"good morning sayang." Ucap Ivan. Dia mengucup dahi Marlene yang sedang duduk di ruangan makan. Dia baru pulang dari menghantar Liam ke sekolah. Rutin yang sudah terlalu lama dia abaikan.
"you dah breakfast?" Tanya Ivan.
Marlene menggeleng.
"i bought you nasi lemak." Beritahu Ivan. Dia kemudian mencapai pinggan. Bungkusan nasi lemak itu dibuka dan dihidangkan di dalam pinggan. Nasi lemak berlaukkan sambal udang petai, kelihatan sungguh menyelerakan.
"i tak da selera." Dingin cara Marlene menjawab.
Ivan senyum nipis. Dia tetap menyuakan sudu di depan mulut Marlene.
"eat sayang. Kasian baby lapar." Pujuk Ivan.
Marlene menolak tangan Ivan yang memegang sudu.
"since when you care about us?" Soal Marlene.
Sudah dua minggu Ivan berlagak bagai suami mithali di rumah.Pagi-pagi bangun awal menyiapkan Liam, menghantarnya ke sekolah. Menyediakan sarapan sebelum turun ke pejabat. Petang pula sentiasa balik awal. Tiada lagi segala macam meeting seperti sebelumnya. Pandai pula sentiasa ada masa lapangnya melayan permintaan Liam yang sebelum ini hanya diabaikan begitu sahaja.
"i always care sayang."
Marlene mengeluh perlahan.
"Ivan. I will not change my decision." Marlene menyatakan pendiriannya.
"Marlene. Please.." Ivan merayu.
"semuanya takkan sama lagi Ivan."
"dont you love me anymore Marlene?" Soal Ivan.
7 tahun mereka mendirikan rumah tangga, masakan tiada langsung sisa rasa cinta Marlene buatnya.
Marlene memandang Ivan. Dia tersenyum. Namun senyumannya hambar
"cinta.. cinta sangat.." jawab Marlene jujur. Memang benar, dia masih mencintai Ivan. Mungkin kedengaran bodoh, tapi terkadang hal perasaan memang terlalu rumit. Sukar dibahas. Sukar dirungkai. Sukar difahami.
Sepanjang menjadi kekasih dan isteri kepada Ivan, dia sempat merasakan bahagia yang selayaknya seorang wanita dan seorang isteri miliki. Segala keperluan. Zahir dan batin. terpenuhi dengan sempurna.
Tetapi, kecurangan Ivan yang terbongkar menghancurkan segalanya. Terlalu banyak kesalahan yang mungkin terjadi dalam hubungan suami isteri.
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Tapi kesalahan yang satu ini, mampu membunuh segala rasa yang pernah hadir. Sehingga ada detik, dia lupa bagaimana rasa bahagia. Ada masa, dia sudah tidak kenal lelaki yang bernama Ivan ini.
"then, why?" Ivan masih punya hati untuk menuntut sebuah penjelasan.
"sebab cinta yang sama tu juga Ivan. I pilih berundur, sebab i cintakan you. I nak kenang cinta you sebagai memori yang indah. Tapi kalau i pilih untuk bertahan, i akan kenang cinta you sebagai satu pengkhianatan. I terlalu cinta sehingga i tak mampu nak benci you. I swear to God Ivan, betapa i ingin hati i mampu benci you. Because if i hate you, this will not hurt. But i cant." Panjang lebar penjelasan yang Marlene berikan. Ivan hanya diam. Memberi ruang dan peluang untuk Marlene terus berbicara dan meluahkan segala isi hatinya.
"how i can hate you as much as i love you? You are my first love, you give me my greatest bleesing, Liam. you used to make me happy. You pernah buat i merasakan pengalaman jadi wanita terbahagia. You yang ada ketika i sedih, you yang sokong setiap impian dan mimpi i. you yang paling faham apa yang i suka, apa yang i tak suka. You used to care for me, even for the litte things." Marlene menyambung luahan hatinya. Biarlah jika memang sesudah ini mereka akan berpisah, biarlah Ivan mengetahui segala perasaannya.
"Marlene. I still love you. Give us a chance sayang."
Marlene menggeleng. Perlahan-lahan dia mencapai tangan Ivan. "Jangan paksa hati you. Its okay Ivan. Its okay you love her. Let me go, and find your happiness with her. Okay?"
Bagaimana bisa hati seorang wanita mampu sekuat ini? Bagaimana Marlene mampu mengungkap semua kata itu sambil menggenggam erat tangan Ivan, sambil tersenyum manis memandang Ivan. Seolah-olah dia tidak tersakiti, seakan-akan dia pula yang menjadi orang ketiga selama ini. Bagaimana Marlene membuka jalan untuk suaminya agar berbahagia dengan wanita lain.
Kuat. Benarlah. Kita tidak akan pernah tahu sekuat mana hati kita sehingga kita terpaksa kuat.
"i am sorry Marlene." Akhirnya, kata maaf terungkap dari mulut seorang Ivan Marc.
Marlene menarik nafas panjang. Dia melepaskan tangan Ivan yang digenggam.
"i dont know how it happens."
Marlene mengangguk.
"its okay. Mungkin memang sampai di sini jodoh kita. I terima. Dan you pun kena terima. We can do better than this, at least for Liam and our baby." Balas Marlene sambil mengusap perutnya yang masih belum kelihatan.
"will you be happy?" Tanya Ivan.
Marlene mengangguk. "Selagi kita hidup macam ni, selagi tu kerja i menangis je. I penat."
Masing-masing diam selepas itu. Sungguh terasa ringan di hati Marlene. Dia sendiri juga tidak tahu dari mata datang segala kekuatan, ketabahan dan ketenangannya ini.
Rasa senang, setelah mampu memaafkan diri sendiri dan setelah mampu melepaskan apa yang selama dia ini dia pertahankan.
Akhirnya dia sedar, ada sesuatu makin dipertahan, akan makin menyakiti. Dia sedar jua, sebesar apa pun rasa cinta kita pada seseorang, paling penting adalab rasa cinta pada diri sendiri.
"satu je permintaan i. Dont hurt Anaya like you hurt me. Sebab mungkin dia tidak sekuat i."
*#strongMarlene
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...