SHDC 18

1.3K 83 10
                                    

Anaya menguap sambil membuka pintu kamarnya. Sambil berjalan ke ruang depan, dia meregangkan badan. Jadual nya hari ini tidak terlalu pack, boleh lah santai-santai. Breakfast dengan tenang. Langkah kaki nya yang mulanya mahu menuju ke dapur terhenti, menukar arah ke ruang tamu apabila melihat ada sekujur tubuh yang sedang berbaring, lena diulit mimpi di atas sofa. Anaya melabuhkan punggung dia ruangan yang ada di sipi-sipi sofa itu. Dia menjatuhkan kepalanya di dada Ivan.

"Hey.." Ivan mengusap kepala Anaya dengan mata yang masih separuh tertutup sebaik sedar kehadiran Anaya. Suaranya bangun tidurnya kedengaran agak serak, agak husky. Dia tiada tempat tujuan yang lain semalam selepas bertengkar dengan Marlene.

"Morning sweetheart." Ucap Anaya. Dia bangun dari dada Ivan. Bibir Ivan dikucup kejap. Ivan memegang dan mengelus pipi Anaya. Segala fikirannya yang celaru dan serabut gara-gara Marlene semalam terus lenyap saat menatap wajah Anaya yang tersenyum manis ke arahnya. Hilang, lenyap bagaikan magis.

"Kenapa tak masuk bilik semalam?" Tanya Anaya.

"I lambat semalam. I dont want to disturb your rest." Jawab Ivan.

"If you come and hug me last night. My rest would be thousand times better babe." Balas Anaya sebelum sekali lagi bibirnya singgah di bibir Ivan.

"Sampai pukul berapa dating semalam?" Ivan menyoal. Nada kedengaran agak serius. Masih bersisa rasa cemburu mengenangkan Anaya yang bergelak tawa bersama Demi semalam.

"Hey. Dont start. We are just having lunch."

"I am still jealous." Nyata Ivan. Rasa cemburunya tidak disorok lagi. Anaya tersengih memandang ke arah Ivan. Dia menarik kedua lengan Ivan agar Ivan bangun dari perbaringannya dan duduk bertentangan dengannya.

"Hey you.." Anaya memegang dagu Ivan. Ditarik lembut sehingga bibir Ivan menyentuh tepi bibirnya. "I am yours." Kata Anaya. Ivan senyum. "Eventhough you have Marlene and your other Anaya. I still love you." Sambung Anaya lagi. Seraya itu, Ivan menolak sedikit bahu Anaya. Jarak yang terlalu dekat antara wajah mereka sehingga dia tidak mampu melihat sepasang mata bundar itu.

"Hey. Vee is just an old friend." Jelas Ivan pendek. "There is no other Anaya. Just you. You are my only Anaya."

"It better be that way!" Amaran itu diiringi dengan gelak tawa Anaya. Ivan merangkul erat pinggang Anaya. Tengkuk Anaya dihidu dan dikucup lembut.

"I miss you.."

"I miss you more. Jom breakfast. What do you want for breakfast?"

"You."

******

Marlene mengetuk pintu rumah Vidette sekuat hatinya. Sakit di tangan sudah tidak dipeduli lagi. Kerana hatinya lebih sakit. Sejak pagi tadi dia mengekori pergerakan Vidette. Sudah dua hari dua malam Ivan tidak pulang ke rumah. Dia sudah bagai orang gila membayangkan Ivan sedang bercanda ria, bercengkerama bersama Vidette di belakangnya sehingga Liam yang tidak bersalah menjadi mangsa amarahnya.

"Hey Marlene." Tegur Vidette. Sejujurnya dia terkejut menerima kedatangan Marlene di hadapan pintu rumahnya. Pada waktu malam begini lagi.

Marlene tidak menjawab walau sepatah kata. Dia menolak kasar dada Vee dan terus menerobos masuk ke dalam rumah.

"Marlene! What are you doing!" Teriak Vidette sambil terus mengejar langkah Marlene. Dia cuba menahan Marlene tapi Marlene terus melawan dengan sekuat tenaganya. Marlene membuka satu per satu kamar yang ada di rumah itu. Dikeliling mencari kelibat Ivan.

"Marlene!" Jerit Vidette selantangnya. Lantang seakan halilintar yang membelah langit. Dia mencengkam kuat lengan Marlene. Menahan Marlene dari membuka pintu master room yang juga biliknya sendiri. Dengan sekuat kudrat yang ada, didukung lagi dengan sakit di hati bagai ditoreh pisau, Marlene menggunakan badannya untuk menolak kasar tubuh Vidette. Sehingga Vidette tersungkur di lantai. Dia cepat-cepat bangun namun tidak sempat lagi menghalang langkah Marlene. Marlene membuka pintu itu. Dia masuk, berjalan bagai orang yang hilang akal mengelilingi kamar itu. Sehingga ke kamar mandi. Tapi tiada apa-apa yang ditemui. Kamar itu kosong.

Dia berjalan lemah menuju Vidette yang berdiri di hadapan pintu. Sampai sahaja di hadapan Vidette. Dia melutut. Tangisannya terus kedengaran. Tangisan yang ditahan pecah jua. Dia menangis sehingga suaranya juga keluar. Tangisan yang melambangkan segala perasaan di hati. Sedih, sakit hati, rasa dikhianti, dicurangi, rasa bodoh, rasa marah.

"Marlene. What happen?" Dalam kebingunan mencerna apa yang berlaku, Vidette bertanya. Marah tapi risau juga melihat Marlene begitu.

"I merayu Vee. Tell me, where is Ivan?" Dalam esak tangis, sehingga bahu terhenjut-henjut, Marlene merayu. Terdesak. Ya, dia terdesak untuk bertemu Ivan. Dia terdesak untuk mengetahui kebenaran. Kebenaran yang mungkin sepahit hempedu. Tapi kebenaran tetap kebenaran. Dia tidak sanggup lagi hidup dalam keraguan. Hidup dalan mimpi buruk saban malam.

"Ivan? What are you talking about?" Makin aneh saja situasi ini. Detik hati Vidette. Kenapa pula dia cari Ivan kat rumah aku ni. Marlene mengumpul kekuatan, tangannya berpaut pada bucu meja sebelum perlahan-lahan dia bangun. Dengan mata yang sudah kemerahan akibat menangis, dia bertentang mata dengan Vidette.

"Kita sama-sama perempuan Vee. Please. Ivan is my husband. Please. Me and my son need him. Please dont take him away from me." Terketar-ketar suara Marlene menutur bicara. Sambil berkata-kata, dia membayangkan Ivan sedang membelai wanita yang berdiri di hadapannya ini. Matanya dipejamkan. Bayangan itu kian jelas. Sakitnya.. terasa hingga ke dada.. bagaikan luka yang berdarah ditabur garam. Sakit. Terlalu sakit. Dia tidak pernah bermimpi akan ada hari ini. Tidak pernah terdetik Ivan yang paling dia percaya akan mengkhianati dan mencurangi dirinya.

"What the hell! You fikir i ada affair dengan Ivan ke? You are crazy Marlene!" Herdik Vidette. Tanpa sedar, dia menengking Marlene. Dia meraup mukanya. Cuba bertenang.

"You yang gila sial! Damn you Vee! Kalau you tak gila, you takkan rampas suami i!" Tuduhan tadi sudah berbaur hinaan. Seraya itu, dia mengangkat tangannya. Dia ingin memberikan hadiah yang selayaknya untuk perempuan murahan itu, satu tamparan. Tapi belum sempat tangannya sampai ke pipi mulus Vidette. Pergelengan tangannya digenggam erat. Dia mendongak. Ada lelaki berdiri di samping Vidette. Lelaki yang tidak dia kenali.

"Hey honey. Are you okay?" Lelaki itu bertanya kerisauan. Dia menarik Vidette ke dalam dakapannya selepas melepas kasar tangan Marlene yang digenggam tadi.

"Who the hell are you! What the fuck are you doing with my wife?!"

Wife. Maknanya lelaki ini ialah suami kepada Vidette.

"Vee. I.."

"Get out Marlene. Go and settle your damn problems with Ivan." Usir Vidette. Tidak mahu mendengar apa lagi yang Marlene bakal perkatakan. Marlene menunduk malu. Dia mengatur langkah keluar dari rumah itu. Dia menekup mulutnya. Menahan mulut untuk meluahkan rasa ingin berteriak dan menangis sekuatnya. Ivan, Ivan.. where are you?

*Aduhai... Marlene ni. Haih..
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now