SHDC 26

1.7K 107 32
                                    

Marlene membuka sampul surat berwarna coklat yang Tristan serahkan kepadanya.
Beberapa keping gambar dikeluarkan. Dibelek satu persatu. Entah untuk ke berapa kalinya, hati bagai dirobek. Jika benar sudah tiada rasa, kenapa hati ini masih terasa sakit. Dia mencuba bertenang. Menyusun nafas yang sudah tidak senada irama dan lagu.

"Lene. Are you okay?" Tristan bertanya.

"Are you stupid?" Tenang Marlene menyoal. Pertanyaan yang keluar dari mulut Tristan itu terlalu tidak patut diterima akal. Mana mungkin dia okay melihat suaminya sedang mendakap perempuan lain. Mana mungkin dia okay melihat ada perempuan lain yang merasakan belaian Ivan. "I am sorry Tris." Marlene memohon maaf. Sedar ketelanjuran kata. Tristan menggeleng. Dia langsung tidak ambil hati. Tangan Marlene dicapai.

"Its okay. I dah jumpa alamat perempuan ni. I try siasat dia berdasarkan kondo dia. Tapi kondo tu atas nama Ivan. I am sorry i takda lagi gambar dia yang lebih clear. Me and my men are still working on it." Jelas Tristan. Marlene cuba menghadam semua ini perlahan-lahan. Saat mata dipejam, hati masih berharap semua ini hanya mimpi buruk. Mimpi buruk yang akan hilang sebaik dia bangun dari tidur panjang. Malang sekali, ini kenyataan. Nyata dan benar.

"Bagi i alamat dia." Pinta Marlene.

"You nak buat apa Lene? Dont rush Lene. We have to be smart."

"Just give the damn address Tris. I know what to do. Jangan risau. I dah puas dibodohkan." Biarpun suara Marlene cukup datar, kedengaran santai. Tapi tetap tersirat nada tegas. Tristan menurut. Dia menyerahkan kepingan kertas yang tertulis alamat wanita bernama Anaya itu kepada Marlene.

"Thank you Tris." Ucap Marlene. Tristan hanya membalas dengan anggukan. Jemari Marlene terus digenggam erat. Sungguh, dia juga tidak mampu merungkai apa yang Marlene sedang rasakan detik ini. 

******

'sayang Marlene, i will be a bit late tonight. But i will be back. Wait for me kay.'

Marlene hanya senyum sinis membaca whatsapp daripada Ivan. Perkara biasa Ivan balik lambat. Yang luar biasa itu kalau balik kerja terus balik ke rumah. Tidak apa, Ivan membantunya menjalankan rancangannya malam ini.

'okay hubs. I will be waiting. I love you.'

Marlene membalas. Selepas itu, dia terus menelefon Tris.

"Hello Tris. You dah atur semua ke?" Marlene bertanya.

"Dah. All settle. I am on my way." Jawab Tristan. Apa yang Marlene maksudkan adalah mendapatkan kondo yang berdepan dengan kondo Anaya. Tidak kira disewa, dipinjam atau bagaimana sekalipun, Marlene tidak peduli. Dia serahkan kepada Tristan.

"Okay. I am on my way too."

"Hey. You sure you want to come?" Tristan meminta kepastian. Dia tidak mahu Marlene lebih terluka lagi jika menyaksikan kecurangan Ivan di depan mata. Dia saja sudah sakit hati, apalagi Marlene nanti.

"I wanna catch some fish too. See you there."  Marlene menjawab yakin dan terus mematikan panggilan. Dia menarik nafas panjang, beg tangan dan kunci dicapai. Here i come, Ivan and Anaya bitch.

######

Anaya Genessa mendakap pinggang Ivan yang sedang menyarung kemejanya dari belakang. Menyebabkan Ivan tidak dapat mengancing bajunya.

"Jangan lah balik.." Manja Anaya memohon. "Dah lambat juga. Alang-alang bermalam je lah sayang.." rayu Anaya. Ivan memegang tangan Anaya, dileraikan dari pinggangnya. Dia memusingkan badannya. Berhadapan dengan Anaya.

"I pun nak stay. But i really need to go home. Okay baby?" Ivan memujuk lembut sambil mengusap kepala Anaya. "Ala baby.. please. Jangan lah merajuk. Please." Sesi pujuk memujuk bersambung apabila muka Anaya sudah masam mencuka. Bibir dicebikkan tanda geram.

"Nanti kalau i rindu macam mana?"

