takat ni jela...

comment kalau ada kekurangan♡︎

thankyou !

kalau sesiapa memerlukan bukunya untuk dipromote dan divote , boleh lah ke channel kat bawah ni

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

kalau sesiapa memerlukan bukunya untuk dipromote dan divote , boleh lah ke channel kat bawah ni . dia baru bukak batch 2 tau ! apa lagi ? kita serbu ramai-ramai !!

alyalyna_

thankyou !

C | SURI HATI MR.ARMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang