"Anaya!" Laungan yang agak kuat itu menarik perhatian Anaya dan Ivan yang sedang berjalan menuju keluar dari sebuah restoran makanan korea. Sama-sama mereka menoleh. Anaya terus melepaskan tangannya yang dipegang erat oleh Ivan sebaik melihat siapakah gerangan pemilik suara tadi. Lelaki yang berbadan tegap, agak tinggi. Kacak, berkulit sawo matang.
"Hey! Hey! Hey! My boo Anaya my girl.." Demitrius menyapa teruja sambil mendepakan tangannya seluas mungkin. Terus saja Anaya menyerahkan diri ke dalam dakapan itu. Demitrius mengusap belakang Anaya sebelum pelukan terlerai. Dia buat-buat tidak nampak saja jelingan tajam jejaka yang berdiri di sebelah Anaya.
"Kuching juga akhirnya yang menemukan kita." Kata Demitrius. Hidung Anaya dijentik manja.
"Ehem!" Ivan berdehem. Mengingatkan Anaya dan lelaki itu yang dia bukan tunggul saja-saja berdiri di sana.
"Sorry bro. Demitrius." Demitrius menghulurkan tangan. Mahu tidak mahu Ivan terpaksa menyambut.
"Ivan. Anaya's bo..."
"Boss. Ivan is my boss." Anaya memotong percakapan Ivan. Demitrius mengangguk. Anggukkan penuh keraguan. Dari cara Ivan memandang, mengerling dan menjelingnya, dia sudah tahu yang Anaya pasti ada hubungan dengan lelaki itu. Ivan memandangnya dengan mata yang sarat dengan api cemburu.
"I see. Alang-alang dah jumpa ni, jom dinner malam ni?" Ajak Demi. "Lama dah tak jumpa. I think ni first time kita jumpa after we broke up." Sambung Demi. Terselit pula masa lalu.
"Demi.. past is past kan.." Anaya mengingatkan. Demi mengangguk sambil ketawa sakan. Dia pernah bercinta dengan Anaya dulu. Lama juga lah. Malah sampai sekarang, masih ada perasaan yang bersisa untuk wanita itu di hatinya.
"So? On tak, dinner tonight? If your boss dont mind lah.."
"Eh.. of course no. Lagipun kerja kan sampai pukul 5 je." Cepat-cepat Anaya menjawab sebelum Ivan sempat membuka mulut.
"Okay. Its a date then. I will send you the location later. See you tonight boo. Byee.." Demi meminta diri, pipi kanan Anaya dikucup lembut, sempat dia mengerling ke arah Ivan sebelum berlalu pergi. Bahaya, ada pula yang bertumbuk depan seoul garden ni nanti. Ghisauuu...
"Ivan.." Anaya menoleh setelah kelibat Demi sudah kelihatan. Ivan merengus kasar. Dia meletakkan kunci kereta di tapak tangan Anaya. "I terus pergi airport. Tak nak ganggu you dengan Demi nak mengenang kenangan lalu." Kata Ivan. Dia terus berlalu pergi. Langsung tidak menoleh biarpun Anaya memanggil berkali-kali.
******
Marlene membuka bagasi Ivan yang baru sampai di rumah. Ivan pula terus masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Marlene mengeluarkan sehelai kemeja milik Ivan yang berwarna putih. Ada wangian yang datang dari baju itu. Dia mendekatkan baju itu ke hidungnya. Bau itu dihidu sedalamnya. Bau floral, yang sangat soft. Pastinya wangian milik wanita. Masih tidak berpuas hati. Baju itu dibelek. Dia terduduk di atas katil apabila melihat ada bekas gincu di bahagia leher dan dada baju itu. Bekas gincu yang sepertinya Siren In Scarlett by Maybeline. Dia tahu kerana Ivan pernah menghadiahkan lipstick matte itu kepadanya, tapi jarang dia pakai kerana tidak diminati.
"Hey sweetie." Ivan terus mendekati Marlene sebaik keluar dari kamar mandi. Marlene meletakkan semula kemeja itu ke dalam bagasi. Dia berdiri di hadapan Ivan. Tangannya melingkari leher Ivan. Dia mengucup leher Ivan. Dia berhenti apabila matanya tertangkap satu kesan love bite di leher Ivan. Sudah agak pudar. Dia menyentuh kesan itu.
"Hey. Kenapa stop? I miss your kiss sayang." Ivan mengangkat dagu Marlene. Bibir Marlene dikucup. Namun kucupannya tidak berbalas. "Hey, kenapa ni? Did i do something wrong?" Tanya Ivan. Marlene menatap wajah suaminya itu ditatap sedalamnya. Untuk pertama kali dalam 7 tahun usia perkahwinan mereka, hatinya dijentik rasa ragu. Ragu dengan kesetiaan Ivan.
'For better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish, till death do us part'
Wedding vow yang mereka ungkapkan di dalam upacara holy matrimony, di hadapan paderi, para saksi dan ahli keluarga seakan bermain semula di telinga Marlene. Ivan, mungkin kah kau mengkhianati janji di hadapan Tuhan, janji yang menyatakan hanya kematian yang boleh memisahkan. Marlene memejamkan matanya. Ada air mata yang menitis. Perasaannya berperang.
"Hey.. hey.. sayang.. kenapa ni?" Risau Ivan menyoal. Marlene menggeleng kepala.
"Nothing.. i rindu. Thats all. You are always away from me, from Liam. I miss the old days. Day by day, i think i am losing you. I am afraid that there is no love in us anymore. What if one day, you dont love me anymore? What if one day, i am not your sweet candy anymore? What if one day, another woman make you happy more than i am?" Panjang berjela luahan hati Marlene. Diiringi dengan tangisan yang semakin galak. Ada rasa yang hadir di hati, saat Ivan mendengar setiap bait luahan itu. Tidak pasti rasa apa. Cukup membuatnya hatinya berdebar kencang. Namun dia cuba berlagak tenang. Dia memimpin bahu Marlene, membawanya duduk di atas katil.
"Hey Marlene baby. I am sorry. Listen to me, you will never lose me. I am here. My heart is for you. I love you sayang. My sweet candy. You will always be my sweet candy. Forever. Okay sayang? Come here." Ivan cuba menenangkan Marlene, memujuk hati Marlene yang pastinya sedang bergelora. Dia menarik Marlene ke dalam dakapannya. Ubun-ubun Marlene dikucup lama. Dia mengusap belakang Marlene. Cuba meredakan tangisan Marlene yang masih bersisa.
*hah, dah ada bau2 nak kantoi tu..
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...