Setelah sekian lama mata itu tidak bertaut , kini semua rasa yang terbuku sejak sekian lama disalurkan melalui tautan mata itu sehingga....
"HANA QALISYA !!!!"
Mereka tersentak lalu membetulkan kedudukan sebelum melihat pemilik suara yang menjerit lantang yang membuatkan ramai orang melihat adegan itu .
Terpempan Hana Qalisya apabila melihat wajah berang Arman Rizky yang tidak pernah dia lihat sebelum ini .
"A...A...man , aku boleh explain" pintanya separuh merayu yang telahpun berdiri di sisi Arman Rizky sambil menggoyangkan tangan sang suami . Arman Rizky menepis kasar tangan kecil itu .
"Kau , masuk kelas sekarang !" jerit Arman Rizky membuatkan Hana Qalisya terkejut . Pertama kali orang menjerkahnya kuat sebegitu .
'Itulah engkau Hana . Dia dah bagitahu jangan jumpa mamat tu . Kau degil . Sekarang , kau hadap lah' omel hatinya sebelum menurut arahan Arman Rizky .
Mata Arman Rizky mencerlung tajam ke arah Hakeem yang hanya berlagak tenang sambil tangan diseluk di dalam poket seluar . Kedua belah bahunya diangkat tanda ' tidak tahu ' sebelum berlalu pergi .
Arman Rizky masih waras untuk tidak menunjukkan perangai lamanya di sekolah baharu . Hanya kakaknya sahaja tahu perangai baran dan nakalnya di sekolah lama .
Dia mengeluh berat . Kecewa ? Cemburu ? Entahlah...
Dia terus menuju ke kelas apabila sedar akan kelewatannya .
"Okay , semua dah cukup . Cikgu nak kamu buat perbincangan bukan bergaduh" arah Cikgu Uyayna tegas . Sengaja dia menekankan perkataan itu agar mereka faham akan arahannya . Mereka hanya mengangguk .
"Aku punya cadangan , kita buat erm Prince Charming dan Princess akan menari . Cuma kita tak guna nama tu . Kita tukar Prince Arman dan Princess Hasya , boleh ? Setuju ?" cadang Adira Farisya yang telahpun mengutarakan idea .
"Aku SETUJU !" jerit Hasya . Muakanya jelas terpancar riak suka .
"Aku SETUJU !" jerit mereka yang lain akan idea Adira Farisya .
Tinggal Hana Qalisya sahaja yang belum memberikan kata putus . Mereka memandang Hana Qalisya meminta jawapan . Dia tiada pilihan selain mengangguk .
"Hana , kau pulak bagi idea untuk yang seterusnya" arah Hafidzi Qais selaku ketua kumpulan .
"A...a...a.." mulalah aksi gagap Hana Qalisya apabila dia berangan .
"Fizi , kau tak perlu tanya perempuan tu . Dia mana tahu apa . Hasya mesti ada idea , kan?" tanya Arman Rizky kepada Hasya bersama sindiran yang menusuk buat Hana Qalisya . Mungkin Arman Rizky masih panas hati akan kejadian yang berlaku tadi .
"Apa kata kalau , Hana jadi orang gaji aku . Dira jadi mak tiri . Hakeem receptionist . Fizi , kau jadi assistant Arman . Lieff , kau erm waiters . Boleh ? Setuju tak ?" cadang Hasya bersama soalan .
Mereka semua memandang antara satu sama lain .
"Nope . Aku tak setuju" kata Arman Rizky dengan riak yang serius . Hasya memandang lelaki itu pelik .
"Why ?" tanya Hasya pelik .
"Kau reti menari ?" tanya Arman Rizky kepada Hasya . Hasya menggeleng .
"Habis , kau nak buat tarian macam angsa ke bila nak present nanti ?" bidas Arman Rizky pedas .
"Nak present lambat lagi . Nanti kita berlatih la" balasnya dengan suara yang manja . Harapannya Arman Rizky tidak akan berubah fikiran .

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SURI HATI MR.ARMAN
Romance꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang someone tu , susah nak move on" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Kau ke yang angkat aku sampai atas katil?" - HQ ☘...