Tanggal 12/12 bersamaan hari Khamis berlangsungnya perkahwinan Arman Rizky dan Hana Qalisya .
Majlis hanya diadakan kecil-kecilan . Dimana yang turut hadir hanya keluarga dari dua-dua pihak .
Hana Qalisya melihat dirinya di hadapan cermin panjang yang memantulkan dirinya berpakaian pengantin berwarna putih . Tidak terlalu mewah , hanya ringkas tetapi menawan dek kerana Hana Qalisya memiliki muka kacukan walaupun kedua-dua ibu bapanya hanya orang Melayu .
Dia menapak turun dan tinggal hanya beberapa anak tangga lagi , terpacul wajah Arman Rizky yang tampan bergaya . Memakai baju melayu berwarna putih dan sampin serta songkok yang menghadap tok kadi .
Hana Qalisya menapak turun lalu diiringi oleh Uyayna .
Cukup dengan sekali lafaz , Hana Qalisya telahpun menjadi isteri yang sah buat Arman Rizky pada usia muda .
'Betul ke aku boleh jadi isteri yang terbaik untuk dia?' tanya dirinya sendiri sambil kepalanya masih menunduk .
Arman Rizky mendekati Hana Qalisya sebelum dia meratah seluruh wajah natural Hana Qalisya tanpa makeup itu . Uyayna yang perasan akan hal itu , memberi deheman membuatkan Arman Rizky tersedar .
"Sarung cincin tu" arah Puan Aina kepada Arman Rizky .
Arman Rizky mengambil cincin dari kotak yang bersalutkan kain baldu berwarna merah lalu menyarungkan cincin di jari manis Hana Qalisya . Tangan Hana Qalisya sedikit sejuk dek kerana gugup .
Lensa kamera mengeluarkan cahaya bewarna putih menggugupkan lagi pasangan itu .
"Isya , sarung cincin tu pulak" arah Puan Halina lalu menghulurkan kotak yang memiliki cincin berwarna silver .
Hana Qalisya memegang tangan Arman Rizky terlebih dahulu sebelum menyarungkan cincin . Arman Rizky mendekati Hana Qalisya dan tinggal hanya beberapa inci sebelum dia mencium ubun-ubun Hana Qalisya . Itupun atas arahan Puan Aina menggunakan isyarat mata .
Hana Qalisya dapat merasakan hembusan nafas panas milik sang suami sebelum dia mencium tangan Arman Rizky .
Setelah selesai upacara pembatalan air sembahyang , jurukamera meminta pasangan itu untuk mengambil tempat bagi mengambil gambar yang boleh dibuat kenangan .
"Hana , rapat sikit" pinta jurukamera tersebut merangkap kawan papanya . Hana Qalisya menjegilkan matanya tanda geram .
Mereka mengambil hanya 2 gambar dek kerana atas permintaan Hana Qalisya yang masih berasa janggal . Mereka juga mengambil gambar ketika kedua-duanya saling berpandangan antara satu sama lain . Seperti biasa , rentak jantung mereka tidak menentu apabila mereka bertatapan .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Hana Qalisya memasuki bilik terlebih dahulu selepas kepalanya terasa sakit seperti mencucuk-cucuk .
Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil empuk sebelum matanya terlelap .
Pintu dikuak dari luar , terpacul wajah kacak milik Arman Rizky . Dia tersenyum kecil melihat isterinya yang tidak ubah seperti tapak sulaiman . Dia naik ke atas katil lalu ingin memicit kepala sang isteri apabila dia diberitahu oleh Puan Halina bahawa Hana Qalisya sakit kepala .
Belum sempat dia ingin memicit , mata Hana Qalisya terlebih dahulu terbuka dan terlihatlah wajah yang menahan perit di kepala .
"Kau rehatlah . Biar aku picit kepala kau" ujar Arman Rizky perlahan . 'Eh , kenapa aku terlebih baik ni?' desis hatinya .

YOU ARE READING
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...