Ivan mendekati Marlene yang baru keluar dari kamar mandi. Dia baru selesai menidurkan Liam. Sudah pukul 12 tengah malam. Baru majlis beransur selesai. Ditinggalkan saja kawasan rumah yang masih berantakan.
"Hey sayang. Are you tired?" Ivan bertanya sambil mendakap Marlene dari belakang. Wangian segar Marlene sangat menyamankan. Marlene mengangguk. "Penat tapi happy. Thank you sayang." Ungkap Marlene.
"You yang banyak penat. I yang patut cakap thank you." Balas Ivan. Dia menarik pergelangan tangan Marlene. Membawa Marlene duduk di birai katil.
"Thank you sayang. For everything. Happy anniversarry. My forever." Ungkap Ivan penuh romantik. Dia kemudian, mengucup ubun-ubun Marlene. Lama. Seakan menumpahkan segala rasa kasih sayang dan cinta yang ada kepada isterinya itu.
"Thank you.." ucap Marlene. Dia menggenggam erat tangan Ivan. Belakangan ini, walau sekuat mana dia menahan dan menidakkan rasa curiga, dia tidak mampu. Biar Ivan mendendangkan kata puitis, meluahkan rasa cinta, dia sudah tidak sebahagia dulu. Kerana rasa bahagianya kini disaingi dengan rasa ragu.
"Vee tadi tu. Tak pernah pun dengar you cerita." Marlene membuka cerita. Ivan memandang Marlene dengan senyum sengih. Menangkap nada cemburu di sebalik nada Marlene.
"Ada orang macam cemburu lah.." usik Ivan sambil mencuit dagu Marlene. Pantas Marlene mencebikkan bibir. Tanda geram.
"Mana ada.." nafi Marlene. "Atau memang i patut jealous?" Marlene menduga. Terus hilang senyuman nakal di bibir Ivan.
"Dia kawan lama. Zaman study. Ex girlfriend. Sebab tu i panggil dia Anaya. konon-konon lah nak lain dari panggilan biasa nama dia." Jelas Ivan. Penjelasan yang jujur. Sudah lama dia lose contact dengan Vee. Beberapa bulan yang lepas, kebetulan terjumpa pula atas urusan kerja.
"Ohh.. sampai sekarang masih panggil Anaya kan. Masih special ke tu?"
"Marlene sayang. Tak kisah la Anaya ke Vee ke. Dia bukan siapa-siapa. Apa yang paling penting sekarang, you. Because you are my life, my love, my wife." Indahnya bicara yang terungkap. Seakan boleh membawa hati terbang ke awan biru.
Bukan siapa-siapa. Tapi nama itu yang kau sebut Ivan. Dalam tidur mu. Dalam igauanmu, mimpi mi. Nama itu yang kau seru. Dengan aku di sebelahmu, kau masih memikirkan dia. Benarkah Ivan, dia bukan siapa-siapa? Vidette Anaya, adakah kau jawapan kepada persoalan ku selama ini? Adakah kau yang meninggalkan love bite di leher suami ku? Adakah kau yang mampu membuatkan hati suamiku terbahagi dua?
"Sayang.. you are my only one. Please trust me." Ivan meyakinkan Marlene. Marlene mengangguk. Percaya tapi pura-pura. Percayanya tidak mampu semaksima dulu. Ivan menarik Marlene ke dalam dakapannya. Rambut Marlene dibelai lembut.
"My sweet candy.. my sayang.. i love you.. do you want me to sing you to sleep?"
Marlene menggeleng sambil ketawa kecil.
"Hey. How dare you laughing at me." Ivan menggeletek Marlene sehingga Marlene terbaring. Dia kemudian menghujani wajah Marlene dengan kucupan.
"I love Marlene. My only love.."
******
"Come on girl! Spill the tea!" Ceria suara Demitrius meluncur keluar dari mulutnya sebaik waitress yang mengambil order dia dan Anaya berlalu pergi.
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...