SHDC 37

2.2K 107 11
                                    


"welcome miss." Staf yang bekerja di kedai perhiasan emas dan berlian itu menyapa mesra Anaya yang baru masuk ke dalam kedai.

Anaya membalas dengan senyuman. Dia masuk ke dalam kedai itu, dan terus menuju ke bahagian depan.

"eh miss Anaya. Nak ambil necklace ke?" Tanya staf yang bernama Kristal itu. Dia sudah dikenali oleh kebanyakan staf di kedai ini, kerana dia memang pelanggan tetap. Dia selalu memesan perhiasan custom design untuk dijadikan koleksi.

"yes. Semalam boss you dah call i." Balas Anaya.

"i see.. miss tunggu kejap. I panggil boss dulu. Duduk dulu ye miss." Sopan Kristal meminta diri.

Anaya hanya mengangguk. Dia kemudian melihat pelbagai jenis perhiasan yang tersusun rapi di balik kaca.

"hey.." sapaan itu disertai dengan sentuhan di bahu Anaya.

Anaya menoleh.Senyuman yang tadi menghiasi bibir terus mati.

"hey.." Anaya membalas sapaan, muka ditundukkan sedikit. Teringat pertemuan terakhir mereka yang tidak berapa indah untuk dikenang.

Dia memang punya niat untuk bertemu Marlene sebelum meninggalkan kota ini. Tapi bukan dengan cara yang begini.

"how are you?" Marlene bertanya.

"i am fine." Jawab Anaya. "You?" Anaya bertanya kembali. Biarpun mereka berdua ialah orang yang saling kenal, tapi kenapa pertemuan dan perbualan ini terasa sungguh janggal.

"i baru balik dari klinik, biasalah kalau pregnant, kena jumpa doktor itu, doktor ini." Berbeza dengan Anaya yang janggal, Marlene pula bercerita dengan selesa. Anaya tidak menjawab. Hanya diam mendengar setiap patah kata yang Marlene tuturkan. Melihat senyuman yang terukir di bibir Marlene, dia berasa lega.

"singgah sini tadi. Nak cuci cuci mata. Tak sangka jumpa you. Jom lunch sama-sama nanti." Ajak Marlene.

"tak dapat kot Lene." Anaya cuba menolak dengan sesopan yang mungkin.

Marlene memandang wajah Anaya. Kelihatan sedikit berisi dari dulu. Pipi pun dah agak chubby.

"i guess you dont know. I dengan Ivan dah bercerai." Beritahu Marlene. Suaranya diperlahankan sedikit kerana tidak mahu ada telinga lain yang mendengar. Entah kenapa, dia merasakan Anaya berhak tahu tentang status dia dan Ivan sekarang.

Anaya tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Namun untuk membalas kata, dia juga tidak mampu. Lidah kelu dan bibir seakan dijahit rapat.

"I suruh Ivan cari you. Tapi.."

Belum sempat Marlene menghabis ayatnya, tiba-tiba suasana sekeliling mereka berdua bertukar huru hara.

Suara jeritan kedengaran di mana-mana.

Anaya pantas mengenggam lengan Marlene apabila melihat Marlene yang seperti mahu rebah.

"on the ground!" Jeritan itu diiringi dengan bunyi beberapa das tembakan yang dihalakan ke atas.

"Lene. Stay calm."

Anaya merangkul erat bahu Marlene. Dia membawa Marlene perlahan-lahan mencangkung bersamanya. Anaya sendiri juga panik, tapi dia cuba bertenang. Dia menarik nafas perlahan-lahan. Cuba menenangkan gelora di hati.

Dia mendongak sedikit kepalanya. Dia dapat melihat beberapa orang yang berpakaian serba hitam, bertopeng hitam jua, berdiri di tengah kedai itu. Semuanya memegang pistol. Pintu masuk kedai itu sudah pun ditutup dan dikunci.

