Marlene yang tidur lena di sebelah Ivan terganggu apabila telinganya seakan mendengar Ivan seperti sedang bercakap. Dia bangun, melihat Ivan yang juga sedang lena di sebelahnya.
"Ivan.." Marlene memanggil perlahan. Ingin melihat sama ada Ivan akan ada respons atau tidak. Tiba-tiba kedengaran Ivan tergelak. Seperti gelak manja.
"Anayaa.. baby.." Ivan merengek lembut dan manja. Ekpresi mukanya seperti dia sedang menikmati sesuatu. Marlene menekup mulutnya. Dia tidak mahu Ivan tersedar.
Ivan. Kecurigaannya sudah bermula sejak Erra mengatakan dia melihat Ivan berduaan di mall bersama seorang wanita di Kuching. Namun dia cuba sedapkan hati, mungkin Erra salah orang. Kemudian, dia menemukan kemeja Ivan yang punya wangian perempuan, dan punya kesan gincu. Kemeja yang dia pakai saat ada urusan kerja di Kuching. Masa yang sama, dia menemui kesan love bite di leher Ivan. Satu demi satu hint seakan memberi makna kepadanya. Tapi dia takut. Dia cuba menafikan. Ivan suami yang baik. Penyayang. Masakan Ivan mengkhianati janji sumpah setia mereka. Tapi malam ini, Ivan tidur lena di sebelahnya. Tapi mulutnya menyeru nama wanita lain. Anaya. Anaya.. siapa wanita ini Ivan? Siapa Anaya. Siapa Anaya yang hebat ini sehingga mampu membuat kau termimpi-mimpi.
Dengan segala perasaan yang berperang di hati. Marlene turun dari katil. Dia masuk ke dalam kamar mandi. Duduk saja di lantai. Mukanya ditekup dan dia menangis sepuasnya. Entah bagaimana perasaan di hati ini mampu diungkap. Dia takut jika nalurinya benar. Dia takut jika memang ada wanita lain selain dirinya di hidup Ivan. Dia berasa hina. Jika benar Ivan mencari kebahagiaan bersama wanita lain di luar, persoalannya kenapa? Apa kurangnya aku? Apa lagi yang tidak cukup dari ku? Apa lagi yang tidak ku berikan, korbankan? Ivan.. Ivan.. you make me crazy.
******
Marlene menghidangkan sarapan di atas meja makan. Hanya ada roti bakar dan kopi panas. Ivan tidak gemar sarapan yang terlalu berat.
"Good morning sayang.." ucap Ivan sebaik tiba di meja makan. Dahi Marlene dikucup lembut.
"Morning.."
"Ivan.. i ada benda nak tanya." Marlene memula bicara. Sepanjang malam dia tidak tidur lena. Suara Ivan yang memanggil lembut nama Anaya seakan terngiang-ngiang sepanjang malam.
"What?" Tanya Ivan lalu menyuap roti bakar berinti jem coklat ke dalam mulutnya. Dikunyah sebelum kopi panas dihirup perlahan.
"Ada tak kawan you nama Anaya?" Seraya nama Anaya disebut, terus saja Ivan tersedak. Terbatuk-batuk sehingga tersembur keluar kopi dari mulutnya. Pantas dia mencapai tisu dan mengelap mulutnya.
"Apa tadi?"
"I tanya, you ada tak kawan nama Anaya?" Marlene mengulang semula pertanyaannya. Dag dig dug... Kuatnya degupan jantung Ivan seakan boleh berhenti saja bila-bila.
"Rasanya takda.. kenapa sayang?" Penuh nada keraguan jawapan yang Ivan berikan. Dia tak habis fikir, macam mana Marlene boleh timbul dengan soalan sebegitu. Bagaimana nama Anaya boleh terkeluar dari mulut Marlene. Sedangkan, setahu dia Anaya memang menggunakan nama Genessa dalam urusan perniagaannya. Di kad bisnesnya pun, Anaya hanya menggunakan nama Genessa.
"Takda. Liam cakap hari tu ada aunty nama Anaya call you masa you teman dia main.." Marlene menipu. Dia terpaksa menggunakan nama Liam kali ini. Ivan cuba mengingat kembali. Memang ada beberapa kali dia menjawab panggilan Anaya ketika bersama Liam. Tidak sangka pula Liam bercerita kepada Marlene.
"Ohh.. Anaya yang tu. She is my client. Tengah ada big project dengan dia sekarang." Tipu Ivan. Kali ini dia lebih yakin dan tenang.
"I see.." Marlene mengangguk. Ohh client. Client atau tidak, itu tidak penting. Yang utama sekarang, Ivan memang ada kenalan bernama Anaya. Dan persoalannya, sejauh mana hubungan mereka.
"Dont worry k sayang. Banyak mana pun perempuan, you are my only sweet candy." Kata Ivan sambil mengusap pipi Marlene. Ya, memang hanya Marlene sweet candynya. Tapi dia juga punya Anaya baby, Anaya sweetheart.
"Mesti lah risau. Zaman sekarang. Suami orang lebih menggoda tau!" Jawab Marlene nakal. Dia tidak mahu Ivan menghidu kecurigaannya.
"Ada-ada je you ni. I pergi office dulu. Bye sayang. Love you."
"Love you too.."
*Ivan fikir dia tu bijak sangat. Mungkin Marlene lebih bijak.
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...