12

690 77 2
                                        

Hasya berjalan menuju ke kelas 5 Diamond . Selalunya , tepat jam dia datang , Arman Rizky juga turut hadir tetapi hari ini figuranya langsung tidak kelihatan .

Dalam perjalanannya , dia terserempak dengan Arman Rizky dan Hana Qalisya yang berjalan beriringan . Perasaan cemburu mula bersarang dalam dirinya .

"Hai , Arman" sapa Hasya manja sekilas menjeling ke arah Hana Qalisya . Hana Qalisya membalas jelingan itu lebih tajam tidak mahu mengalah .

"Isya , jom masuk kelas . Panaslah kat sini" kata Arman Rizky bernada lembut bersama sindiran tanpa membalas sapaan Hasya serta memandang Hasya . Hana Qalisya sedikit terkejut dengan nama panggilan itu dimana hanya keluarganya sahaja yang tahu .

Hana Qalisya terus berjalan meninggalkan Hasya dan Arman Rizky . Arman Rizky membuntuti langkah Hana Qalisya manakala Hasya sudah sumpah seranah menahan amarah .

'Kau akan jadi milik aku , Arman!' jeritnya di dalam hati .

Arman Rizky memanggil Hana Qalisya beberapa kali tetapi langsung tidak diendahkan . Dia geram lalu berjalan lebih laju sebelum mendekati Hana Qalisya .

Dia merentap tangan Hana Qalisya serentak itu tubuh kecil Hana Qalisya terdorong ke belakang lalu tersembam di dada Arman Rizky . Mereka tergamam .

Mereka kembali tersedar apabila bunyi loceng menandakan Pdpc akan bermula tidak lama lagi .

Hana Qalisya menolak tubuh Arman Rizky menjauhinya lalu dia menapak ke arah kelas .

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Hana Qalisya menapak masuk ke kelas dengan muka yang menahan perit . Adira Farisya dan Hanim Harisa yang sedar akan kehadiran rakan baiknya , terus mendapatkan Hana Qalisya .

"Weh , kau okay tak?" tanya Adira Farisya prihatin . Hana Qalisya tidak menjawab tetapi hanya mengangguk .

Hana Qalisya berasa badannya ingin menyembah tanah dan perlahan-lahan badannya ingin jatuh tetapi sempat kepalanya dipegang oleh tangan seseorang .

Dia tidak memberikan respon sebelum matanya tertutup rapat . Gelap . Wajah terakhir yang dia lihat ialah ....

♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎

Arman Rizky berasa tidak sedap hati . Dia menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dilaung . Matanya tertancap pada satu tubuh tinggi lampai yang tidak kurang dengannya .

Hakeem mendekati Arman Rizky sebelum memberikan pandangan tajam . Arman Rizky ingin segera menapak ke kelas tetapi sempat ditahan oleh Hakeem .

"Kau nak apa ?" tanya Arman Rizky dingin .

"Aku nak kau jauh dari Hana" pintanya .

"For what ? Siapa kau pada dia?" tanya Arman Rizky bertubi-tubi .

"Oh , dia tak bagitahu kau eh . Meh sini aku bagitahu . Kau tanya for what . Jadi jawapannya untuk aku dapatkan dia balik . Siapa aku pada dia . Aku ex boyfriend dia . Jelas?" tanya Hakeem serta memberikan penerangan membuatkan hati Arman Rizky agak sedikit terusik .

'Eh , kenapa dengan aku ? Biarlah kalau itu yang ex boyfriend dia nak . Eh , mana boleh . Aku suami dia . Ah , lantaklah' jeritnya .

"Kau dengar tak ni?" jerit Hakeem pula .

"Okay , boleh" balasnya sebelum berlalu pergi . Hakeem hanya tersenyum kemenangan .

C | SURI HATI MR.ARMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang