SHDC 23

1.4K 91 15
                                    

"welcome home daddy!" Liam yang tadinya sedang leka bermain bersama Anaya terus berlari mendapatkan Ivan dan Marlene yang baru tiba. Terus saja Ivan mendukung anak kesayangannya itu. Pipi Liam dikucup bertubi-tubi, melepas rasa rindu. Seminggu juga lah dia menginap di hospital. Baru hari ini dibenarkan pulang.

"Thank you Nessa jagakan Liam." Ucap Marlene. Dia meminta tolong Genessa untuk menjaga Liam sekejap sementara dia menjemput Ivan di hospital.

"No biggie. Kalau tak da apa-apa, i balik lah dulu." Anaya meminta diri.

"Eh. Jangan balik dulu." Larang Marlene. "Kita lunch sama-sama. Lepas ni i masak." Kata Marlene.

"Betul cakap Marlene tu." Sokong Ivan. Saat Marlene tidak sedar, dia sempat mengenyitkan mata kanannya ke arah Anaya.

"Okay.. tapi boleh i tumpang guest room tak. I ada google meet dengan klien kejap lagi." Pinta Anaya sambil melihat smartwatch nya.

"You can use my office. Kat atas tu, sebelah kanan." Tawar Ivan sambil menunjukkan lokasi office yang dimaksudkan. "Come, i show you. Alang-alang i nak naik mandi juga." Ajak Ivan lalu menurunkan Liam dari dukungannya. Anaya mengangguk.

"Lene. I meeting kejap k.." kata Anaya. Dia mengikuti langkah kaki Ivan menaiki tangga sebaik Marlene mengangguk.

######

Mata Anaya melirik ke arah pintu apabila melihat tombol itu pejabat Ivan itu dipusing. Dia baru saja selesai google meet dengan kliennya dari negeri sabah di bawah bayu. Ivan memerhati kiri kanan sebelum memasuki pejabat itu. Pintu itu ditutup perlahan dan dikunci. Dia mendekati Anaya. Anaya bangun dari kerusi.

"Hey Anaya baby. I miss you like crazy." Tanpa berlengah, kata rindu diluah dan terus saja bibirnya memagut bibir Anaya.

"Really?" Anaya sengaja menduga. Dia memandang Ivan dengan pandangan menggoda. Bibir Ivan dielus lembut. Ivan memegang pinggang Anaya. Tubuh Anaya diangkat dan didudukkan di atas meja kerjanya. Dia berdiri di antara dua kaki Anaya. Rambut Anaya diselak ke belakang sebelum bibirnya mula meneroka leher dan dada Anaya. Anaya mengetap bibir, menahan suara. Dia mendongakkan kepalanya. Tangannya menggenggam rambut Ivan.

"Ivan, stop now.." Anaya menolak wajah Ivan apabila Ivan seakan tidak mahu berhenti. Risau lain pula yang jadi jika kedua-dua mereka mula hanyut dalam perasaan.

"Are you still mad at me baby?"

Anaya menggeleng. Dia merangkul leher Ivan. "I miss you." Ungkap Anaya. "You tinggalkan i tanpa khabar. Memang lah i marah. But i still love you. Tapi i tak sure lah, you love me or not." Tutur Anaya. Dia mengalihkan tangannya yang tadi melingkari leher Ivan.

"Hey. Dont say that. I love you baby.. so much.." balas Ivan lalu mengucup bibir Anaya berkali-kali. "Anaya baby.." Manja nada suara Ivan memanggil Anaya apabila muka Anaya masih masam. Muncungnya sudah panjang sedepa.

"I love you more. Because my love is only for you. I miss this.." Anaya mengelus bibir Ivan, dikucup kejap. "And this.." Tangannya merayap ke leher Ivan. Dia mencium leher Ivan, digigit manja kerana dia tahu Ivan menyukainya. "Most importantly, this.." tangan Anaya turun ke bawah lagi, melintasi tali pinggang Ivan. Ivan pantas menepis tangan Anaya.

"Hey.. hey.. naughty.. not here.. not now baby.. i will come home as soon as i can. Wait for me, okay baby?"

Anaya hanya membalas dengan anggukan. Ivan mengucup pipi kanan Anaya. "I love you." Sempat dia berbisik di cuping telinga Anaya sebelum keluar dari bilik pejabatnya itu.

******

Ivan masuk ke dalam kamar. Dia tersenyum ke arah Marlene yang sedang berdiri di hadapan meja solek. Dia mendakap Marlene dari belakang. Dia membenamkan bibirnya di leher Marlene. Marlene melihat perlakuan Ivan dari pantulan cermin. Dia senyum hambar. Rasa di hati sudah kian tiada. Barangkali bakal mati tidak lama lagi.

"Ivan, i am not in the mood. I am tired." Seraya menolak, Marlene melepaskan diri dari dakapan Ivan. Terus kedengaran rengusan kasar yang terbit daripada mulut Ivan.

"You kan ada spare. You can go to your scandal's house if you want." Sindir Marlene sambil memandang tepat ke arah mata Ivan. Benci, jijik dia melihat wajah marah Ivan kerana penolakannya.

"Tak habis lagi ke isu yang sama? Kenapa susah sangat you nak percayakan i?" Soal Ivan.

"Ask yourself, kenapa susah sangat nak setia?" Marlene tidak mahu kalah, dia menyoal kembali.

"I setia sampai mati sekalipun tak guna juga kalau you tak percayakan i Marlene." Balas Ivan dengan nada kecewa. Dasar lelaki manipulatif.

Marlene senyum sinis. "Yakin setia?" Duga Marlene.

"Yakin Marlene! Yakin!" Kali ini Ivan menjawab dengan penuh emosi. Dia menengking Marlene sekuat hatinya. Ego nya sebagai suami sangat tercabar. Marlene membuka laci kecil meja soleknya. Kotak habib yang berisi gelang itu dikeluarkan. Dibuka dan diletak di atas meja.

"Who the fuck is Anaya then? Your Anaya? Who is your Anaya, Ivan?" Marlene menembak Ivan dengan soalan bertubi-tubi. Dia sudah penat, lelah. Lelah berlakon. Lelah berpura-pura. Lelah mencari kebenaran. Sungguh dia penat. Perkara ini mendera jiwanya.

"Thats not mine Marlene. Instead of asking, you choose to assume and accuse me. Sehina itu kah i di hati you Marlene? Sikit pun you tak fikir perasaan i." Wow wow.. Ivan masih mampu play-victim. Dengan mudah tenang nya dia menafikan kebenaran. Membela diri.

"Sampai bila Ivan. Sampai bila kita nak terus macam ni? You tak penat ke?"

"I tak penat Marlene. Sebab i tak buat. You tu tak penat ke asyik nak adakan benda yang tak ada?" Jawab Ivan.

Marlene terduduk di birai katil mendengar kata-kata Ivan. Tidak percaya. Tidak percaya Ivan masih mampu menyangkal sedangkan bukti sudah ada di depan mata. Dia tidak menyebut tentang hp rahsia Ivan kerana dia mahu Ivan berterus-terang. Dia juga perlu pintar dalam hal ini, biar emosi memuncak, dia tidak boleh mengeluarkan segala senjata yang ada sekaligus. Itu hanya akan membuat Ivan lebih berhati-hati dan menutup jalannya untuk membongkar siapakah gerangan Anaya yang Ivan gila-gilakan.

"You call her name in your sleep Ivan. Bukan sekali.. berkali-kali. You still want to deny?"

"Fikir logik boleh tak Marlene? Dah nama pun mimpi. Serius, i penat dah dengan semua ni Marlene. I dah buat semuanya, i dah cuba yang terbaik. But still, you dont trust me. Maybe, we need a break." Ivan berkata lembut. Mungkin dia dan Marlene memerlukan ruang dan masa untuk bersendiri. Ivan mengucup lama ubun-ubun Marlene.

"I love you. I will always love you. Take your time my sweet candy." Usai kata ditutur, Ivan mencapai hp dan beg nya dan berlalu pergi. Marlene hanya memerhati dengan ekor mata. Langkah Ivan disusuli dengan titisan air mata.

"Mummy.."

Pantas saja jemari Marlene mengesat air mata apabila mendengar suara Liam. Liam yang tadi berdiri di muka pintu naik ke ribaan Marlene.

"Why you cry? Daddy angry with you?"

Marlene menggeleng." Mummy tak cry lah.." bohong Marlene.

"It is okay to cry mummy." Polosnya anak ini. Mendengar kata Liam, Marlene tidak dapat menahan lagi tangisannya. Buat pertama kali, dia menangis sedih di hadapan Liam.

"I love you mummy.." ucap Liam lalu memeluk Marlene. Tangan kecilnya menepuk belakang badan mummynya. Seakan memujuk.

Oh Liam. How can i let you suffer?

*Siapa nak hempuk Ivan ni?
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now