24

580 59 4
                                    

Mata mereka bertembung seketika sebelum lidah mereka terkelu untuk berkata-kata . Mereka yang melihat kejadian itu mula berasa seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan . Jika dilihatkan dari mata masing-masing .

Tiba-tiba ,

"Korang ! Tolong cikgu . Hasya , dia jatuh dekat bilik air" jerit Cikgu Uyayna dengan suara yang cemas .

Mereka yang mendengar itu terus bergegas mengikut langkah Cikgu Uyayna menuju ke tandas .

Setibanya mereka , terlihatlah sekujur tubuh yang sudah elok terbaring di atas lantai .

Hana Qalisya mengangkat tubuh Hasya . Walaupun agak sedikit berat tetapi dia gagahkan jua . Ya , masih sakit hatinya apabila melihat wajah itu tetapi dia masih rakan sekelasnya .

Hana Qalisya meletakkan tubuh itu perlahan-lahan di atas tilam yang disediakan di bilik rawatan . Cikgu Uyayna bertindak merenjis air di muka Hasya .

Matanya bergerak-gerak dan ianya adalah petanda yang baik untuk Hasya membuka kelopak matanya .

Setelah matanya terbuka , wajah pertama yang ingin dia lihat semestinya wajah si jejaka idaman hati . Ternyata Arman Rizky juga ada disitu setelah kakaknya yang memaksa dia turut ada di situ .

Dia menarik tangan Arman Rizky yang elok berpeluk tubuh sejak tadi . Kini , dia dengan tidak malunya memeluk pinggang Arman Rizky . Hana Qalisya yang melihat itu mula dihuni 1001 perasaan yang kian bercampur baur .

Cikgu Uyayna juga perasan hal itu , terus dia berdehem agar Hasya melepaskan pinggang Arman Rizky kerana dia takut pergaduhan akan berlaku .

Arman Rizky menolak tangan itu kasar apabila mendengar deheman kakaknya . Hasya tersenyum malu apabila dia mendongakkan kepalanya melihat wajah kacak Arman Rizky .

"Hasya , are you feeling better now ?" tanya Cikgu Uyayna lembut untuk memecah kesunyian di dalam bilik itu .

Hasya hanya mengangguk sebelum mengucapkan terima kasih .

"Hasya , I'm sorry . I didn't mean it . Aku taktahu pula , kau mudah tersentap" ujar Adira Farisya dengan nada yang dibuat-buat bersalah . Sengaja dia menyindir Hasya .

"It's okay . It's my fault too" balas Hasya . Entah mengapa , mudah pula dia untuk meminta maaf . Hana Qalisya mula membuka langkah apabila melihat adegan Hasya memandang Arman Rizky dengan mata yang tidak berkelip seolah-olah berada di dunia ciptaan mereka .

Makin lama tengok , makin panas hati . Karang ada pulak muka yang aku lebamkan .

Tok! Tok ! Tok !

Bunyi ketukan pintu dari luar mula membuatkan mereka tertanya-tanya akan gerangan itu .

Hana Qalisya membuka pintu untuk melangkah keluar maka terpacul dua wajah 2 diva yang amat dibencinya , Tina dan Khayla .

"Tepi" ujar Hana Qalisya dengan wajah yang serius . Tina dan Khayla hanya membuat wajah selamba sambil tangan disilangkan di dada .

"Woi ! Pekak ke ? Aku nak jalan , so blah" jerit Hana Qalisya lantang . Orang tengah panas hati , ditambah pula 2 diva yang pekak badak . Mahu tak menjerit .

"Aku nak masuk , ketepi" ujar Tina pula lalu tersenyum senget .

"Kau ketepi , kitaorang yang sampai dulu" kali ini Khayla pula bersuara dengan suara diva . Gedik !

"Weyh , sudahlah . Pasal nak masuk je pun nak gaduh ke ?" satu suara garau pula menyampuk .

Mereka beralih pandangan pada suara itu .

"Tina , Khayla , bagi je la minah tu keluar" ujar Hasya . Nak tunjuk baik depan Arman la tu...

"Dah , shuh" halau Hana Qalisya lalu mereka berdua memberikan laluan . Hana Qalisya tersenyum sinis sebelum berlalu pergi .

C | SURI HATI MR.ARMANWhere stories live. Discover now