"I pun rindu kan.. tapi nak buat macam mana? Faham kan? Okay macam ni, i janji weekend i dengan you. Okay?" Tawar Ivan. Terus saja senyum manis terbit di bibir Anaya. Senyum yang selalu membuat Ivan gila bayang.

"Promise?"

Ivan menyentuh bibir Anaya. Bibir itu dikucup sekali. "Promise. Seal with a kiss."

"Jom, hantar i sampai depan." Ajak Ivan. Sesungguhnya dia pun belum puas bersama dengan Anaya. Entah kenapa, masa selalu terasa cepat ketika dia meluangkan masa bersama Anaya. Masa mereka berdua terlalu berharga, indah, bermakna. Anaya yang hanya mengenakan tshirt besar paras paha tanpa seluar mengikut langkah Ivan. Sebaik Ivan membuka pintu dan melangkah keluar, Anaya terus menarik semula pergelangan tangan Ivan. Dia menjungkitkan kakinya dan mencium bibir Ivan dengan rakus. Ivan menjatuhkan saja briefcase di tangan, dia merangkul erat pinggang Anaya. Menikmati ciuman yang saling berbalas.

Anaya membuka kancing atas baju Ivan sebelum mukanya dibenamkan di situ lagi.

"Anaya.. baby.." desah Ivan. Anaya melepaskan dada Ivan. Dia merangkul leher Ivan. Leher Ivan dikucup, atas bawah kiri kanan. Ivan menarik pinggang Anaya agar lebih dekat lagi dengan dirinya apabila Anaya menggigit manja lehernya. Anaya mendekatkan bibirnya di cuping telinga Ivan. "You sure you dont want to stay?" Anaya menduga.

Tangan Ivan yang berada di belakang Anaya menolak pintu kondo itu. Dia dan Anaya yang masih saling berpelukan akhirnya masuk semula ke rumah itu bersama-sama.

######

MARLENE & TRISTAN POV

Marlene terduduk. Terduduk lemah, kaku. Biarpun tidak lama drama asmara dana yang berlangsung di depan matanya tadi, tapi terasa sungguh melelahkan, memenatkan, seakan membuat nafas tidak cukup-cukup. Dari gambar, dari bayangan, kali ini di depan mata, ternyata rasa sakitnya itu berbeza. Sakitnya lebih jelas terasa. Sakit yang terlalu sakit sehingga bagaikan terasa hingga ke dada. Sakit yang bertambah parah saat melihat siapakah gerangan Anaya yang menjadi simpanan Ivan selama ini. Matanya dipejam seketika. Terus terbayang gambar lock screen hp rahsia Ivan. Tatoo yang terukir di belakang wanita itu,  AG.. Anaya Genessa... Bodohnya aku.. bodohnya aku.. patut lah selama ini Genessa selalu memujuknya untuk bersabar. Ternyata oh ternyata. Segalanya telah terungkai.

"Marlene." Tristan memegang bahu Marlene. Dia juga tidak tahu apa mahu dikata lagi. Segalanya sudah terang dan jelas di depan mata. Malam ini menjadi saksi, kecurangan dan pengkhianatan Ivan terbongkar.

"You dapat rakam kan tadi?" Tanya Marlene. Tristan mengangguk. Marlene meraup mukanya. Dia menoleh, memandang Tristan. Memaksa bibir untuk senyum. "I am okay." Katanya lemah.

"Hey hey Lene.. its okay to cry.." Tristan mengusap bahu Marlene. Merlene ketawa. Ya.. ketawa beberapa ketika, sebelum tawanya mula disambut dengan tangisan sayu.

"Why? I just want to know why.." Marlene menuntut sebab mengapa. Tristan tidak mampu menjawab. Dia cuma mampu menemani, dan mendengar tangisan Marlene. Tangisan yang melambangkan segala rasa di hati. Sedih, kecewa, marah, rasa dikhianati, benci, duka, lara malah juga rasa sayang, rasa cinta.

"Marlene. Listen to me. Ivan can go to hell with his excuses. But you can never blame yourself. You are perfect Lene. Remember that." Tristan memberi kata semangat. Dia menarik Marlene ke dalam dakapannya, membiarkan Marlene meluahkan tangisan di bahunya.

Jika benar aku sempurna, kenapa dia mencari yang lain? Adakah sempurna yang dia inginkan tiada padaku?

*Dan ini dia moment yang ditunggu oleh anda semua readers kesayangan, moment2 kekantoian Ivan.
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now