"you nak apa-apa lagi Ivan?" Tanya Marlene sebaik selesai membuat pesanan. Dari tadi dia perasan Ivan hanya mengelamun jauh. Bahkan sudah seminggu belakangan ini Ivan bersikap aneh.
"No." Hanya sepatah jawapan yang Ivan berikan. Mood masih melayang ke mana-mana. Diturutkan saja permintaan Marlene untuk makan di restoran makanan laut hari ini. Sambil cuba menenangkan fikiran. Tapi makin serabut pula jadinya.
"Hey sayang.. are you okay?" Tanya Marlene. Dia mengenggam lembut jemari Ivan yang terletak di atas meja. Ivan mengangguk. "Jangan risau k sayang. I am okay." Ivan cuba meyakinkan Marlene.
"Hello sweetheart!" Suara sapaan yang agak kuat dan ceria itu menarik perhatian Marlene dan Ivan. Ivan menoleh untuk meninjau pemilik suara itu. Kedengaran seorang lelaki sedang berpelukan mesra dengan seorang wanita. Barangkali pasangan kekasih. Andainya.
"Eh, Genessa.."
"What?"
"Perempuan tu? Genessa kan?" Marlene cuba mendapatkan kepastian. Ivan menoleh lagi. Kali ini matanya betul-betul fokus pada wanita itu. Ya, memang Anaya. Anaya pantas menundukkan pandangannya. Dia berjalan seiringan dengan lelaki yang meyapanya tadi. Melintasi meja Marlene dan Ivan.
"Hai Genessa! What a coincidence!" Tegur Marlene. Langkah Anaya terhenti. Betul-betul tepat di sebelah meja mereka.
"Yaa.. dalam dunia ni memang banyak kebetulan. Sampai ada orang tak boleh beza kebetulan dengan sengaja." Balas Anaya. Balasan berbaur perlian yang dia tujukan kepada Ivan. Ivan mengetap bibir, menahan rasa. Rasa apa? Marah, iya. Rindu, iya. Cemburu, iya kerana lelaki tadi merangkul erat bahu Anaya. Dan Anaya kelihatan sangat selesa diperlakukan begitu."You berbual lah dulu. I kena pergi kitchen. Nanti masuk office kay sweetie." Sempat lagi lelaki itu megucup kejap kepala Anaya sebelum berlalu pergi.
"Waa.. so sweet. Boyfriend ke?" Usik Marlene. Anaya hanya membalas dengan gelak kecil. Tidak mengiyakan, tidak menidakkan. Sengaja ingin menyakitkan hati Ivan. Sempat dia mencuri pandang ke arah Ivan yang sudah tidak keruan. Mukanya kemerahan menahan marah. Dah macam udang bakar Ivan oi.
"I pergi dulu. Enjoy your meal. Nice to meet you two. Send my regards to Liam." Anaya meminta. Menuju ke pejabat lelaki tadi. Lelaki yang diberi nama Andy, abangnya. Ya abangnya.
******
Anaya memandang ke kiri dan ke kanan sebelum membuka pintu rumahnya. Entah kenapa sejak tadi dia berasa dirinya diperhatikan. Sebaik pintu rumahnya dibuka. Ada tangan yang mendorongnya masuk ke dalam rumah. Dan pastinya pemilik tangan itu masuk bersamanya.
"Let me go!" Anaya meronta walau dia tahu siapa yang mendakapnya erat dari belakang. Untuk seketika tadi, jantungnya bagai dicabut kerana takut. Tapi dari wangian orang itu, dia tahu tangan yang mendorongnya itu milik Ivan.
"I miss you baby.." dari belakang, Ivan mengucup pipi Anaya. Dia tidak berhenti biarpun Anaya melarikan wajahnya.
"Benci sangat dah ke you dengan i? Sampai dah jumpa boyfriend baru?" Sinis nada Ivan bertanya sebaik dia melepaskan Anaya dari dakapannya.
"Ini lah masalah you Ivan. You dont want to listen. Telinga cukup dua-dua belah, tapi tak pakai." Bebel Anaya lalu tangannya menarik telinga kanan Ivan. Ditarik sehingga kemerahan muka Ivan baru dilepaskan.
"Bebel lah lagi. I miss it. I miss you.." luah Ivan. Dia memegang pipi Anaya sebelum bibirnya singgah di bibir Anaya. Cuma sekejap kerana cumbuannya tidak berbalas seperti selalu.
"Anaya baby. Please? Forgive me.. you nak tunggu sampai i gila ke baru you nak maafkan i?" Ivan merayu sambil tayang muka sedih. Tapi malah dibalas dengan jelingan. Ivan kenal jelingan itu, jelingan manja. Jelingan yang mampu membuat hatinya bergelora ombak di laut.
"Okay.." Anaya akhirnya mengalah. Seraya itu, Ivan menghujani wajah dengan ciuman. "Tapi.. ada syarat.."
"Syarat apa sayang? Anything.. just say it." Ivan merangkul pinggang Anaya. Wajah Anaya ditenung sedalamnya. Wajah yang membuat dia merasakan rindu yang tidak tertanggung.
"Really? Anything? Jangan menyesal.."
"Tak.. i menyesal sebab buat you jauh dari i sampai ada lelaki lain yang peluk-peluk."
Anaya tergelak. "Cemburu?" Sengaja Anaya menduga. Ivan memegang dagu Anaya, dia mendongakkan kepala Anaya. "Kalau ikutkan hati, i panggang dia macam orang panggang sate.." jawab Ivan lalu mengucup bibir Anaya. Kali ini kucupannya berbalas.
"Now, tell me who is he?"
"Betul nak tahu?" Anaya masih mahu mempermainkan perasaan Ivan. Suka sendiri dia melihat Ivan yang hilang akal kerana cemburu.
"Suka hati lah. Nak berahsia sangat." Kata Ivan sambil melepaskan Anaya yang didakapnya tadi. Dia berjalan menjauhi dan membelakangi Anaya.
"Hey! Dia pula yang merajuk." Anaya mengejar langkah Ivan. Pinggang Ivan dipeluk erat dari belakang. Belakang badan Ivan dikucup perlahan. "He is my brother sayang. " beritahu Anaya. Terus terbit senyuman di bibir Ivan. Dia meleraikan tangan Anaya yang terlilit di pinggangnya. Tubuh Anaya dicempung dan dibawa ke dalam kamar. Diturunkan ke atas tilam. Dia menanggalkan kemejanya sebelum menindih Anaya yang sudah menunggunya dengan pandangan menggoda.
*Halah halah halah... Yang halal dah sempurna masih juga cari yang haram.
*Vote and comment!

YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...