SHDC 21

1.4K 90 9
                                    

"Ivan.." panggil Marlene sambil menepuk lembut bahu Ivan yang sedang lena tidur.

"Hmm." Malas Ivan menjawab. Masih sayangkan mata yang sedap tidur. Marlene mengucup pipi Ivan. "Wake up sayang. Nanti terlepas flight." Suruh Marlene. Sudah 4 hari mereka berada di bali. Percutian yang cukup romantis, cukup sempurna yang dirancang oleh Ivan buat mereka berdua. Dia cuba menikmati bahagia ini, tapi semakin dia merasakan bahagia, dia turut merasakan ada wanita lain yang juga bahagia. Bahagia kerana kasih, sayang dan cinta Ivan. Entah siapa wanita itu, rasa ingin tahu di hati Marlene menggunung.

"Ala.. kita extend lah." Balas Ivan. Dia membuka matanya. Terus saja bibir Marlene dikucup mesra. Dia menyenangi dan menikmati percutiannya bersama Marlene kali ini. Percutian yang mereka perlukan. Namun, tidak mampu ditingkah rasa bersalah yang bersarang di hati. Rasa bersalah kerana meninggalkan Anaya tanpa khabar. Dia langsung tidak menghubungi Anaya sepanjang 4 hari di sini. I am sorry my baby, untuk kebaikan kita juga. Rasa rindu usah dibahas lagi. Rindunya dia pada Anaya, jika dibahas dalam tulisan kata, mungkin lebih tebal dari kamus dewan.

"Hey. Mana boleh. Kasian Liam. Kerja you lagi."

Ivan mengeluh berat. Dia memegang pipi Marlene. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Dah pergi mandi." Suruh Marlene. Ivan hanya menurut. Tuala dicapai dan dia terus memboloskan diri ke dalam kamar mandi. Marlene terus turun dari katil juga. Dia membuka bagasi Ivan. Dengan niat mencari sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pasti apa. Yang pastinya, dia terdesak mencari petunjuk. Sambil tangannya ligat mencari, sambil itu matanya memerhati ke arah pintu kamar mandi.

Dia membuka zip paling bawah bagasi itu. Kelihatan satu beg kecil berwarna hitam yang tersorok. Seperti memang sengaja disorokkan. Dengan hati yang sudah berdetak kencang, dia membuka beg itu. Di dalamnya cuma ada sebuah hp dan sehelai resit. Mata Marlene sempat melirik ke arah kamar mandi sebelum dia menghidupkan hp itu. Menunggu penuh debaran sambil resit tadi diteliti. Resit dari Habib Jewels. Barangkali resit rantai ku. Andai Marlene sambil memegang rantai di lehernya. Tapi prasangka baiknya ditepis sepantas kilat apabila dia membaca bahagian bawah resit itu. Resit itu adalah resit untuk pembelian seutas gelang berlian.

"Round diamond bracelet." Baca Marlene perlahan. Siapa agaknya pemilik gelang yang bernilai 43 ribu ini. Gelora di hati cuba ditahan. Dia menyimpan kembali resit itu. Menarik nafas mencari ketenangan sebelum matanya beralih kepada hp yang sudah hidup. Belum sempat hati bertenang, kali ini bukan sekadar gelora, tapi hati nya hancur. Hancur sehancur hancurnya saat mata menatap lockscreen hp itu.

Gambar Ivan dan seorang wanita di balik selimut. Namun wajah wanita itu tertutupi kerana dia membenamkan wajahnya di dada Ivan. Dada yang sepatutnya hanya menjadi milikku. Senyuman bahagia Ivan di dalam gambar itu bagaikan hunusan sembilu. Berkali-kali menghunus sekeping hati Marlene tanpa belas kasihan. Biar sakit, Marlene masih menatap gambar itu. Ada air mata yang sudah mulai menitis. Dia mencuba untuk unlock hp itu, tetapi gagal. Dia menyentuh skrin hp itu. Dia meneliti fizikal wanita itu. Rambut panjang mengurai, berwarna hitam likat. Belakang badannya separa terdedah, menampakkan tatoo yang terukir di belakang badannya. Tatoo simple. Hanya huruf AG yang terukir di kulit putih melepak itu.

"Sayang! Tolong ambilkan tuala baru. Tuala ni jatuh." Laung Ivan dari dalam kamar mandi. Laungan yang mengejutkan Marlene. Pantas saja Marlene menyimpan kembali hp dan resit itu. Diletakkan semula seperti tadi. Dia menarik nafas panjang. Memaksa bibir untuk senyum. Senyum dalam kedukaan, senyum dalam menghadapi pengkhianatan. Dia mencapai tuala. Pintu kamar mandi diketuk. Ivan membuka pintu kamar mandi itu. Marlene menghulurkan tuala. Tapi bukan tuala yang Ivan sambut sebaliknya pergelangan Marlene.

"Ivan.." Suara Marlene sengaja dibuat biar kedengaran manja. Entah dari mana kekuatan ini datang. Kekuatan untuk berlagak bahagia, berlagak tidak tahu apa-apa sedangkan kebenaran sudah terbentang di depan mata.

"Hey.. come on sweet candy. I mandikan you." Ivan senyum nakal sambil menarik Marlene masuk ke dalam kamar mandi. Marlene hanya melayan. Ivan.. Ivan.. sejauh mana sudah kecurangan mu?

******

Anaya meneguk fresh milk yang tinggal setengah gelas. Dia mengeluh berat. Jam tangan dipasang. Bersiap-siap untuk pergi ke pejabatnya. Baru sahaja dia ingin mencapai handbag nya, pintu rumahnya dibuka dari luar. Dia memandang ke arah pintu. Siapa lagi kalau bukan Ivan. Ivan saja yang ada access ke kondominiumnya ini.

"Hey baby.." Sapa Ivan lembut. Dia sanggup membatalkan mesyuarat nya pagi ini demi untuk bertemu dengan Anaya. Dia sudah tidak sanggup menahan rindu ini.

"What do you want?"

"I miss you." Luah Ivan. Dia yang sudah berdiri di hadapan Anaya mencuba untuk mengucup pipi Anaya tapi Anaya pantas mengelak. "Hey. Jangan lah macam ni.."

"Habis tu nak i macam mana lagi? Sambut you dengan senyuman, fake my happiness? Lepas you ignore i, buat i macam orang bodoh, you expect me to do that? Bullshit!" Marah Anaya. Perasaan marah yang dipendam berhari-hari terluah jua. Beg tangan yang dipegang dilempar ke arah Ivan.

"Anaya Genessa!"

"What? Ivan Marc!" Anaya tetap tidak mahu kalah.

"You tau kan keadaan macam mana. Apa yang i buat semua untuk kebaikan kita sayang. Tapi you tak pernah cuba nak faham.. susah lah macam ni Anaya."

"I yang tak faham? You rasa semua ni susah? Lets make it easy, lets end this. Okay? " Anaya mula menyebut kata putus, kata perpisahan.

"Anaya, you know i cant do that."

"Why not? Macam lah you sayang kan i." Tingkah Anaya.

"I love you Anaya. I love you." Dua kali Ivan mengulang ucapan itu. Dia mengusap lembut pipi Anaya. Kali ini Anaya tidak melawan. Dibiarkan saja perlakuan Ivan.

"Anaya baby, please?" Ivan merayu. Dia mengangkat dagu Anaya. Bibir Anaya dikucup. Namun tidak berbalas. Anaya menolak dada Ivan.

"I am tired Ivan. Lets end this. Go back to your family."

*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now