Tiba-tiba , matanya terbuka apabila terdengar suara yang teramat dia kenali berada berdekatan dengannya .
Dia mengalihkan pandangannya ke sebelah kanan lalu terlihatlah Arman Rizky dan seorang perempuan .
'Bukan dia rapat dengan Hana ke ? Kenapa ada perempuan lain ni ? Eh , takboleh jadi ! Apa kata aku ambil gambar lepastu send dekat Hana . Apa reaction dia eh? MUAHAHAHAH' desis hatinya lalu tersenyum jahat .
Dia mengambil beberapa keping gambar Arman Rizky dan Aulia yang sedang duduk tanpa jarak memandangkan mereka bukan muhrim .
Dia terus menghantar gambar tersebut sebelum bangun untuk berlalu .
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Arman Rizky tersedar akan keterlanjuran dia dan Aulia . Dia terdengar bunyi dengkuran halus . 'Takhilang lagi kan perangai kau dulu . Still same but now , I can't open my heart for you again because I have someone else that can make me fall in love just like you' desisnya lalu bibirnya terukir senyuman kelat .
Dia segera menggerakkan sedikit tubuh Aulia yang beralaskan baju skirt pink .
Aulia bangun dari tidurnya yang terganggu .
"Kau dah ada orang lain ke?" tanya Aulia seperti tahu-tahu sahaja apa yang diujarkan dalam hati Arman Rizky .
"For now , aku dah ada someone special . So , aku harap kita takperlu jumpa lagi la ye . Sandaran kau lepasni bukan dekat aku tetapi Allah" balas Arman Rizky sebelum bangun berlalu pergi .
Aulia mendengus geram lalu meraup kasar wajahnya sekaligus dia menjerit . Orang sekeliling yang melihatnya pelik hanya diendahkan .
Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu nombor seseorang didail sebelum...
"Hello"
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎
Ting !
Bunyi notifikasi dari telefon bimbit , membuatkan Hana Qalisya terjaga . Sakit di kepalanya masih tersisa tetapi dia menggagahkan diri jua .
Telefon bimbit dicapai lalu satu nombor dari seseorang yang tidak dikenali menghantar beberapa gambar .
Dia tidak mengendahkan siapa yang menghantarnya , tetapi gambar yang dihantar itu membuatkan hatinya hancur .
Telefonnya jatuh dari pegangan . Sebenarnya , hatinya juga baru ingin terbuka buat Arman Rizky tetapi nampaknya apa yang baru dilihatnya menghalang niatnya yang satu itu .
Air matanya turun membasahi pipi sebelum dia ingin menapak masuk ke bilik air apabila terlalu banyak air mata yang merembes keluar .
Kepalanya juga semakin berdenyut-denyut membuatkan dia ingin pitam . Dia menggagahkan dirinya jua sebelum membuka pili air untuk mengambil wudhuk .
Tiba-tiba....
BUK !
♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎
Arman Rizky mula tidak sedap hati apabila sejak pagi lagi dia meninggalkan Hana Qalisya berseorangan di rumah .
Dia menekan punat kunci pagar automatiknya lalu pintu terbuka . Dia mematikan enjin sebelum terus menapak masuk ke rumah .
Kelibat isterinya dicari tetapi tiada . Tatkala masuk sahaja bilik Hana Qalisya , terlihatlah susuk tubuh kecil itu yang nyenyak tidur . Dia baru ingin mengejutkan , Hana Qalisya terlebih dahulu terjaga .
"Eh , kau baru sampai ke ? Kau penat ke ? Kau pergi mana ? Kau nak makan apa ?" tanya Hana Qalisya bertubi-tubi .
Arman Rizky tidak menjawab sebaliknya terus melangkah keluar untuk menuju ke biliknya .

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...