Ivan menapak menuju ke kamarnya. Satu per satu anak tangga dinaiki. Sudah lebih sejam Marlene mengurung diri di dalam kamar sebaik Anaya beredar tadi. Sebaik tiba di depan kamar, dia menghela nafas panjang. Pintu hanya diketuk sekali sebelum dibuka. Tidak menunggu pun sahutan daripada Marlene.
"Hey, apa you buat ni?" Ivan terus bertanya apabila melihat Marlene sedang duduk di birai katil. Dengan tenang melipat pakaian dan menyusunnya di dalam bagasi. Bukan pakaiannya sendiri tetapi pakaian milik Ivan.
"Duduk." Arah Marlene. Ivan menurut. Dia duduk di birai katil. Dia dan Marlene kini saling bertentangan muka, hanya dipisahkan oleh sebuah bagasi.
"Bagi i ruang dan masa." Kata Marlene. Terlalu lelah. Lelah dia dengan semua ini. Semakin dia melawan, semakin fikirannya kusut, semakin emosinya kacau bilau.
"Tapi sayang.."
"Dont call me sayang. It's disgusting!" Tegah Marlene tegas. Apa guna di mulut saja sayang? Apa guna jika sayang itu juga buat orang lain?
"Please dont do this. I cant live without you and Liam.." rayu Ivan. Memang salahnya dia mencurangi Marlene. Tapi itu bukan bererti dia tidak mencintai Marlene, bukan bererti dia tega membuang anaknya.
Marlene ketawa mengejek mendengar kata-kata Ivan. "Are you kidding me?"
"Hey, please listen to me.." pinta Ivan.
"No, no, no. You listen to me." Tegas Marlene bersuara. Memaksa Ivan untuk meneruskan bicara. "Tak terkira dah berapa kali you mungkir janji dengan Liam. Janji nak teman dia tidur, teman dia dinner, hantar dia pergi sekolah. In the end, janji tinggal janji. Betapa sedihnya dia everytime you broke your promise, hanya i yang tahu Ivan!" Saat nama Liam mula dipetik, pasti hati keibuan Marlene dirudung rasa sayu. Pasti air mata akan sarat di tubir mata. Liam yang paling tidak berdosa dalam hal ini, tapi jauh di sudut hatinya, dia tahu apapun yang bakal terjadi antara dia dan Ivan, Liam lah yang bakal menanggung derita, beban dan trauma yang paling berat.
"But still you tak boleh pisahkan i dengan Liam. Apa pun yang terjadi, i will be always his daddy." Ivan masih tidak mahu mengalah.
"I know. That's the saddest part. Too bad my son has a daddy like you. A daddy that doesnt appreciate his mommy." Balas Marlene. Apa salah dan dosa anak kecil itu sehingga ditakdirkan mendapat bapa seperti Ivan. Seorang bapa yang tidak mampu mempertahankan keluarga sendiri.
"Marlene!"
"See? This is what i mean. Kita akan bergaduh saja kalau dekat. Better kita take a break. Bagi i masa berfikir dengan tenang. I dah terlalu penat dengan semua ni Ivan. Just please, go.." sekejap naik sekejap kendur nada suara Marlene. Lelah rasanya bertikam lidah dengan Ivan saat ini. Dia juga tidak tahu apa lagi rasa yang bersisa di hati. Kadang-kadang hati sudah bagai tiada rasa. Sudah mati. Sudah layu. Sudah kaku.
"Fine!" Hanya sepatah kata. Bagasi yang sudah siap dikemas oleh Marlene juga tidak diangkat. Dibiarkan saja di atas katil, menemani Marlene yang hanyut melayan perasaan.
******
"Masuk!" Sahut Anaya apabila mendengar ketukan di pintu pejabatnya. Tidak lama, terus pintu itu ditolak dari luar.
"Hey."
Anaya mendongak kepalanya apabila mendengar suara yang seakan dikenali itu. Dan, ternyata benar tekaannya. Suara itu milik Marlene.
"Masuk." Pelawa Marlene. Dia membawa Marlene duduk di set sofa yang tersedia di pejabatnya itu.
"Ada apa?" Tanya Anaya.
"I went to your house. Seems like you dont live there anymore. Did Ivan buy you a new house?" Sindir Marlene. Kedengaran Anaya merengus kasar.
"Lene, kalau you nak gaduh. I am not interested." Kata Anaya.
"Why? Why Ivan?"
"Ask Ivan, Marlene. He is the one who chase me." Tenang dan yakin Anaya memberi jawapan.
"Dah berapa lama you dengan dia?"
"Penting ke Lene?" Anaya menyoal kembali.
"I nak tahu sejauh mana hubungan you dengan dia. I have the right to know. He is my husband."
"My relationship with Ivan is none of your business. I dont owe you anything. So what if he is your husband?" Anaya mencabar Marlene. Jadi kenapa jika Ivan ialah suami kepada Marlene?
"Sikit pun you tak rasa bersalah ke Genessa?"
"Why should i?" Berani. Sungguh berani wanita bernama Anaya ini. Sudah terang lagi bersuluh dia merampas hak orang, sudah jelas dia mengganggu gugat rumah tangga orang lain, dia masih punya keberanian untuk mencabar kesabaran Marlene.
"You took away my husband, took away Liam's father."
"Listen Marlene. I dont take away Ivan from you. He loves me. He loves you. I tak rampas hak you. Beacause Ivan is not only yours, he is mine too!" Tegas Anaya. Tanpa rasa gentar dia menutur bicara sambil menatap tepat kedua mata Marlene.
"You tak terfikir ke yang satu hari nanti, Ivan tetap akan tinggalkan you demi i dan Liam, sebab apa yang kekal hingga ke hujung tetap keluarga."
Anaya menghela nafas. Dia mengukir senyum, dihadiahkan senyuman manis itu kepada Marlene. "Are you sure Lene? Kalau betul dia akan tinggalkan i, kenapa dia bersama dengan i selama 3 tahun ni? Yes, that's right. He is in love with me for 3 years." Kata Anaya. Dia berhenti seketika. "But if one day, he choose to leave me, its fine. I will let him go. I will not lower my standard for a man, like you." Tidak cukup dengan sindiran, perlian, cabaran, Anaya menghina Marlene lagi. Marlene menggenggam tangannya. Dia cuba menahan rasa di hati.
"I am not lowering my standard Anaya. You are. You ada kerjaya, you cantik, but the best you can get is someone's husband? Too cheap Anaya, too cheap!" Marlene menghadiahkan hujatan buat Anaya sebelum terus angkat kaki dari sana. Tiada guna berbicara dengan orang bodoh!
*Wow! Mana nak beli keyakinan diri macam Anaya ni?
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...