"berdiri semua! Pergi belakang!" Salah seorang dari perompak itu memberi arahan. Kuat suaranya.

Semua yang ada di sana mula berdiri perlahan-lahan.

"pekak ke?! Cepat sikit boleh tak!" Perompak itu membentak Marlene. Seraya itu, lengan Marlene ditarik kasar, memaksa Marlene berdiri.

"hey! Careful!" Anaya menjerkah perompak itu. Dia menolak kasar tangan perompak yang menggenggam kuat lengan Marlene.

"hey!" Perompak itu menarik kasar rambut Anaya. Pistol diacukan tepat di dahi Anaya. "One more word from you, you will die! Now go!" Perompak itu menolak kasar Anaya, sehingga Anaya terlanggar badan Marlene.

Pantas Anaya merangkul bahu Marlene. Dia memimpin Marlene, berjalan perlahan menuju ke ruangan belakang kedai itu. Bersama tebusan yang lain.

#####

"Marlene, are you okay?" Anaya bertanya risau apabila merasakan tangan Marlene yang digenggam sejak tadi berasa sangat dingin. Dia memandang wajah Marlene. Sangat pucat. Peluh dingin sudah mulai menghujani dahinya.

"no.." Marlene menjawab lemah sambil menggeleng kepala.

Memang kandungannya kali ini agak mencabar kerana tekanan darahnya yang tidak stabil. Berkali-kali doktor menasihatinya agar jangan terlalu tertekan.

Tapi apakan daya, siapa sangka dia bakal terperangkap dalam situasi sebegini sedangkan niat awalnya hanya untuk cuci mata sambil menyenangkan hati.

"let me talk to them." Kata Anaya. Dia ingin melepaskan tangan Marlene yang dipegang namun Marlene kembali menggenggam erat. Anaya menoleh. Marlene menggeleng.

"its okay.. dont worry." Anaya menepuk belakang tapak tangan Marlene. Perlahan-lahan Marlene melepaskan tangan Anaya. Anaya menarik nafas sebelum berdiri perlahan-lahan, mendekati para perompak yang masih sibuk mengemas barang kemas.

"hey, hey, hey, hey!" Salah seorang dari perompak tersebut menyedari perlakuan Anaya. Anaya berhenti bergerak apabila perompak itu sudah berdiri tepat di hadapannya.

"please bring my friend out. She needs medical attention." Pinta Anaya. Dia cuba menyembunyikan rasa takut yang bersarang di hati.

"nak jadi hero? Bukan sini tempatnya! Kau fikir aku bodoh?!" Perompak itu menengking kuat. Anaya memejamkan matanya sekejap.

Dia kemudian mendongak. Matanya bertentangan tepat dengan sepasang mata perompak itu.

"kau fikir aku kesah ke korang nak merompak kat sini?! This is not my fucking store! But my friend there is pregnant, and she needs medical attention! So please get her out of here! Tak cukup ke merompak sampai nak jadi pembunuh juga!" Entah dari mana keberanian itu datang, Anaya melepaskan segala amarah terhadap perompak itu.

Nak rompak, silakan. Tapi jangan korbankan orang awam yang tidak bersalah.

"eh diamlah bodoh!" Seraya jeritan kuat itu, perompak itu melepaskan satu das tembakan ke arah Anaya.

Anaya rebah apabila peluru mengenai tepat di paha kanannya.

"Anaya!" Jerit Marlene. Perompak itu terus mendekati Marlene.

"one more word, i will shoot her head!" Amaran keras diberikan. Marlene menunduk, diam. Matanya terarah pada Anaya yang sudah tersandar lemah.

Anaya membuka lilitan skarf di lehernya. Dibalut pahanya yang sudah berdarah tanpa henti.

Dia membalas pandangan Marlene. Mengukir senyum. "Its okay."

*Author bagi drama sikit lah ye.. sebab rasanya tak lama lagi habis dah story ni. Eh.. hehehehe
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now